Assalamualaikum wbt
Gambar-gambar ketika meniti hari terakhir
Ketenangan dan kesyahduan di dataran kaabah ketika tawaf sunat terakhir di pagi hari keberangkatan pulang
Tiada ungkapan yang dapat dilahirkan melainkan ucapan SubhanaAllah dan doa kepada Nya moga kunjungan ini diikuti kunjungan yang tidak akan putus
Di sini, nak share tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa sekitar kaabah - InsyaAllah
Ya Allah, rindunya akak dengan kaabah........sedihnya (T T)
di dalam Hijr Ismail - solat sunat dua rakaat dan berdoalah |
jika ada rezeki, spot terbaik adalah di bawah pancur emas |
di tengah antara Rukun Yamani dan Rukun Hajarul Aswad - tempat mustajab untuk berdoa memohon keampunan |
sometimes imam pilih tempat ini selain di hadapan multazam dan pintu taubat untuk solat |
selepas tawaf, boleh solat sunat tawaf di belakang maqam Ibrahim atau hadapan pintu taubat |
pintu kaabah dan setentangnya maqam Ibrahim di mana terdapatnya tapak kaki Nabi Ibrahim |
Hijr Ismail terlindung oleh ratusan manusia yang sedang bertawaf |
Alhamdulillah, pagi tu, orang kurang sedikit tawaf so ada kesempatan untuk akak bawa adik ke tempat yang mustajab untuk berdoa |
InsyaAllah doa kita dimakbulkan jika disertai dengan hati yang bersih dan ikhlas mengharapkan belas kasihan Nya. Personally, Alhamdulillah agak pantas doa ini dimakbulkan yang mana this is from my past and current experiences dan jangan lupa ya luahkan kesyukuran anda kepada Nya. Tips daripada ustaz jika ingin sentiasa mempunyai kesempatan dan rezeki kerap datang ke Mekah dan Madinah adalah, setiap kali solat fardhu bertalbiah sekurang-kurangnya 11 kali. Tips dikongsi oleh sheikh ketika beliau menuntut di universiti.
Sedikit fakta yang ingin dikongsi adalah kaabah ini sebenarnya adalah selari dengan Baitul Makmur iaitu kaabah Allah di langit ketujuh yang mana para malaikat dan penghuni langit bertawaf mengelilingginya dan diriwayatkan jika Baitul Makmur jatuh ke bumi maka ranaplah kaabah di dunia.
No comments:
Post a Comment