Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 25

Kisah Si Budak Toet ~ Mat A

Hallluuuuuuuu,

Inilah trademark Mat A bila dia cakap telefon, Mat A adalah kesayangan, busyuk macham, buah hati, diamond, umbrella, mountain kami sekeluarga. Aku, kalo dilanda awan taufan dan mode jiwa kacau, confirm haku akan call Datin A sebab nak bercakap dengan si budak toet ni. Betullah kalo dengar suara budak-budak ni rasa haiiiii soothinggg jeerrr, sejuk hati nak marah. Sekarang Mat A dah pandai ooo dik non oii bg arahan call Mak Chaq M (haku) and Mak Cik A yang of course menjadi kegemarannya tetapi tidak setanding kegilaan Mat A bermain angry bird. Datin A and Mat A dah upgrade sekarang occay. Main angry bird ~kelasss nyahhh . And also, Mat A pun ada ipad sedangkan haku yg keja mcm nak mamp... ni pun tak hadop lagi ipad tu.

After sekian lama haku tidak balik kampung halaman, adik aku, si Mak Cik A atau turut merangkap agen tudung bawal haku dan juga turut dikenali sebagai Algae Girl telah menawarkan diri membuat lintas langsung merepot aktiviti utama Mat A and Datin A di rumah. Menurut Algae Girl, fenomena luar biasa melanda kediaman rasmi Datuk M and Datin A disebabkan kecanggihan teknologi masa sekarang yang dipelopori oleh abang aku, The Weatherman dan sis in law, The APC Doc. Kemunculan IPad yg sekarang dikuasai oleh Mat A menyebabkan Datin A dan adik-adik aku yang lain bersaing secara sihat dalam game Angry Bird (ada lagi game lain tapi x ingat doohh).

Fiil terbaru atau skill paling latest Mat A yg baru sahaja ditunjukkan tadi adalah bercakap dua telefon serentak walaupun ayat yang keluar dari mulut dia mostly adalah

1) Ha
2) Ya
3) hahhaha gelak manja ~ tak tahu aku motif sebenar Mat A
4) Tak dok
5) Hmm
6) Tok dan beberapa perkataan yang lain yg mn tidak beberapa konsisten penggunaanya =)
7) Yalla Yalla dan Taa'lay Taa'lay - ye dik nonn, Mat A pandai cakap A'rab lahh

Skill yang meng'agum'kan tadi adalah cubaan untuk menghubungkan haku dgn Algae Girl dengan menggunakan dua telefon. Yang mana bagi peringkat kita yang advance cerdik ni, hanya perlu menekan punat speaker phone tetapi tidak kepada Mat A, sebelah dia pegang telefon mak haku and on the other side telefon abang haku ~ mak oiii confuse sungguh Mat A ni. However, apa pun Mat A dan adik dia TETAP MENJADI POJAAN HATIKUUUU!!!!


Tak sampai 2 wks keluar dari perut mama dia. Mat A requested nak p Mauritius tetapi abah dia, The Weatherman recommended satu tempat yg terbaik untuk dia sunbathing iaitu HSJ =)

No comments: