Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Saturday, April 7

Masjid Nabawi, Madinah Munawarah ~ Umrah Musim Sejuk Mac 2012


Assalamualaikum wbt and salam 1Malaysia……
Apa habaq org kg semua? hehehe Akak? as usual lah keja dan keja, dah lama x blogging so bila rasa tu menusuk kalbu, barulah akak menjenguk blog. Hari ni, akak nak share dengan keindahan Masjid Nabi atau Masjid Nabawi, Medina dan kawasan sekitarnya. Model-model tak boleh lah nak over pose kan, tak manis gitu. Kalau korang dapat pergi (insyaAllah) tak perlulah korang nak melompat dan menongek pose kat sana, kang ada yang cakap korang ni kurang bersusila dan pandang ‘zig zag’ gamaknya. Sorry to say lah kan, mulut laser akak nak berbunyi petang syahdu ni hehehe. Astagfirullahalazim….. Anyway, do enjoy these photos =) yuk mari bergambarrrrr donggg!!!

Tuesday, March 27

Kisah Unta Umrah Musim Sejuk March 2012


Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia

Hari ni nak share cerita unta, sebelum ni personally akak agak kagum dengan binatang-binatang lain selain unta. Rupa-rupanya, dalam bebanyak binatang, unta sesungguhnya haiwan yang sangat special. Selain daripada keunikan bonggol dan ketahanan unta menahan extreme condition di padang pasir, unta juga spesis haiwan yang sangat setia. Jika tuan dia arahkan unta ini duduk di atas batu yang tajam, rupa-rupanya dia masih akan duduk. SubhanaAllah, setia sungguh dan yang paling mengagumkan unta sangat malu dan tidak mengamalkan hubungan sumbang mahram. Seperti yang sedia maklum, binatang ni manalah ada akal kan so dia 'lego' semua. tetapi unta special sebab tak macam tu. Bagus unta ni =). 

So marilah kita berkongsi bersama kenangan akak bersama unta-unta di bumi haramain.



Nope, bukan tangan saya yang menyentuh mata unta itew ya =)

Kagum dengan ketampanan abang unta interframe dlm gambar ni

Tengok abang unta masih maintain kehensemannya

eksen abang unta ini

tengok, eksen oo, tak layan akak yang suruh senyum ni

iklan susu unta yang dikatakan awet muda

kita minum duluuuuu

selepas minum susu, kita naik unta puloks

penunggang unta ni, tidak terkata apa-apa disebabkan kegayatan beliau terhadap ketinggian unta

tetapi masih mengekalkan ayu pose bersama si unta

Saturday, March 24

Dataran Kaabah ~ Umrah Musim Sejuk Mac 2012


Assalamualaikum wbt

Gambar-gambar ketika meniti hari terakhir

Ketenangan dan kesyahduan di dataran kaabah ketika tawaf sunat terakhir di pagi hari keberangkatan pulang

Tiada ungkapan yang dapat dilahirkan melainkan ucapan SubhanaAllah dan doa kepada Nya moga kunjungan ini diikuti kunjungan yang tidak akan putus

Di sini, nak share tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa sekitar kaabah - InsyaAllah

Ya Allah, rindunya akak dengan kaabah........sedihnya (T T)


di dalam Hijr Ismail - solat sunat dua rakaat dan berdoalah

jika ada rezeki, spot terbaik adalah di bawah pancur emas

di tengah antara Rukun Yamani dan Rukun Hajarul Aswad - tempat mustajab untuk berdoa memohon keampunan

sometimes imam pilih tempat ini selain di hadapan multazam dan pintu taubat untuk solat

selepas tawaf, boleh solat sunat tawaf di belakang maqam Ibrahim atau hadapan pintu taubat

pintu kaabah dan setentangnya maqam Ibrahim di mana terdapatnya tapak kaki Nabi Ibrahim

Hijr Ismail terlindung oleh ratusan manusia yang sedang bertawaf

Alhamdulillah, pagi tu, orang kurang sedikit tawaf so ada kesempatan untuk akak bawa adik ke tempat yang mustajab untuk berdoa


InsyaAllah doa kita dimakbulkan jika disertai dengan hati yang bersih dan ikhlas mengharapkan belas kasihan Nya. Personally, Alhamdulillah agak pantas doa ini dimakbulkan yang mana this is from my past and current experiences dan jangan lupa ya luahkan kesyukuran anda kepada Nya. Tips daripada ustaz jika ingin sentiasa mempunyai kesempatan dan rezeki kerap datang ke Mekah dan Madinah adalah, setiap kali solat fardhu bertalbiah sekurang-kurangnya 11 kali. Tips dikongsi oleh sheikh ketika beliau menuntut di universiti.

Sedikit fakta yang ingin dikongsi adalah kaabah ini sebenarnya adalah selari dengan Baitul Makmur iaitu kaabah Allah di langit ketujuh yang mana para malaikat dan penghuni langit bertawaf mengelilingginya dan diriwayatkan jika Baitul Makmur jatuh ke bumi maka ranaplah kaabah di dunia.


Saturday, January 14

Unforgettable Journey - Di Sini Kasihku Bertaut Umrah Musim Panas 2010 Part 6

Salam semua,

Haishhh, kata tadi nak sambung buat keja?? Hmm ini kira keja lah kan hikhikhik ~mengelattt. So pagi yg berbahagia ini, aku nak sambung (konpius dahhh nak guna 'aku' ke or nak guna 'saya' ke, lantakk piii lahh, asal hangpa faham kan). Pssst kali ni nak cerita perjalanan dari Medina ke bandar suci Makkah. Kami bertolak selepas Solat Jumaat (first time solat jumaat), di sini kaum hawa pun ikut bersolat. Selepas selesai solat dan berdoa moga ditambah rezeki dapat kembali  menziarah makam Rasulullah SAW dan para sahabat di sini. Kami pun beransur pulang ke hotel dan bersedia untuk bertolak ke Makkah. Perjalanan mengambil masa hampir 8 jam juga lah. Kami bertolak lebih kurang 3.00 petang dan sampai di sana dalam jam 11.00 malam. Wah macam perjalanan dari Malaysia ke Medina tetapi yang tu naik flight lah dik nonn hehehe. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan padang pasir, unta, batu, bukit batu dsb. Pendek kata, nothing to see lah hehehe tetapi ada juga kawasan yang bersejarah yang mutawwif akan inform pada kita. Oh lupa nak cakap, semasa dalam perjalanan tu kita dah siap-siap berpakaian ihram sebab kita akan berniat ihram bila sampai di miqat Bir Ali, so di dalam ihram, sila lah jaga pantang larangnya. (Miqat ada beberapa tempat bergantung kepada lokasi anda dari mana, sama ada dari Medina, Yaman atau Jeddah)


padang pasir

mana pi unta tadiiii?? hmmm

Sepanjang perjalanan tu, aku sambung balik sesi 'menuntut ilmu' dengan ustazah Datin A hehehe. Sambil dok membaca buku tetapi tak leh sangat membaca, sebab aku jenis pening kalo membaca atas bas. Selain dari pada itu, aku banyak zzzzzzzzzzz hehehe sebab tengok  pakciks and makciks banyak zzzzzzzzzzz juga so i terpengaruh lah u hehehe ~ ek eleh excusesss. Bas ada singgah satu pit stop di salah satu kawasan RnR di sana tetapi standardnya tak lah mencapai standard RnR Malaysia. So dont expect too much lah kan. Just, ambik wuduk dan buat jamak and qasar. Di sini pun, aku dah dapat lihat perangai dan gelagat manusia. Bila masa tu terhad, ramailah yang selfish sampai sian aku tengok yag tua-tua. Almaklumlah surau tu kecik so masing-masing plak, ada yang tak sabar so dirempuh je orang-orang lain. Astagfirulahalazim, istiagfar je aku tengok. Apa nak jadi lah... pastu ada juga yang terpekik dok marah-marah. Haishhh, aku buat apa? aku plak diam tercongok tunggu line clear baru aku solat sebab aku konpiden takkan lah mak, pakciks n makciks aku nak tinggal anak sedara kesayangan depa ni hikhikhik. 

Apa pun dik nons, biarlah mulut orang bising, tolak kita, rempuh kita, banyakkan bersabar, tolong orang perlukan bantuan kita, InsyaAllah ada ganjaran menunggu kita ~ pesanan penaja. Seriously, banyakkan bersabar. Betul kata Datin A, kena banyak bersabar dan hati kena bersih. I learnt a lot through the entire journey. Akak pun ada juga panas hati dik nonnn even dengan datin sendiri pun akak yg jahat ni ada memberontak tetapi alhamdulillah Datin A ni sabar jee dgn 'kedegilan' anak dia ni. Aku rasa, kalo aku kecik, mau dia rotan aku ni hehehehe. Keteqaqqq!!!! InsyaAllah, this coming trip, I will improve, lebih beristiaqmah dan tawaduk supaya banyak yang dapat di capai dan moga Allah SWT menerima doa-doa ku. Aminnnn. 

Sambung balik cerita, lepas habis solat, aku buat pecutan Watson Nyambek dengan cara ayu ke bas. Wahh, rupa-rupanya ramai lagi tak sampai hikhikhik. Datin CB and pakciks aku dok berehat minum teh hehehe. Aku plak dok apa lagi, buka lah cerita kat Datin A pasal kes tadi. Datin A cakap itu baru skit tu, sampai ke Mekah nanti, banyak lagi kita boleh tengok. Menurut kata Datin A lagi, kalo musim haji, MasyaAlllah haishhhh indescribable, tak tau macam mana nak citer. Ada juga adengan meruntun hati dan memanaskan hati. Apa pun, Assobarul minal iman. 

kita minum duluuu

cantik kan tetapi jgn lama di tenung matahari time maghrib, ada ustaz tu cakap, tak baikkkkk


banyak bas berhenti sini

So selepas pit stop, kami pun sambung lah kembali perjalanan kami ke Makkah. Senyap sunyi atas bas, masing-masing tak tau buat apa, tapi aku rasa semua kebanyakkan konpom zzzzzzzzzzzz sebab aku dgr org berdengkur hehehhehe. So bila masuk bandar Makkah, mutawwif dah kasi hint, kami lalu satu salah satu kawasan miqat terdekat dengan Makkah iaitu Masjid Tanaim. So kalo nak buat umrah lagi nanti, boleh ambik van sapu, pergi ke Masjid Tanaim dan berniat di situ. Ada banyak pendapat tentang melakukan umrah sunat ni so korang boleh lah buat bacaan lanjut tentang perkara ini. Mungkin juga anda nak buat umrah mewakilkan atas orang lain yang sudah meninggal so silalah buat further reading tentang hal ini. Masjid ini ada kisah sejarah dia which sorry dik nonns, akak dah lupa but some stories related to Saidatina Aishah. Nanti akaks citer untuk next trip ya. 



Bas laju, so gambar tak bagussss ~Masid Tanaim



Tidak lama selepas itu, maka tibalah kami di kawasan sekitar Masjidil Haram dan hotel kami. Hotel kami di Makkah ada lah Al Hajeez, jalan tu kira tak jauh lah pun dari Masjidil Haram.  Traffic di sini hmmm tak tau lah nak cakap, bisingnya macam di Indonesia juga. Sabauuuuu je lahhh, dah lah hampir accident bas kami di sana. Mutawwif kami cakap (lupa nak cakap, kami panggil dia Ahmad dari Indonesia) sikap penduduk Makkah boleh dikatakan amatlah berbeza dengan Medina. So, dari situ anda boleh imagine macam mana Rasululah SAW pun boleh dihalau oleh penduduk Makkah masa baginda berkunjung ke sana. Ingat kawan-kawan pesanan penaja, sabar yeeee. Kalau korang tanya aku,?hmmm aku ni  terlampau excited sampai mata ni bulat macam burung hantu bila sampai Makkah ni hikhik, almaklumlah first time, pastu rasa macam tak caya. Alhamdulillahhhhh sampai juga cek di bumi Makkah.


1st pic in Makkah

Sampai je hotel, kami semua masuk bilik, kasi fresh skit. Kali ni kami kena share dengan Cikgu Fuziah (Penolong HEM, dah siap mai visit rumah dah hari tu) dan anak dia. So akaks tak leh nak bermaharaja lela lah, tunjuk kuasa conquer bilik. Haizzz pa nak jadi lah dengan minah Vp niii. Tetapi InsyaAllah, Datin A cakap for next trip kami book bilik duduk bertiga anak beranak hikhik. But for Dato M, kasi special skit sebab depa je lelaki kali ni so bagi duduk berdua dengan best friend iaitu Pak Teh. Pastu lagi satu bilik plak, my makciks 3 orang duduk situ hehehehe. InsyaAllah di Hotel Al Massa for next trip which is lagi dekat.

Selepai selesai rest, Datin A pun ajak jgn buang masa buat rukun umrah yang lain iaitu, tawaf, saie dan tahalul. Wah memang berdebar and Datin A suggest tawaf buat berdua, dan aku dengan Mak Ngah, Datin CB dengan Mak Jang, Datin A dengan Mak Long B. So in case tak jumpa, at least kami berdua bukan seorang. Ingat ye pastikan anda menjaga wuduk semasa tawaf. So tahan ye jangan sampai kuar anginnnn put put hehehhehe. Tetapi dont worry, untuk umrah wajib ni, mutawwif akan guide kita sebab yang wajib kita kena pastikan betul dan sempurna. For my family, Datin A ibarat ketua Puteri Islam kami hehehe. So what about my pakciksss, jeng jeng diaorang bawa my auntie yang naik wheelchair so macam body guard gitu hehehe. Mak Chaq dengan empat orang bodyguards hehehehe and diaorang ikut mutawwif. Lagipun Ayah Pak Ngah dah pernah datang so dia ibarat Ketua Pengakap di kumpulan sana hehehehe. 

Conclusion, kami selesai menunaikan umrah pada jam 2.30 am. Disebabkan penat, kami pun balik hotel berehat dahulu so esok boleh sambung dengan ibadat sunat yang lain. Apa perasan first time aku tengok kaabah? Satu je aku nak cakap, korang kena pi baru tau macam mana rasanya. SubhanaAllah, there nowhere else in the world I long to be except this place. Korang boleh je tayang kat aku, korang pergi Maldives ke Mauritius ke, Hawaii ke dan mana-mana pun. Konpom aku akan cakap aku nak pi juga lah tetapi InsyaAllah this place will still be the very first place I wanna be ~ tak takbur di sini tapi just nak share my feeling hehehe. Hidup di dunia hanya sementara, akhirat juga yang menanti kita dan penghujung segalanya adalah di sana ~ ye dik nons, akak nak muhasabah diri, nak insaf and hopefully u oolss will pray the best for me.


Till then amigos, see you in next post. 



tersemat di dalam dada


Maal Salamah =)




Saturday, December 31

Unforgettable Journey - Di Sini Kasihku Bertaut Umrah Musim Panas 2010 Part 5

Salam semua,

Today is the last day of this year dan semoga hari ni kita semua dapat memikirkan our new year resolutions for 2012. I'm thinking of mine too but more or less it will be the same like what I have planned for 2011 ~ nampak sangat tak tercapai resolutions 2011 hehehe. Sadly, this morning I got a phone call from Datin A and she sed one of my relative passed away. Inalillahiwainailaihirajiun, semoga arwah Kak Norma ditempatkan di kalangan orang yang beriman, amin. She is a caring and warm person. I love to talk with her. Ya Allah, I miss her. Semoga Engkau memelihara dia di sana. AMinn ~ Al-Fatihah

Takpa, yang pergi tak akan kembali dan satu hari kita jumpa akan bertemu dengan-NYa tetapi sebelum itu bersama-sama kita kumpulkan amalan sebagai bekalan kita di sana. 

Ok, selesai sesi itu, hari ni I want to share with you gambar di dalam dan sekitar Masjid Nabawi. Next post kita akan terus menuju Mekah ya =)

one of the hotel surrounding Masjid Nabawi

cantik kan ~ ternganga masa 1st time masuk masjid

dan saya masih ternganga lagi ~ nasib baik takda lalat, kalo tak dah masuk mulut dah hehehe

reading Al Quran while waiting for Isyak prayer

oops polis lalu ~ dpt amik gmbr rak kasut je

playing hide and seek =)

line clear ~ mengendap skit, oh orang Malaysia hehehe


sorry, shaking gambar ni hehehe, nak tunjuk pintu masuk pun dah cantik kan

semua dah selesai, balik ke hotel

pintu lagi



ni time habis selesai solat subuh, nampak kan payung kubah yang tertutup

ini deretan payung kubah di luar masjid, bila panas payung kubah ni dibuka




ini Al Quran untuk diwakafkan. Kita boleh beli dan niat untuk diwakafkan kepada masjid. Nanti Al Quran di cop dan bawa letak dalam masjid. Kalo tak wakaf pun takpa, boleh bawa balik untuk bacaan kita.

kat luar selepas subuh ramai orang menjaja barang

Datin A cakap depa ni bukan orang Saudi especially yang perempuan sebab depa tak benar perempuan berniaga

Datin A : Minah, nak beli dak?

clean

Datin-datin dok ber bisnes kain baju dgn bdk kecik ni

dik, layan je depa tu hehehe

matahari dah naik

balik hotel ~ breakfast, lapar daaaa

See you in next post. Maal Salamah..