Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Datin A. Show all posts
Showing posts with label Datin A. Show all posts

Sunday, July 8

Our Great Escapade


Hi peeps and salam,

Long time no see. It’s been a tiring day lately. I’m juggling my time between works, study and love life (eceh eceh). They are definitely mentally and physically exhausted matters, rite. Love life can be tiring as well ke? i mean the E’s Day preparation only, the rest tak penat lah, energizing lagi ada =)

Anyways, let’s see what I have been doing these past weekends.

Start with last weekend, I had a 14 hours student education programme (Starting School), our department’s Family Day 2012 on today and next weekend we gonna have another student programme from Friday to Sunday. Oh greatttt, so, I’m expecting more and more fine lines underneath my eyes and forehead.

Seriously, I need a BREAK lah.

The last time me and makciks rombongan che kiah went for a trip was in March which is our umrah in Saudi. I know it just a few months ago, but, I’m still thinking I need to enjoy my vacation in somewhere else. My ‘pakcik’ (me and Dr A terminology hahaha) invite me to join him with his co-workers to Krabi next week. Tetapi apakan daya, tak dapat den.

Being so sweet and adorably kind, he offered me a help to find a nice holiday package with the travel agencies he deal with (agaknya, malas nak dengar aku pot pet pot pet nak cuti cuti malaysia agaknya kot hahaha). Since, the makciks always bugging me about Guangzhou, China and Bandung (nak visit helper kesayangan depa lah tu), so I decided next trip will be either one of these two places. As usual I have remind ‘pakcik’ that shopping should be in the initineary. Bukan layan makciks tu semua nak visit historical sites dll, melainkan tempat tersebut adalah tempat yang boleh mereka menghabiskan hasil bekalan uang anak-anak mereka hikhik. Apatah lagi memanjat tangga Great Wall of China. Ada yang satgi pandang aku dengan muka bila nk blah dr tempat ni. Seingat aku, expression depa masuk tempat shopping adalah priceless occay =) bersinar-sinar mata dan bercahaya lampu lip lap muka depa =).

Sesuai dengan motto mereka
“Shopping is a Therapy”

If shopping can be genetically inherit. Well, I think I got it from them ROFL

So, being a very loving bf (mintak puji ayat ini), my ‘pakcik’ manage to grab a travel package today at MATTA fair in PISA. A 4D3N shopping trip to Guangzhou for only at RM1779, all inclusive for 15 pax and only for today’s deal. Hmm, mn nak cekau 15 org tetapi ahli rombongan che kiah rasanya dapat mencapai angka tersebut. But 4 day je?, tak cukup tu hahahaha. Sadly, I told him, it is impossible to get it done by today but fortunately, towkay agency tu kawan dia lah hahahha. Cehh, saje je nak kenakan aku mamat ni. =p

Well, being a stubborn and efficient gf plak, I find a package 5D4N ground arrangement for only RM600++ and while surfing the Southern China Airlines website, I manage to find a return ticket from Penang to Guangzhou at only RM1399. Jeng jeng jeng, nak tayang juga lah keefisienan aku tadi tapi hmmm takut daa sebab bidang ni keja dia, kang dia all out tunjuk terer dia. Malu plak akaks kan hehehe. Cancel plan.


How about the date? Akak rasa nak pi hujung tahun atau in October ni. Dah tepu dah otak ku ini. So kena cepat-cepat before fuse tercabut kan. So here, nak share lah our rombongan che kiah’s trips for over last few years. The shortest trip is 5 days because the makciks and pakciks need some time to rest between programmes ya, so please be considerate with them. Also, patience is a virtue hehehe. There is one matter I still did not agree with them. They believe we should bring along a guy to accompany us in every trip in case for any emergency. But, how do you expect of a man protect 10-11 ladies in a group at the same time erkk so sapa yang protect sapa sekarang ni? hehehe. But layan je lah kan, kang cakap akak melawan cakap orang-orang tua =)


Whatever it is, the makciks and pakciks are the treasures of my life. This is how I repay their kindness for raising me until where I am today. Terima kasih makciks and pakciks.


So, jom kita p JALAN JALAN TINGGAL ANAK CUCU LAGI hehehe



The first outbound trip was 6D5N to Medan, Berastagi, Lake Toba and cant remember the other place =)

langkawi mya
The second place we went to with cucu-cucu adalah…..mana Mya?

langkawi croco
It' was Langkawi Island

umrah 1st
The 2nd outbound trip and my first umrah trip with TH Travel

umrah 1st a
Missing two persons in this photo =)

bintulu
this was their second trip to my workplace (Bintulu) and still asking for another trip erkkk

DSC08964
their 2nd trip to Sabah (the first one, me being very lazy to find the picture)
DSC08902
off to Manukan Island

DSC09936
and here we went again to Mecca =)

and next??????

TAI1361
shopping in Guangzhou via worldstock
OR
images
shall we go see a live volcano again in Bandung via erynejasmine
pasar-baru-bandung
and of course shoppinggg via hidayahtrvl

Saturday, January 14

Unforgettable Journey - Di Sini Kasihku Bertaut Umrah Musim Panas 2010 Part 6

Salam semua,

Haishhh, kata tadi nak sambung buat keja?? Hmm ini kira keja lah kan hikhikhik ~mengelattt. So pagi yg berbahagia ini, aku nak sambung (konpius dahhh nak guna 'aku' ke or nak guna 'saya' ke, lantakk piii lahh, asal hangpa faham kan). Pssst kali ni nak cerita perjalanan dari Medina ke bandar suci Makkah. Kami bertolak selepas Solat Jumaat (first time solat jumaat), di sini kaum hawa pun ikut bersolat. Selepas selesai solat dan berdoa moga ditambah rezeki dapat kembali  menziarah makam Rasulullah SAW dan para sahabat di sini. Kami pun beransur pulang ke hotel dan bersedia untuk bertolak ke Makkah. Perjalanan mengambil masa hampir 8 jam juga lah. Kami bertolak lebih kurang 3.00 petang dan sampai di sana dalam jam 11.00 malam. Wah macam perjalanan dari Malaysia ke Medina tetapi yang tu naik flight lah dik nonn hehehe. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan padang pasir, unta, batu, bukit batu dsb. Pendek kata, nothing to see lah hehehe tetapi ada juga kawasan yang bersejarah yang mutawwif akan inform pada kita. Oh lupa nak cakap, semasa dalam perjalanan tu kita dah siap-siap berpakaian ihram sebab kita akan berniat ihram bila sampai di miqat Bir Ali, so di dalam ihram, sila lah jaga pantang larangnya. (Miqat ada beberapa tempat bergantung kepada lokasi anda dari mana, sama ada dari Medina, Yaman atau Jeddah)


padang pasir

mana pi unta tadiiii?? hmmm

Sepanjang perjalanan tu, aku sambung balik sesi 'menuntut ilmu' dengan ustazah Datin A hehehe. Sambil dok membaca buku tetapi tak leh sangat membaca, sebab aku jenis pening kalo membaca atas bas. Selain dari pada itu, aku banyak zzzzzzzzzzz hehehe sebab tengok  pakciks and makciks banyak zzzzzzzzzzz juga so i terpengaruh lah u hehehe ~ ek eleh excusesss. Bas ada singgah satu pit stop di salah satu kawasan RnR di sana tetapi standardnya tak lah mencapai standard RnR Malaysia. So dont expect too much lah kan. Just, ambik wuduk dan buat jamak and qasar. Di sini pun, aku dah dapat lihat perangai dan gelagat manusia. Bila masa tu terhad, ramailah yang selfish sampai sian aku tengok yag tua-tua. Almaklumlah surau tu kecik so masing-masing plak, ada yang tak sabar so dirempuh je orang-orang lain. Astagfirulahalazim, istiagfar je aku tengok. Apa nak jadi lah... pastu ada juga yang terpekik dok marah-marah. Haishhh, aku buat apa? aku plak diam tercongok tunggu line clear baru aku solat sebab aku konpiden takkan lah mak, pakciks n makciks aku nak tinggal anak sedara kesayangan depa ni hikhikhik. 

Apa pun dik nons, biarlah mulut orang bising, tolak kita, rempuh kita, banyakkan bersabar, tolong orang perlukan bantuan kita, InsyaAllah ada ganjaran menunggu kita ~ pesanan penaja. Seriously, banyakkan bersabar. Betul kata Datin A, kena banyak bersabar dan hati kena bersih. I learnt a lot through the entire journey. Akak pun ada juga panas hati dik nonnn even dengan datin sendiri pun akak yg jahat ni ada memberontak tetapi alhamdulillah Datin A ni sabar jee dgn 'kedegilan' anak dia ni. Aku rasa, kalo aku kecik, mau dia rotan aku ni hehehehe. Keteqaqqq!!!! InsyaAllah, this coming trip, I will improve, lebih beristiaqmah dan tawaduk supaya banyak yang dapat di capai dan moga Allah SWT menerima doa-doa ku. Aminnnn. 

Sambung balik cerita, lepas habis solat, aku buat pecutan Watson Nyambek dengan cara ayu ke bas. Wahh, rupa-rupanya ramai lagi tak sampai hikhikhik. Datin CB and pakciks aku dok berehat minum teh hehehe. Aku plak dok apa lagi, buka lah cerita kat Datin A pasal kes tadi. Datin A cakap itu baru skit tu, sampai ke Mekah nanti, banyak lagi kita boleh tengok. Menurut kata Datin A lagi, kalo musim haji, MasyaAlllah haishhhh indescribable, tak tau macam mana nak citer. Ada juga adengan meruntun hati dan memanaskan hati. Apa pun, Assobarul minal iman. 

kita minum duluuu

cantik kan tetapi jgn lama di tenung matahari time maghrib, ada ustaz tu cakap, tak baikkkkk


banyak bas berhenti sini

So selepas pit stop, kami pun sambung lah kembali perjalanan kami ke Makkah. Senyap sunyi atas bas, masing-masing tak tau buat apa, tapi aku rasa semua kebanyakkan konpom zzzzzzzzzzzz sebab aku dgr org berdengkur hehehhehe. So bila masuk bandar Makkah, mutawwif dah kasi hint, kami lalu satu salah satu kawasan miqat terdekat dengan Makkah iaitu Masjid Tanaim. So kalo nak buat umrah lagi nanti, boleh ambik van sapu, pergi ke Masjid Tanaim dan berniat di situ. Ada banyak pendapat tentang melakukan umrah sunat ni so korang boleh lah buat bacaan lanjut tentang perkara ini. Mungkin juga anda nak buat umrah mewakilkan atas orang lain yang sudah meninggal so silalah buat further reading tentang hal ini. Masjid ini ada kisah sejarah dia which sorry dik nonns, akak dah lupa but some stories related to Saidatina Aishah. Nanti akaks citer untuk next trip ya. 



Bas laju, so gambar tak bagussss ~Masid Tanaim



Tidak lama selepas itu, maka tibalah kami di kawasan sekitar Masjidil Haram dan hotel kami. Hotel kami di Makkah ada lah Al Hajeez, jalan tu kira tak jauh lah pun dari Masjidil Haram.  Traffic di sini hmmm tak tau lah nak cakap, bisingnya macam di Indonesia juga. Sabauuuuu je lahhh, dah lah hampir accident bas kami di sana. Mutawwif kami cakap (lupa nak cakap, kami panggil dia Ahmad dari Indonesia) sikap penduduk Makkah boleh dikatakan amatlah berbeza dengan Medina. So, dari situ anda boleh imagine macam mana Rasululah SAW pun boleh dihalau oleh penduduk Makkah masa baginda berkunjung ke sana. Ingat kawan-kawan pesanan penaja, sabar yeeee. Kalau korang tanya aku,?hmmm aku ni  terlampau excited sampai mata ni bulat macam burung hantu bila sampai Makkah ni hikhik, almaklumlah first time, pastu rasa macam tak caya. Alhamdulillahhhhh sampai juga cek di bumi Makkah.


1st pic in Makkah

Sampai je hotel, kami semua masuk bilik, kasi fresh skit. Kali ni kami kena share dengan Cikgu Fuziah (Penolong HEM, dah siap mai visit rumah dah hari tu) dan anak dia. So akaks tak leh nak bermaharaja lela lah, tunjuk kuasa conquer bilik. Haizzz pa nak jadi lah dengan minah Vp niii. Tetapi InsyaAllah, Datin A cakap for next trip kami book bilik duduk bertiga anak beranak hikhik. But for Dato M, kasi special skit sebab depa je lelaki kali ni so bagi duduk berdua dengan best friend iaitu Pak Teh. Pastu lagi satu bilik plak, my makciks 3 orang duduk situ hehehehe. InsyaAllah di Hotel Al Massa for next trip which is lagi dekat.

Selepai selesai rest, Datin A pun ajak jgn buang masa buat rukun umrah yang lain iaitu, tawaf, saie dan tahalul. Wah memang berdebar and Datin A suggest tawaf buat berdua, dan aku dengan Mak Ngah, Datin CB dengan Mak Jang, Datin A dengan Mak Long B. So in case tak jumpa, at least kami berdua bukan seorang. Ingat ye pastikan anda menjaga wuduk semasa tawaf. So tahan ye jangan sampai kuar anginnnn put put hehehhehe. Tetapi dont worry, untuk umrah wajib ni, mutawwif akan guide kita sebab yang wajib kita kena pastikan betul dan sempurna. For my family, Datin A ibarat ketua Puteri Islam kami hehehe. So what about my pakciksss, jeng jeng diaorang bawa my auntie yang naik wheelchair so macam body guard gitu hehehe. Mak Chaq dengan empat orang bodyguards hehehehe and diaorang ikut mutawwif. Lagipun Ayah Pak Ngah dah pernah datang so dia ibarat Ketua Pengakap di kumpulan sana hehehehe. 

Conclusion, kami selesai menunaikan umrah pada jam 2.30 am. Disebabkan penat, kami pun balik hotel berehat dahulu so esok boleh sambung dengan ibadat sunat yang lain. Apa perasan first time aku tengok kaabah? Satu je aku nak cakap, korang kena pi baru tau macam mana rasanya. SubhanaAllah, there nowhere else in the world I long to be except this place. Korang boleh je tayang kat aku, korang pergi Maldives ke Mauritius ke, Hawaii ke dan mana-mana pun. Konpom aku akan cakap aku nak pi juga lah tetapi InsyaAllah this place will still be the very first place I wanna be ~ tak takbur di sini tapi just nak share my feeling hehehe. Hidup di dunia hanya sementara, akhirat juga yang menanti kita dan penghujung segalanya adalah di sana ~ ye dik nons, akak nak muhasabah diri, nak insaf and hopefully u oolss will pray the best for me.


Till then amigos, see you in next post. 



tersemat di dalam dada


Maal Salamah =)




Saturday, January 7

Project Runaway Part 1

Salam and happy weekends u olls,

Semalam baru chit chat dgn my sis, Algae Girl. We discussed on how we should wear our scarf masa umrah nanti ~ Niat agak terpesong nihhh, dak aihh aku teringin nak pakai tudung ni, actually lagi bagus dari trend tudung aku pakai sekarang, lebih menutup auuratt. She planned to wear tudung indon yang bercorak cantik-cantik but I asked her to try some other style. Since InsyaAlah next month adalah musim sejuk, I suggest we try pashmina tetapi tengok maybe tudung syria bidang besar pun ok juga kot. Yang penting tebal, jangan plak yang nipis transparent, mau Pak Arab jeling semacam je ~ Eh, tak yah tunggu Pak Arab, kat rumah aku pun, Datin A mesti buat panahan menusuk kalbu hehhehehe. 

boleh cute macam ni juga tak? hehehe ~ adesss lupa daa dia umur 16 belasss, haku? baru  19 belas hahhahah

So meaning lilit melilit lah kan kalau pakai scarf macam ni. Actually haku memang suka giler tudung Najwa Latif time Juara Lagu hari tu. So cara nak melilit tu diserahkan kepada Algae Girl untuk cari caranya tetapi akaks dah men'try' di rumah hehehehe. La rupa-rupanya senang je tudung Hana Tajima ni. Pin kan hujung, pastu ha lilit lah pusing sekeliling kepala tetapi jgn sampai tercekik sudah hehehe. So tugas membeli tudung diserahkan kepada Algae Girl sebab dia study kat negeri stok tudung hahaha. Aku suruh beli pashmina hitam and cream, pastu tak dilupakan awning scarf sekali. 2-3 helai cukuplah sebab banyak pakai telekung nanti. Call Datin A semalam, she said balik rumah kita buat runaway show baju dan tudung yg nak bawa pi hehehehe. Ooopss my mom jenis sporting bab-bab ni sebab anak-anak gadis dia yang kenjjj telah influence dia sekali tetapi yang penting bersopan katanya. Jangan pakai tudung, tayang betis kat orang mcm kes dik nons kat bawah ni.Tahulah semangat kesukanan tetapi pakai short. Haizz nauzubillahiminzalik, moga akaks juga dijauhkan daripada buat perkara yang sama. Aminn.

Kalo aku buat mcm ni, Datin A konpom ligan buat marathon keliling kampung aku sambil libas dengan rotan hehehehe


O0ppss dah 3.30 pm, time to go wandering along the Tanjung Batu trek lalalalalalallalallala



Thursday, December 22

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur nikmat kepada tuhan yang memberi rahmat oo oo oo oo......

Astagfirullahalazim, suara sumbang siapa kah itu? Sebelum sambung cerita, hi u olls. Hari ni oops lebih tepatnya pagi tadi ketika jam pukul 7.20 am, Datin A telah call mengkhabarkan satu berita gumbira?
.
.
.
.
.
.
Ada orang masuk meminang ke?
.
.
.
.
.
.
.
.
No No No tapi kalo yes yes yes? mak lagi suka u ollss hahahaha -> ayat benggong
.
.
.
.
.
.
.
tetapi ALHAMDULILLAH tahap kegumbiraannya mencapai maxima.
Apakah pengkhabaran itu?
.
.
.
.
.
.
Mari kita lihat, siapa yang kenaaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YESZAAAAAAAAAAA, khabarnya adalah Dato M dah setuju, u ollsssssss
.
.
.
.
.

Setuju apa?
.
.
.
.
.
.
.

Namanya setuju nak p destinasi percuti terbaeksss di dunia iaitu bumi anbia, ALHAMDULILLAH syukurrr
.
.
.
.
.
.
.
.
Now, i need to buckle up everything, my lecture, my work, test and exam paper. Everything should be done before end of February, nope! to be exact is before 2nd week of february. Yes finish off everything including list of clothes to bring hahaha (sengal kan) Pasni, kena cari balik semua baju last trip, bawa keluar habis jubah and semua tu. But this time around, InsyaAllah my Algae Girl will be joining us too so I've been thinking perhaps both of us boleh jadi perempuan melayu terakhir. Kali ni, nak pakai baju kurung and I think I'll look nice and ayu gitu -> perah santan. Ok Ive made up my mind, usung banyak baju kurung dan beberapa helai jubah kali ni. Tudung? nak pakai jenis lilit sebab kali ni my sister yang terer lilit melilit ada. Datin A pun terer tapi dia malas nak layan karenah anak dia yang ngades ngades feces kuda ni hahahha.




Wednesday, November 30

Kisah Ikan Kekek dan Pengkhianat Durjana


Salam and hi there,

Sebelum tu, title post aku tu rasanya dah mengamit kenangan u olss tentang lullaby kita orang-orang kampung time kecik dulu kan. Aku ni orang kampung, mak aku, Datin A tak pandai cakap omputih sebab dia ngaji sekolah a'rab da so dia pandai cakap arab, tak macam anak dia yg selalu fail bhs arab time sekolah hehehe tetapi Dato M peminat setia sekolah omputih time dia kecik dulu tawww

Aku dengar Pak Ngah aku citer bocor rahsia, time abah aku sekolah rendah dulu, sanggup abah aku ni memonteng pi main dlm estet sebab tak mau pi sekolah melayu. Kantoi sebab?? dia sangkut baju sekolah tang pagar estet tu hahahaha. Sekali Panglima Banjar (tok wan aku) mai buat 'raid', maka kantoi lah abah aku. Bila kena interrogate, ha barulah tau, dia tak minat sekolah melayu, nak p sekolah omputih katanya. Maka bersekolah lah abah aku sehingga peringkat MCE and then join askar, jadi abang si baju hijau hehehe (technician fighter jet occay, i'm proud of him ~ ayat gedix). Sekali fighter jet lalu, dia dengar bunyi engine pun..dia dah tau model apa, u olls...Ko mampu? oopsss takbur plak astagfirullahalazim. Sama dengan abang aku lah sebab tu lah kot dia dapat tempat keja dalam air force base (kita orang pernah tinggal di sini dulu).

Berbalik kepada lagu ikan kekek ni, sebenarnya Datin A aku telah mewarisi bakat menyanyi lagu ni kepada Mat A. Baru tadi Mat A suruh The Weatherman (abah dia) call aku, maka Mat A pun nyanyi lah mcam dlm rancangan vokal, bukan sekadar rupe tu TETAPI, pelat lah oii, terpaksalah cikgu vokal membetulkan sebutan Mat A ni. Korang tau tak tang mana si Mat A nyanyi dengan kuat? Tang sebut AMBOI lah dia sebut dgn penuh semangat. Pastu Mat A sempat ngadu kata dia sakit mata.

Ini sarikata lagu tu untuk mengimbau kenangan indah aku main doi time kecik dulu termasuk dialog yang terjadi antara haku dan Mat A

~R u ready??? Nyanyi ramai-ramai ye~

Ikan kekek mak Iloi Iloi,
Ikan gelama mak ilai ilai,
Dapat isteri cantiknya….AMBOI (Mat A menjerit dgn kuat =)
Tetapi ketawa mengilai ngilai (gila agaknya bini penulis lagu ni hahahha)
Mat A : Mak Chaq !!
Minah Vp : Yaaaa
Mat A : Ad..b cakit ata (sakit mata)
Minah Vp : Ciannyaa, awat?
Mat A : Andii (mandi)

Alkisahnya, cuti hari tu diaorang pi berendam kat The Lost World of Tambun. Main sampai sakit matalah Mat A ni hmmm sakit sebab main air ke, sakit sebab Mat A skodeng anak dara orangg...oppss Mat A, nauzubillah, jangan buat tak senonoh kang Mak Chaq tarbiah nanti hikhik (ada hati nak tarbiah orang padahal diri sendirik pun x betul)

Selain tu, semalam Datin A call haku, sembang pasal lembu dia kena racun. Sadis oo, dah lah lembu tu simpan kot-kot aku ni dah sampai seru nanti, haishhh takda rezeki gamaknya. Family aku ni, kalo kenduri kita orang selalunya guna lembu yang diternak sendiri. (fresh dari ladang kandang giteww..) Namun begitu, yang paling aku sakit hati, biadap sungguh si peracun tu sebab bukan lembu mak aku je, habis lembu baka Ayah Pak Lang aku yang kesemuanya 7 ekor dia racun. Kijam Kijam sungguh pengkhianat durjana iteww. So hari tu polis and veterinarians pun datang lah buat siasatan sekali. After selesai post mortem, kena lah panggil backhoe atau lebih mesra dengan gelaran kapal korek, nak tanamkan mayat mangsa keadaan. Ini sebab saiz setiap sekor lembu tu bukan kecik halus tapi besau kedabau. Kalo lembu tu side kick, mau terpelanting stuntman jawabnya kita ni. Kerugiaan cecah lebih 15k. Aku sedih giler sebab aku kenal sekor-sekor (ewohh yo yo oo je) lembu tu. Manja ok arwah lembu-lembu iteww. Oh lembu, kesian kat hangpa noo, takpa takpa nanti kami Hang PenglipurLara pi buat perhitungan kat court.

Setelah membuat derma kilat di kalangan kaum kerabat, maka kami sepakat duit tu buat bayar sewa backhoe and sedekah kepada sekolah tahfiz. Mintak depa dapat buat  kenduri bacaan yassin 3 malam  supaya si pengkhianat durjana tu tu mendapat pembalasan dari Allah SWT. Ayah Pak Lang aku pun pelik kenapa lah busuk hati sangat sampai ke tahap aniayai dia macam tu. Sebab setahu dia lah, rasanya dia takda menyakiti hati sapa-sapa so dia harap pengkhianat tu dapat datang dan citer apa masalah dia dengan ayah Pak Lang (ayah Pak Lang aku baik giler sampai kekadang aku rasa nak silambam terajang je orang-orang yg take advantage atas kebaikan dia). Jadi kawan-kawan, kalo rasa bermurah hati, aku mohon korang dapatlah doakan semoga kezaliman si peracun ini akan mendapat balasan setimpalnya dari Yang Maha Kuasa.

InsyaAllah, Wasalam.



Saturday, November 26

Unforgettable Journey ~Di Sini Kasih Ku Bertaut Umrah Musim Panas 2010 Part 3

Assalamualaikum wbt, Salam Maal Hijrah dan Salam 1 Malaysia,

Baik je i hari ni kan. Yelah dah nak masuk tahun baru ni, tak kan lah tak insof lagi (kejap je tu). Namun begitu kengkawan, i rasa lah u oolls... kalo sikap dan perangai kita tak mengganggu ketenteraman hidup sesiapa, i rasa lah itu tandanya kemungkinan besar ramai orang menyenangi kita tetapi kita sebagai hambaNya kena lah sentiasa bergerak ke arah kebaikan. Renung-renungkan hehehe

Anyway, kita sambung kembali kisah pengembaraan ku (ewoh mcm rancangan spice route kat tv3 dah bunyinya) di bumi anbia. Setelah menikmati rehat dan tidur yang amatlah nyenyak. Pagi itew, mak cek pun geraklah cek.

Datin A : "Minah, bangun, lekaih, nuu satgi depa nak smbhyg subuh dah'.

Maka aku pun melompat dari katil sepantas kilat sebab HAKu je yg tak mandi lagi weiii, datin-datin semua dah bersiap sedia 'on your mark, get set, GO' je. Tetapi semua sporting sebab dah almaklum benor lah perangai anak sedara mereka yang voge ini. Masih lagi aku teringat, soalan aku ketika kami nak keluar dari bilik

Minah Vp : Mak, Mak, segak tak cek?
Datin A : Hmm ~ menjwb dgn muka bo layan -> adess, nasib baik mak haku x menjawab sengal betul bdk ni hahaha

Seperti tuan/puan semua sedia maklum, Hotel Anwar Movenpick ni amatlah dekat dengan Masjid Nabawi. Adalah dalam 5 minit jalan, dah masuk pintu gate masjid. Uish ni... nk habaq mai, feeling 1st time masuk Masjid Nabawi, SubhanaAllah, terkesima! tu je aku boleh gambarkan.

~Sekali lagi, pesanan penaja, kengkawan semua.. kalo ada rezeki, tolonglah pi ye, jangan lepaskan peluang ni sementara masih ada especially yang muda-muda, seriously uishh x tau nak cerita lah, yg pasti hgpa semua kena pi occay~

Waktu tu sebab haku yg lambat siput tol, kami terpaksa lah berpusu-pusu masuk dengan masyarakat sekeliling tu. MasyaAllah seronok tengok, semua orang mostly berbaju putih jalan cepat-cepat takut tak sempat nak sembahyang berjemaah. Ok, as usual, pi masjid pakai selipar je lah and then jgn lupa bw plastic bag or beg kain nak letak kasut. Termasuklah mineral bottle kosong. Aku pi blurr je tetapi alhamdulilah datin-datin semua dah sedia maklum kan so depa dah prepare awal-awal dan aku jadi penumpang bas ekspress je hehehehe. Datin A dah pesan awal-awal wuduk kena jaga sebab kalo tidak, kena keluar pi tempat wudhuk yang mana di luar masjid. So kalo time ni, confirm ramai and takut tak sempat nak berjemaah. Ok tiba je di pintu masuk selepas letak selipar di rak kasut yang disediakan (sila ingat anda masuk pintu yg mn satu ye sebab nak amik kasut nanti), kami kena melalui body inspection oleh mak/kak guard. Strict sini, camera and handphone with camera strictly forbidden inside the mosque. Kalo dapat, kenalah serah pada office guard and ambik balik sebelum keluar masjid. Para Dato's and cousin aku cakap sebelah lelaki tak strict pun, dia slamber badak je bawa masuk camera (oh sy amat jeles ketika itu) tetapi jgn risau ada lahh sedikit 'sneak peek gambar selepas ini tetapi curi-curilah amik. ~ mesti korang meragui niat diri ku ini kan? ada ke curi-curi tetapi niat di hati kecil ku ini just nak share dengan kawan-kawan semua, nak tunjukkan keindahahan seni bina islam Masjid Nabawi, sebelum bawa tu pun aku dah tawakal sambil tanya Datin A~

Beginilah perbualan itu berlangsung tapi dialog tu tukar skit untuk hiburan anda semua hehehe

Minah : Mak, mak, boleh dak (tidak) cek bw kamera masuk masjid?
Datin A : Ish bdk ni, mana boleh..satgi mak guard tu bersilat depan cek, jenuhlah kami semua
Minah : Lah makkkk, cek nak tunjuk kat member cek semua, lawa sunggohlah masjid nabi ni
Datin A : Lah minah oiii, mak hang ni bukan ketua keselamatan kat sini
Minah : Alah makkkkk huhuhu
Datin A : Macam ni lah minah oii, cek tawakal saja, kalau niat cek suci dan murni, InsyaAllah Dia Maha Mengetahui, dapatlah cek amik gambar nanti

So apa keputusannya, kita nantikannnnn!!!!!

And now sambung balik citer tadi. Masuk je masjid, kami terus cari tempat port yang sesuai so kat sini nampaklah pelbagai variasi kaler dan bangsa. Malaysian kebanyakkan telekung putih lah, kalo Indonesian tu adalah kaler macam-macam telekung dia. And then banyaklah jenis, pattern telekung asalkan yang penting menutup aurat tetapi aku ni jakun lah skit kan sebab tak pernah tengok. So sebelum duduk tu, kami solat tahiyatul majid dahulu seperti anda semua sedia maklum kan, yang mana kita semua tahu, apabila masuk mana-mana masjid disunatkan solat 2 rakaat tahiyatul masjid (aku x terer lah bab agama ni tapi ini lah ilmu yang dapat aku share, sy budak masih belajar). Banyak lagi amalan sunat lain yang mana anda boleh buat revision sendiri ya. Alhamdulillah selesai solat subuh, kami semua pun berpusu-pusu keluar dan sebelum keluar tu anda akan nampak sederetan tong-tong air zam zam. Anda boleh pilih nak cold or biasa (takda air hangat, bukan vendor machine ye dik nonn). So disinilah aku nmpk significant nya mineral bottle tadi hikhikhik, aku tak bawa sebab aku kan penumpang bas ekspress tegar hikhik.

Tetapi inilah kemuncak ceritanya...keluar je masjid jeng jeng jeng selipar aku hilang. Aiseyman sebab selipar aku je walaupun satu beg dgn datins yang lain. Rupanya diriku tidak keseorangan, Ayah pak ngah aku pun sama hikhik tetapi yang jalan kaki ayam pi kedai kasut adalah aku dgn Ayah pak lang. Uishhhh terharu tengok Ayah Pak Lang bagi kasut kat Ayah Pak Ngah (abang kedua mak). Caring wokeh abang and adik walaupun cehh eksyen tuuuu, time nak bagi kasut hikhikhik biasalah kena lah tunjuk macho kan. Kepada tuan/puan yang kehilangan kasut, anda jangan lah bimbang, sebab banyak kedai dan orang menjaja selepas gate Masjid Nabawi tu. Satu lagi jalan dia sejuk sebab marmar and lagipun subuh kan so taklah panas. So aku dengan Ayah Pak Lang pun jalan dgn muka cool pi kedai kasut hehehehe sambil tersengih-sengih, oopss senyum ayu kang orang kata tak betul plak kan. So now marilah kita share gambar-gambar sekitar Masjid Nabawi


ini toilet kat luar bangunan masjid tetapi masih di dlm kawasan masjid


SubhanaAllah!!
datin-datin dan seorang je dato (yang lain?? laju depa jalan)

kat halaman luar after solat

Amboi datin, pilih jangan tak pilih =)
Kita stop takat ni je kali ni sebab haku nak kena hantar collegue aku pergi airport. Banyak lagi kisah nak dikongsi bersama especially tempat-tempat sepanjang ziarah di sana. But for now, we shall stop here. Kita sambung lagi kisah ni InsyaAllah di lain kali ~ next post. So sebelum berpisah, inilah pesanan penaja untuk renungan bersama

1) Sentiasa buat banyak rujukan sebelum pergi
2) Gambar-gambar di sini for your eyes only, kalo nak share mohon lah diberitahu. I seganlah you walaupun u ollss sukarela nak buat publisiti my beloved family

3) Shopping shopping juga dik non tetapi matlamat utama jangan lupa ya ~ Datin A berpuluh kali remind

Maal Salamah dan psttt jangan lupa hari ni baca doa akhir tahun after solat asar dan awal tahun after solat maghrib ye


Friday, November 25

Kisah Si Budak Toet ~ Mat A

Hallluuuuuuuu,

Inilah trademark Mat A bila dia cakap telefon, Mat A adalah kesayangan, busyuk macham, buah hati, diamond, umbrella, mountain kami sekeluarga. Aku, kalo dilanda awan taufan dan mode jiwa kacau, confirm haku akan call Datin A sebab nak bercakap dengan si budak toet ni. Betullah kalo dengar suara budak-budak ni rasa haiiiii soothinggg jeerrr, sejuk hati nak marah. Sekarang Mat A dah pandai ooo dik non oii bg arahan call Mak Chaq M (haku) and Mak Cik A yang of course menjadi kegemarannya tetapi tidak setanding kegilaan Mat A bermain angry bird. Datin A and Mat A dah upgrade sekarang occay. Main angry bird ~kelasss nyahhh . And also, Mat A pun ada ipad sedangkan haku yg keja mcm nak mamp... ni pun tak hadop lagi ipad tu.

After sekian lama haku tidak balik kampung halaman, adik aku, si Mak Cik A atau turut merangkap agen tudung bawal haku dan juga turut dikenali sebagai Algae Girl telah menawarkan diri membuat lintas langsung merepot aktiviti utama Mat A and Datin A di rumah. Menurut Algae Girl, fenomena luar biasa melanda kediaman rasmi Datuk M and Datin A disebabkan kecanggihan teknologi masa sekarang yang dipelopori oleh abang aku, The Weatherman dan sis in law, The APC Doc. Kemunculan IPad yg sekarang dikuasai oleh Mat A menyebabkan Datin A dan adik-adik aku yang lain bersaing secara sihat dalam game Angry Bird (ada lagi game lain tapi x ingat doohh).

Fiil terbaru atau skill paling latest Mat A yg baru sahaja ditunjukkan tadi adalah bercakap dua telefon serentak walaupun ayat yang keluar dari mulut dia mostly adalah

1) Ha
2) Ya
3) hahhaha gelak manja ~ tak tahu aku motif sebenar Mat A
4) Tak dok
5) Hmm
6) Tok dan beberapa perkataan yang lain yg mn tidak beberapa konsisten penggunaanya =)
7) Yalla Yalla dan Taa'lay Taa'lay - ye dik nonn, Mat A pandai cakap A'rab lahh

Skill yang meng'agum'kan tadi adalah cubaan untuk menghubungkan haku dgn Algae Girl dengan menggunakan dua telefon. Yang mana bagi peringkat kita yang advance cerdik ni, hanya perlu menekan punat speaker phone tetapi tidak kepada Mat A, sebelah dia pegang telefon mak haku and on the other side telefon abang haku ~ mak oiii confuse sungguh Mat A ni. However, apa pun Mat A dan adik dia TETAP MENJADI POJAAN HATIKUUUU!!!!


Tak sampai 2 wks keluar dari perut mama dia. Mat A requested nak p Mauritius tetapi abah dia, The Weatherman recommended satu tempat yg terbaik untuk dia sunbathing iaitu HSJ =)