Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 8

Kari Ayam Simple


cicah dengan roti tawar pun sodappp niii =)


Bahan-bahan untuk (3 orang makan)

untuk ditumis
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • bunga lawang dan kulit kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
untuk dikisar
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
bahan-bahan lain
  • ayam yang telah dipotong lebih kurang 6 ketul
  • 3 biji kentang dipotong empat
  • 1 peket kecil rempah daging
  • 1/2 sudu serbuk cili (optional)
  • 3-4 tangkai cili muda (optional)
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 mangkuk kecil santan
  • air asam jawa
Cara memasaknya :
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Biarkan minyak panas, baru ditumis bahan-bahan tumisan tadi sehingga kuning keemasan
  2. Bahan yang dikisar tadi digaul dengan rempah kari daging. Seterusnya masukkan ke dalam periuk
  3. Masukkan sedikit air asam jawa
  4. Setelah itu, masukkan kerisik dan kecilkan api. (Boleh dimasukkan serbuk cili bagi mereka yang sukakan pedas) Biarkan sampai rempah betul-betul masak dan nasi minyak. I prefer masak rempah lama, biar betul-betul masak, baru ada kick!
  5. Apabila sudah naik minyak dan rempah sudah masak, masukkan ayam dan kentang tadi. Tutup periuk dan biarkan sehingga ayam dan kentang separuh masak. Jangan lupa kacau sekali sekali supaya rempah tidak hangit di bahagian bawah.
  6. Apabila ayam dan kentang sudah hampir masak, masukkan santan tadi dan biarkan ia mereneh lebih kurang 15-20 minit dengan api yang kecil.
  7. Setelah masak, masukkan cili muda tadi dalam 5 minit sebelum api dipadamkan.
  8. Sedia untuk dihidangkan
P/S : Kari yang simple sahaja untuk makan orang-orang bujang

No comments: