Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Saturday, June 9

Ikan Masak Rempah




Bahan-bahan

  • Ikan kembung dibersih dan dilumur garam halus
  • 1 sudu besar serbuk rempah ikan/daging
  • 3 sudu besar kicap manis 
  • Air perahan asam jawa
  • Sedikit halia dipotong
  • 1 biji bawang besar dipotong
  • Daun bawang dipotong kasar sebagai hiasan
Cara-cara memasak
  1. Goreng ikan terlebih dahulu sehingga masak dan ketepikan
  2. Masukkan bawang besar dan halia yang telah dipotong dan tumis sehingga kekuningan
  3. Tumiskan air asam jawa yang telah dicampurkan dengan serbuk rempah (bagi pekat skit asam jawa tu)
  4. Biarkan seketika sehingga rempah masak
  5. Masukkan kicap manis dan kacau sehingga pekat
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  7. Seterusnya, ikan goreng tadi dimasukkan bersama daun bawang
  8. Kacau seketika dan sedia untuk dihidangkan

Sunday, April 24

Ikan Bawal Kukus

sebelum kukus, i malas skit hr tu so brokoli letak awal :)

Bahan-bahan

  • Ikan bawal seekor dibersih dan dilumur garam halus
  • 1 batang serai
  • Serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Air perahan asam jawa
  • Brokoli
  • Leek
  • Sedikit halia dipotong
  • 1 biji bawang besar dipotong
  • 1/2 ikat park choy
  • Beberapa keping cabbage
  • Daun sup
Cara-cara memasak
  1. Lapikkan steamer (bekas kukus i lubang dia sederhana besar) tu dengan cabbage and park choy, lapis demi lapis. Kalau lubang setamer tu kecil, jangan lapik tebal sangat ye.
  2. Letak ikan bawal tadi di tengah bekas
  3. Curahkan air asam jawa yang telah dicampurkan dengan serbuk lada hitam dan sos tiram ke atas ikan (bagi pekat skit asam jawa tu)
  4. Masukkan dan taburkan leek, halia, serai dan bawang besar
  5. Letakkan steamer di atas air yang telah mendidih.
  6. Dari masa ke semasa, cucuk ikan dengan garpu untuk check ikan dah masak or belum
  7. Bila, ikan agak dah nak masak, boleh masukkan brokoli tadi (optional) kalo nak masuk awal-awal pun xpa tapi khasiat kurang skit ler..
  8. Bila ikan dah masak, boleh siap untuk dihidangkan

Popia Goreng

ini tarpau untuk jiran-jiranku hehe

Bahan-bahan

  • Sengkuang yang disagat (kuantiti terpulang)
  • Carrot yang disagat (kuantiti terpulang)
  • Cabbage yang dihiris halus (kuantiti terpulang)
  • Taugeh
  • 1 ulas bawang besar yang dihiris
  • Udang kepal/jerangau/kering (dalam 1 sudu besar)
  • Serbuk kacang tanah (optional)
  • Bawang goreng (optional)
  • Kulit popia (beli kat supermarket je)
  • Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk sos
  • kCili kering kisar
  • Bawang putih dalam 4 ulas yang telah dikisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Gula dalam 4 sudu besar
Cara memasak
  1. Untuk inti popia, panaskan minyak masak dalam 1 sudu besar. Bila minyak panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi dan tumis sehingga kuning
  2. Masukkan udang kering/kepal/jerangau tadi dan tumis sehinga naik bau (mengancam bau dia) dan sentiasa kacau sehingga udang tadi agak masak
  3. Masukkan sengkuang dan cabbage dan kacau sebentar dalam 5 minit
  4. Akhir sekali baru masukkan carrot dan taugeh tadi.
  5. Masukan garam dan kacau sehingga sebati dan bila taugeh dah layu, api boleh ditutup
  6. Sediakan penapis dan masukkan inti popia ini ke dalam penapis so air dari sayuran ini dapat ditapis (senang bila nak gulung popia nanti)
  7. Setelah agak kering, boleh mula gulung popia, anda boleh gunakan tepung gandum + air sebagai pelekat di hujung gulungan. Kacang tanah boleh ditabur sedikit di dalam inti semasa popia digulung.
  8. Bila selesai gulung, bolehlah digoreng
  9. Untuk sos pula, panaskan minyak dalam 3 sudu besar dan masukkan bawang putih yang telah dikisar dan tumis sehingga agak garing
  10. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis sehingga masak dan naik minyak
  11. Setelah itu, boleh lah masuk sos cili dan sos tomato tadi
  12. kacau dan masukkan gula (sos popia kena manis sedikit ye) dan biar mereneh diatas api yang perlahan. Sentiasa kacau supaya x hangit di bawah
  13. Setelah sos likat, bolehlah tutup api.
  14. Sos yang telah siap boleh diletak di atas popia goreng tadi dan seterusnya ditabur dengan bawang goreng
  15. Sedia untuk di NGAPPPP !!!

Udang Masala


Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • Sedikit halia (dikisar)
  • 1 bunga lawang
  • Sedikit cabai kering yang telah dikisar (kuantiti mengikut citarasa)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu besar rempah masala
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit perhan limau kasturi atau air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menumis
  • 1/2 kg udang ( saiz sederhana)
Cara-cara:
  • Panaskan minyak di dalam kuali
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar
  • Masukkan daun kari
  • Kemudian, masukkan jintan manis, serbuk kayu manis, serbuk garam masala, ketumbar dan cabai kering di dalam satu bekas. Masukkan sedikit air, gaul hingga sebati. Masukkan bahan tadi ke dalam bahan tumis
  • Masak hingga garing
  • Masukkan air perahan limau/asam jawa, gula dan garam
  • Masukkan pula udang beserta dengan sedikit air
  • Biarkan mendidih. Tutup api
  • Di dalam kuali lain, panaskan minyak masak. Tumis darat daun kari dan bawang besar yang dipotong bulat (5 min). Setelah itu, masukkan ke dalam kuali udang masala. Gaul rata dan SIAP UNTUK NGAP ;)
p/s: resepi ni amik dari hawa tapi dah modified skit hehe, thanks hawa

Friday, November 26

Tempe Goreng Cili


Bahan-bahannya :
  • 1 peket tempe yang dipotong kecil
  • 1 biji kentang yang dipotong kecil (lebih kurang saiz tempe)
  • 3 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 batang serai dihiris
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kunyit
Cara memasaknya :

  1. Goreng sehingga garing tempe dan kentang yang dilumur dengan kunyit dan garam
  2. Setelah itu toskan minyak
  3. Kisarkan cili kering, bawang putih dan bawang merah bersama
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan jintan manis dan serai sehingga wangi
  5. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga cili masak dan pecah minyak
  6. Masukkan gula secukup rasa
  7. Setelah itu, masukkan tempe dan kentang yang digoreng tadi dan kacau sehingga kering
  8. Siap dan boleh dihidangkan

Puding Jagung Kastard



Dearest readers,

Our next change is desserttttt..yummyyy

Bahan-bahan :
  • 1/2 peket tepung kastard
  • 2 cawan susu cair
  • 1 cawan kecil santan
  • 1/2 cawan gula
  • Secubit garam
  • 1 tin jagung (cream)
  • Optional : daun pandan
  1. Masukkan tepung kastard, susu cair, santan dan gula ke dalam blender dan kisar
  2. Setelah sebati, masukkan bancuhan tepung ini ke dalam periuk di atas api yang perlahan
  3. Masukkan daun pandan dan jagung. Kacau sehingga pekat
  4. Pastikan sentiasa kacau sehingga mendidih (mcm ada bubble meletup gitu) dan boleh ditutup api
  5. Tuang kastard ke dalam loyang atau bekas yang lain dan disejukkan di dalam peti ais
  6. Yummylicious bila dimakan ketika sejuk

Selamat mencuba!

Sunday, November 14

Cucur lemak manis



Dear readers,

Inilah adalah cucur di saat kemalasan melanda sebab simple sangat.

Bahan-bahan
  • Tepung gandum
  • Fresh milk or santan cair
  • Garam dan gula
  • Baking soda
  • Optional ubi kayu yang direbus dan dilenyek
Cara memasak
  1. Masukan garam, baking soda dan gula ke dalam tepung dan sebatikan
  2. Bancuh tepung tadi dengan susu atau santan
  3. Pastikan agak likat dan biarkan dalam fridge lebih kurang satu jam
  4. Pansakan kuali dan goreng pada api yang perlahan

Cucur labu


goreng biar mcm ni kaler dia


Bahan - bahan
  • Labu yang dipotong dan direbus
  • Tepung gandum
  • Gula dan garam
Cara memasak
  1. Labu yang telah direbus dilenyek dan masukkan tepung sedikit demi sedikit bersama air suam
  2. Make sure bancuhan tepung agak likat, jangan cair sangat dan masukan gula dna garam secukup rasa
  3. Goreng di atas api yang perlahan

Udang Lipan Sos Ala Chinese Style



Hi all,

Udang lipan ni x digemari sangat di kalangan orang melayu. Ada yang kata geli tengok rupanya, yalah macam lipan tapi mungkin ramai yang tahu isinya kenyal dan sedap. First time makan, dah fall in love dengan udang lipan tapi its quite hard la nak kopek isi since kulitnya keras gitu..Anyway, resepi kali adalah sumbangan daripada adik one of my collegues here, kira ni first trial la masak udang ni hikhik.Lets check out bahan dan cara memasaknya

Bahan-bahannya :
  • Udang lipan yang telah dikopek dan dikeluarkan isinya
  • Tepung jagung
  • 1 susu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 biji telur
  • Minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan A (dikisar)
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
Cara memasaknya :
  1. Bancuh tepung jagung tadi dan masukkan sedikit garam. Isi udang lipan dimasukkan ke dalam bancuhan tepung dan digoreng sehingga masak.
  2. Tos minyak dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan A tadi sehingga wangi
  4. Setelah itu masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sehingga sos agak mendidih
  5. Masukkan isi udang lipan yang telah digoreng tadi dan kacau.
  6. Biarkan sos sebati dengan udang.
  7. Akhir sekali, pecahkan sebiji telur ke dalam sos dan biarkan sos dalam 5 minit dan siap untuk dihidangkan
  8. Hirisan limau kasturi sebagai penaik rasa

Saturday, November 6

Puding Kastard Milo



Lepas ni, mungkin ill try buat dessert plak, i love puding. Puding kastard milo ni my student bagi tapi just cooking cream dalam castard milk tu x betul larut hikhik, next time ill try buat and share with you...thanks nisha n liza, sedapppp

Masak Lemak Cili Api


Dearest darlings,

Ok, masak lemak cili api mungkin ada berbeza ikut negeri, mine is simple dan disebabkan i suka labu so kali ini i letak labu kuning (jarang actually orang letak labu, hikhik) so its up to you nak letak sayur apa, kentang ke, belimbing buluh ke, tomato ke..ikut suka daa...

Orite, mari kita tengok bahan-bahannya :
  • Ikan (ikut suka, i prefer ikan air tawar)
  • 1 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 ulas bawang besar/bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 tangkai cili api (kalo x nak pedas, kurangkan)
  • Labu kuning
  • Bawang merah/besar dikisar bersama bawang putih, kunyit hidup dan cili api
  • Santan cair dan pekat
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun kunyit
Cara memasak :
  1. Masukkan serai dan bahan kisaran tadi ke dalam periuk bersama santan cair dan panaskan di atas api yang kecil
  2. Setelah santan agak masak, masukkan labu, santan pekat dan ikan tadi. (kalo guna sayur yang cepat masak macam tomato, masukkan semasa api hendak dipadamkan)
  3. Masukan garam secukup rasa dan tunggu sehingga ikan masak dan sentiasa kacau dan api mesti kecil untuk mengelakkan santan pecah minyak. Masukkan hirisna daun kunyit sebelum diangkat..Siap dahhh

Kolio Ikan Tongkol



Cooking lab stop for a week sebab tuan rumah pergi jalan-jalan hikhik, neway we start with our first dish untuk bulan ni dengan kolio, resepi actually sesuai for freshwater fishes macam lampam dan jelawat. Hwr, kali ni i try with ikan tongkol atau tuna

Bahan-bahannya :

  • 2 potong isi ikan tongkol ( ikut suka lah nak guna ikan apa)
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • daun kunyit dihiris
  • 1 batang serai
  • sedikit santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • Semua bahan dikisar kecuali ikan, santan dengan serai daaa, garam dan gula letak kemudian
Cara memasaknya :
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak sedikit
  2. Masukan bahan-bahan dikisar tadi dan tumis sehingga wangi
  3. Setelah bahan-bahan kisaran tadi masak, masukkan garam dan gula serta santan pekat tadi
  4. Jangan biar kuah kering dan masukan ikan tongkol tadi
  5. Kecilkan api dan biar sehingga ikan masak baru diangkat
  6. Masukan hirisan daun kunyit tadi sebelum api dipadamkan

Saturday, October 23

Cekodok Kentang

terlebih gula ni hoho ;p


Credit to hawa sbb cilok resepi dr blog dia...hwr i made slight modification skit hehehe

Bahan-bahan
  • 1 biji kentang didadu
  • 5 g yis segera
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1/4 susu cair ( i replace with full cream milk)
  • 500 g tepung gandum
  • minyak masak or jagung
Cara membuatnya:-
  1. Rebus kentang tadi sehinnga lembut dan dilenyekkan di dalam sedikit air suam
  2. Masukkan bahan-bahan yang lain kecuali tepung gandum
  3. Kacau bahan-bahan tadi sehingga larut dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga anda mendapat doh yang lembut
  4. Biarkan doh tadi sehingga saiznya 2x besar (yis)
  5. Panaskan minyak dan bulatkan doh into small balls
  6. Sedia untuk digoreng di atas api perlahan
  7. Boleh kisar gula untuk disalut

Pasta Carbonara




hi all,

lets explore my italianese kitchen today but i need to warn u, those who unfavored cream or milk, hmm this pasta sauce may not suit to u...i pun muak nak makan banyak-banyak tapi adess terlebih buat plak hari ni masuk fridge la nampak gayanya, esok breakfast dengan roti..hehehe

Bahan-bahan ini untuk seisi rumah (6-7 people) makan

  • 1 bungkus pasta or sphegetti or else
  • 2 sudu makan olive oil
  • 300 gram isi ayam yg dipotong kecil
  • 1 tin cooking cream brand nestle ( i think 1/2 tin is enuf, ikut suka masing-masing)
  • 200 ml fresh milk
  • 1 tin button mushroom
  • 1 biji bawang besar didadu
  • 3 ulas bwang putih dicincang
  • 1 biji capsicum (optional)
  • lada sulah secukup rasa
  • garam
  • italian herbs (optional)
  • parmesan cheese (optional, i x letak very fattening ni)
Cara-cara memasak :
  1. Rebus pasta or sphagetti di dalam air yang mendidih dan masukan sedikit garam dan minyak. Stetelah masak, toskan.
  2. Panaskan olive oil dan tumis bawang besar bersaam bawang putih sampai wangi
  3. Setelah itu, masukkan isi ayam dan digoreng sehingga masak
  4. Masukkan button mushroom yang dihiris dan kacau sekejap
  5. Seterusnya, masuk fresh milk dengan cooking cream dan tambah air agak-agak kuah tidak terlalu pekat
  6. Masukkan garam, lada sulah dan italian herbs tadi secukup rasa
  7. Renehkan sos pasta ni sehingga mendidih
  8. Sphagetti or pasta boleh dimasukkan dan dikacau tapi saya lebih suka sos dicurah ke atas sphagetti lagi
  9. Parmesan cheese yang boleh ditaburkan sebelum dihidangkan
P/s: Cooking cream tu very thick so eloklah dikurangkan kuantiti so tidaklah berlemak. Enjoy cooking with a healthy style ya..jangan main taram je..hehehehe
Yang single mingle tu pandai-pandai la reduce kuantiti resepi di atas ya..

Thursday, October 21

Tilapia Masak Goreng Tomato



Dearest all,

I dont know what gotten into me lately, i just want to cook and cook, surf for recipe x payah cakap la, lebih pantas daripada prepare lecture notes hahaha oppss bocor rahsiaku . Bak kata pepatah 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Ok resepi pada kali ini tilapia goreng sambal, actually x tau nak letak nama apa, since ada tomato letak je lah nama ni.

Puan-Puan dah sedia pen dan kertas? ok lets check it out apa bahan2 kita kali ni (ewah macam cooking show plak)

Bahan-bahan untuk 1 ekor ikan

  • Ikan tilapia merah 1 ekor
  • 2 ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah dikisar
  • 1 biji tomato yang dicincang
  • 2 sudu besar cili kering yang telah dikisar
  • 2 biji limau kasturi diambil jusnya
  • Serai dititik
  • Daun sup untuk hiasan

Cara memasaknya
  1. Ikan digoreng terlebih dahulu sehingga masak dan diketepikan ( i prefer lumur with asam jawa and goreng or u can use either way guna kunyit dan garam je)
  2. Tumis bahan-bahan kisaran tadi sehingga wangi
  3. Masukkan tomato, serai dan sedikit air
  4. Kacau sehingga tomato hancur
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  6. Seterusnya, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau seketika
  7. Sebelum diangkat masukkan jus limau kasturi dan iar dalam 5 minit baru tutup api
  8. Hias dengan daun sup dan siap untuk disantap
P/S : Simpe giler kan. Btw, i dah test masak sweet sour, nanti i update ok and few recipes lagi =)

Sunday, October 17

Cencaru sumbat (cencaru belah belakang)

cencaru sumbat

Bahan-bahan (2 ekor ikan)
  • Ikan cencaru 2 ekor (potong macam poket di bahagian tengah)
  • Cili kering segengam
  • Bawang besar 2 ulas ( 1 ulas untuk dikisar + 1 untuk ditumis)
  • Bawang putih 4 ulas
  • Air asam jawa 60 ml
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak :
  • Kisar cili kering bersama bawang putih dan bawang besar. Kisar bersama air asam jawa.
  • Setelah siap, masukkan garam dan gula ke dalam bahan kisaran tadi dan kacau sehingga sebati
  • Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng ikan
  • Ikan cencaru tadi dilumurkan kunyit dan masukkan sedikit bahan kisaran ke dalam 'poket' yang dipotong di bahagian tengah ikan (jangan sampai terkeluar bahan kisaran tadi)
  • Ikan digoreng sehingga masak dan diketepikan
  • Masukkan sedikit minyak goreng tadi dan tumis bahan kisaran tadi
  • Biarkan sambal pekat dan tambah garam dan gula lagi (jika perlu)
  • Masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan biarkan seketika sebelum diangkat
  • Curahkan sambal ke atas ikan cencaru tadi dan sedia untuk dihidangkan
P/S : Resepi mak, sangat simple dan mudah. Ikan cencaru ini sedap dibuat sambal je. ada orang panggil ikan jacket..=)

Sayur masak lemak

sayur masak lemak


Bahan-bahan untuk 2 orang makan
  • Sayur ikut suka (petola, tau geh, park choy, kubis etc)
  • Suhun + sayur pucuk (direndam ke dalam air terlebih dahulu)
  • Santan 200 ml
  • Bawang besar 1 ulas
  • Cili merah 1 tangkai
  • Bawang putih 3 ulas
  • Sedikit iIkan bilis (ditumbuk sedikit sebagai penanambah perisa)
  • Garam secukup rasa
  • Telur 1 biji (optional)
Cara memasak :
  • Hiris bawang besar, cili merah dan bawang putih tadi
  • Masukkan ikan bilis dan kesemua bahan yang dihiris tadi termasuk suhun, sayur pucuk dan sayur ke dalam periuk
  • Seterusnya, masukkan santan dan boleh diletakkan ke atas dapur
  • Pastikan api dikecilkan dan rebuskan sayur tadi hingga ia mendidih
  • Masukkan garam dan pecahkan telur tadi
  • Tunggu sehingga telur masak dan api boleh dipadamkan
  • Sedia untuk dihidangkan

Friday, October 8

Kari Ayam Simple


cicah dengan roti tawar pun sodappp niii =)


Bahan-bahan untuk (3 orang makan)

untuk ditumis
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • bunga lawang dan kulit kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
untuk dikisar
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
bahan-bahan lain
  • ayam yang telah dipotong lebih kurang 6 ketul
  • 3 biji kentang dipotong empat
  • 1 peket kecil rempah daging
  • 1/2 sudu serbuk cili (optional)
  • 3-4 tangkai cili muda (optional)
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 mangkuk kecil santan
  • air asam jawa
Cara memasaknya :
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Biarkan minyak panas, baru ditumis bahan-bahan tumisan tadi sehingga kuning keemasan
  2. Bahan yang dikisar tadi digaul dengan rempah kari daging. Seterusnya masukkan ke dalam periuk
  3. Masukkan sedikit air asam jawa
  4. Setelah itu, masukkan kerisik dan kecilkan api. (Boleh dimasukkan serbuk cili bagi mereka yang sukakan pedas) Biarkan sampai rempah betul-betul masak dan nasi minyak. I prefer masak rempah lama, biar betul-betul masak, baru ada kick!
  5. Apabila sudah naik minyak dan rempah sudah masak, masukkan ayam dan kentang tadi. Tutup periuk dan biarkan sehingga ayam dan kentang separuh masak. Jangan lupa kacau sekali sekali supaya rempah tidak hangit di bahagian bawah.
  6. Apabila ayam dan kentang sudah hampir masak, masukkan santan tadi dan biarkan ia mereneh lebih kurang 15-20 minit dengan api yang kecil.
  7. Setelah masak, masukkan cili muda tadi dalam 5 minit sebelum api dipadamkan.
  8. Sedia untuk dihidangkan
P/S : Kari yang simple sahaja untuk makan orang-orang bujang

Saturday, October 2

Linguine bolognese


Linguine bolognese

xda apa nak hias so nampak biasa je..

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram linguine or sphagetti (suka hati nak guna pasta apa)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • P/s : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine so kita boleh gantikan dengan prune juice, but x letak pun ok juga..

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, so boleh skip masuk garam sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. P/S: Sos boleh direneh lama ikut suka hati smpi 4 hrs pun boleh, for me, janji sos pekat and cantik merah kilat..ok lah..hehhehe, jimat gas..Resepi ini ambik dr website juga..ramai yg puji so i try and memang sedap (angkat bakul sendiri) hahhaha. and one more, this time i din use sphagetti but i use linguine saja je nak ubah selera tp rasa sama je..hehhehe