Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 24

Popia Goreng

ini tarpau untuk jiran-jiranku hehe

Bahan-bahan

  • Sengkuang yang disagat (kuantiti terpulang)
  • Carrot yang disagat (kuantiti terpulang)
  • Cabbage yang dihiris halus (kuantiti terpulang)
  • Taugeh
  • 1 ulas bawang besar yang dihiris
  • Udang kepal/jerangau/kering (dalam 1 sudu besar)
  • Serbuk kacang tanah (optional)
  • Bawang goreng (optional)
  • Kulit popia (beli kat supermarket je)
  • Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk sos
  • kCili kering kisar
  • Bawang putih dalam 4 ulas yang telah dikisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Gula dalam 4 sudu besar
Cara memasak
  1. Untuk inti popia, panaskan minyak masak dalam 1 sudu besar. Bila minyak panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi dan tumis sehingga kuning
  2. Masukkan udang kering/kepal/jerangau tadi dan tumis sehinga naik bau (mengancam bau dia) dan sentiasa kacau sehingga udang tadi agak masak
  3. Masukkan sengkuang dan cabbage dan kacau sebentar dalam 5 minit
  4. Akhir sekali baru masukkan carrot dan taugeh tadi.
  5. Masukan garam dan kacau sehingga sebati dan bila taugeh dah layu, api boleh ditutup
  6. Sediakan penapis dan masukkan inti popia ini ke dalam penapis so air dari sayuran ini dapat ditapis (senang bila nak gulung popia nanti)
  7. Setelah agak kering, boleh mula gulung popia, anda boleh gunakan tepung gandum + air sebagai pelekat di hujung gulungan. Kacang tanah boleh ditabur sedikit di dalam inti semasa popia digulung.
  8. Bila selesai gulung, bolehlah digoreng
  9. Untuk sos pula, panaskan minyak dalam 3 sudu besar dan masukkan bawang putih yang telah dikisar dan tumis sehingga agak garing
  10. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis sehingga masak dan naik minyak
  11. Setelah itu, boleh lah masuk sos cili dan sos tomato tadi
  12. kacau dan masukkan gula (sos popia kena manis sedikit ye) dan biar mereneh diatas api yang perlahan. Sentiasa kacau supaya x hangit di bawah
  13. Setelah sos likat, bolehlah tutup api.
  14. Sos yang telah siap boleh diletak di atas popia goreng tadi dan seterusnya ditabur dengan bawang goreng
  15. Sedia untuk di NGAPPPP !!!

No comments: