Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 3

Tre'Semme, St Ives and Montagne Jeunesse

Hi peeps,

Hasil tuaian dari Guardian tengah hari tadi

TreSemme Anti Breakage Shampoo and Moisture Rich Conditioner

Sebelum ni, aku guna shampoo brand lain tapi sejak dua mejak ni baru perasan  ada split end la. Aisyeman, so tadi kebetulan pergi guardian, wah Xmas sale. So mata ni naik ‘syeh’ la, sakan nak pilih toiletries. Mula-mula beli shower foam dulu. Pastu baru survey cari shampoo yang sesuai. Ingatkan nak  try Loreal Repair 5 yang Aishwarya Rai dok sakan promote kat TV tu. Tetapi aku dok usher juga brand lain yang recommend by professional gitu..Studio, shurei pastu nampaklah sale dekat brand tre’semme ni. Memang murah lah berbanding normal price, almost 50% off. So apa lagi, tunggu lagi? Rembat terus dan sangat berbaloi sebab kuantiti 900 ml so boleh tahan lama. Sampai je rumah, terus meng’test’ product baru, excited gitu. Cuci rambut dan pakai conditioner. Wangggiiii bak kata Mat A and lembut sangat rambut ku ini, hikhikhik. So mintak-mintak lah berkesan shampoo ni. Aku rasalah nak kena pi saloon potong skit hujung rambut dan buang bahagian split end tu dulu, mungkin rambut lebih senang terjaga lepas ni. Satu lagi, aku pakai minyak zaitun juga.


Hasil tuaian dari Watson pulak

Montagne Jeunesse Peel Off Masque and Aromatheraphy Masque

Lately, aku minat sungguh dengan variety of masks dari Montagne Jeunesse ni. Sudahlah banyak satu peket ni, so boleh 2-3 applications. Pastu suka lah bau dia, so far dah try pakai mask made of from promegrante, papaya, apricot dan apa ntah dah lupa. So malam ni, nak try yg aromatheraphy punya hikhik. Satu lagi peel off yang paling aku suka adalah Garnier Lemon yang peket kuning tu. Memang aku suka pakai bila rasa muka sangat berminyak dan kotor. Rasa bersih je bila peel off mask tersebut dan SKII Treatment Mask ku reserve for special occasions.  For those yang gunakan SKII FT Mask ni, aku nasihatkan  essence yang lebihan dari mask tu boleh disimpan dalam fridge dan beli mask sheet yang baru dan celup balik dalam lebihan essence tersebut. Korang yang pernah pakai mesti dah sedia maklum, mask dia memang gila-gila basah dan menjejeh essence bila dipakai. Daripada korang membazir, lebih baik simpan dan guna lagi untuk kali lain. Almaklumlah u olllsss, mak bukan ada kilang cap duit, kalo ada, idaklah mak jadi begini berjimat cermat. Satu lagi my favourite scrub jeng jeng, sila scroll di bawah


ini diaaaaaaaaaa


My favourite things - St Ives Apricot Scrub Invigorating Face and Body

Serioulsy, so far ramai yang komen wangiii. Pastu ada member sleep over kat rumah, dia puji scrub ni lepas guna. Siap tanya nak beli mana, actually boleh je beli di mana-mana drugstores tetapi last time aku beli scrub ni tinggal satu ni je. Nasib aku baik and time tu sale plak, memang cepat habis.  SA tu cakap hot stuff ni kat guardian sini. Butiran scrub dia agak kasar skit so kalo muka da jerawat, janganlah hangpa pi tonyoh tang tu pulak (rasanya time muka naik jerawat, amat dinasihatkan jgn pakai scrub). Tetapi so far setelah 2-3 bulan guna, alhamdulillah bagus. Member pun puji, (citer benar) time dia tolong masage badan, dia cakap lembutnye kulit mu...Mu pakai ngapo? hahahaha terloncat aku lari masuk bathroom pastu buat iklan free untuk St Ives. Satu lagi kelebihan dia, banyak dan 2 in 1 (body and face). 

Skin regime aku adalah seperti biasa dan aku memang diehard fan SKII dari cleanser, toner and essence dan mask tu selalunya aku dapat sebab free bila angkut stok RM199 SKII Miracle Water tu hahahhaha. Datin A pun pakai SKII so aku sebagai supplier kena bijak lah membeli bila ada promotion. Apa lagi? aku share nanti  lah bahagian supplement, SKII skin regime dan body toning. 


See u when i see u =)


P/S : Kulit aku ni idaklah mabeles semacam Kak Poziah tetapi so far alhamdulillah nampak perubahan bila aku pakai barang-barang ni. Perhaps u olls, would like to give it a try, maybe it will work for you too kan. InsyaAllah.


No comments: