Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 6

Masak Lemak Cili Api


Dearest darlings,

Ok, masak lemak cili api mungkin ada berbeza ikut negeri, mine is simple dan disebabkan i suka labu so kali ini i letak labu kuning (jarang actually orang letak labu, hikhik) so its up to you nak letak sayur apa, kentang ke, belimbing buluh ke, tomato ke..ikut suka daa...

Orite, mari kita tengok bahan-bahannya :
  • Ikan (ikut suka, i prefer ikan air tawar)
  • 1 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 ulas bawang besar/bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 tangkai cili api (kalo x nak pedas, kurangkan)
  • Labu kuning
  • Bawang merah/besar dikisar bersama bawang putih, kunyit hidup dan cili api
  • Santan cair dan pekat
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun kunyit
Cara memasak :
  1. Masukkan serai dan bahan kisaran tadi ke dalam periuk bersama santan cair dan panaskan di atas api yang kecil
  2. Setelah santan agak masak, masukkan labu, santan pekat dan ikan tadi. (kalo guna sayur yang cepat masak macam tomato, masukkan semasa api hendak dipadamkan)
  3. Masukan garam secukup rasa dan tunggu sehingga ikan masak dan sentiasa kacau dan api mesti kecil untuk mengelakkan santan pecah minyak. Masukkan hirisna daun kunyit sebelum diangkat..Siap dahhh

No comments: