Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 26

Unforgettable Journey ~Di Sini Kasih Ku Bertaut Umrah Musim Panas 2010 Part 3

Assalamualaikum wbt, Salam Maal Hijrah dan Salam 1 Malaysia,

Baik je i hari ni kan. Yelah dah nak masuk tahun baru ni, tak kan lah tak insof lagi (kejap je tu). Namun begitu kengkawan, i rasa lah u oolls... kalo sikap dan perangai kita tak mengganggu ketenteraman hidup sesiapa, i rasa lah itu tandanya kemungkinan besar ramai orang menyenangi kita tetapi kita sebagai hambaNya kena lah sentiasa bergerak ke arah kebaikan. Renung-renungkan hehehe

Anyway, kita sambung kembali kisah pengembaraan ku (ewoh mcm rancangan spice route kat tv3 dah bunyinya) di bumi anbia. Setelah menikmati rehat dan tidur yang amatlah nyenyak. Pagi itew, mak cek pun geraklah cek.

Datin A : "Minah, bangun, lekaih, nuu satgi depa nak smbhyg subuh dah'.

Maka aku pun melompat dari katil sepantas kilat sebab HAKu je yg tak mandi lagi weiii, datin-datin semua dah bersiap sedia 'on your mark, get set, GO' je. Tetapi semua sporting sebab dah almaklum benor lah perangai anak sedara mereka yang voge ini. Masih lagi aku teringat, soalan aku ketika kami nak keluar dari bilik

Minah Vp : Mak, Mak, segak tak cek?
Datin A : Hmm ~ menjwb dgn muka bo layan -> adess, nasib baik mak haku x menjawab sengal betul bdk ni hahaha

Seperti tuan/puan semua sedia maklum, Hotel Anwar Movenpick ni amatlah dekat dengan Masjid Nabawi. Adalah dalam 5 minit jalan, dah masuk pintu gate masjid. Uish ni... nk habaq mai, feeling 1st time masuk Masjid Nabawi, SubhanaAllah, terkesima! tu je aku boleh gambarkan.

~Sekali lagi, pesanan penaja, kengkawan semua.. kalo ada rezeki, tolonglah pi ye, jangan lepaskan peluang ni sementara masih ada especially yang muda-muda, seriously uishh x tau nak cerita lah, yg pasti hgpa semua kena pi occay~

Waktu tu sebab haku yg lambat siput tol, kami terpaksa lah berpusu-pusu masuk dengan masyarakat sekeliling tu. MasyaAllah seronok tengok, semua orang mostly berbaju putih jalan cepat-cepat takut tak sempat nak sembahyang berjemaah. Ok, as usual, pi masjid pakai selipar je lah and then jgn lupa bw plastic bag or beg kain nak letak kasut. Termasuklah mineral bottle kosong. Aku pi blurr je tetapi alhamdulilah datin-datin semua dah sedia maklum kan so depa dah prepare awal-awal dan aku jadi penumpang bas ekspress je hehehehe. Datin A dah pesan awal-awal wuduk kena jaga sebab kalo tidak, kena keluar pi tempat wudhuk yang mana di luar masjid. So kalo time ni, confirm ramai and takut tak sempat nak berjemaah. Ok tiba je di pintu masuk selepas letak selipar di rak kasut yang disediakan (sila ingat anda masuk pintu yg mn satu ye sebab nak amik kasut nanti), kami kena melalui body inspection oleh mak/kak guard. Strict sini, camera and handphone with camera strictly forbidden inside the mosque. Kalo dapat, kenalah serah pada office guard and ambik balik sebelum keluar masjid. Para Dato's and cousin aku cakap sebelah lelaki tak strict pun, dia slamber badak je bawa masuk camera (oh sy amat jeles ketika itu) tetapi jgn risau ada lahh sedikit 'sneak peek gambar selepas ini tetapi curi-curilah amik. ~ mesti korang meragui niat diri ku ini kan? ada ke curi-curi tetapi niat di hati kecil ku ini just nak share dengan kawan-kawan semua, nak tunjukkan keindahahan seni bina islam Masjid Nabawi, sebelum bawa tu pun aku dah tawakal sambil tanya Datin A~

Beginilah perbualan itu berlangsung tapi dialog tu tukar skit untuk hiburan anda semua hehehe

Minah : Mak, mak, boleh dak (tidak) cek bw kamera masuk masjid?
Datin A : Ish bdk ni, mana boleh..satgi mak guard tu bersilat depan cek, jenuhlah kami semua
Minah : Lah makkkk, cek nak tunjuk kat member cek semua, lawa sunggohlah masjid nabi ni
Datin A : Lah minah oiii, mak hang ni bukan ketua keselamatan kat sini
Minah : Alah makkkkk huhuhu
Datin A : Macam ni lah minah oii, cek tawakal saja, kalau niat cek suci dan murni, InsyaAllah Dia Maha Mengetahui, dapatlah cek amik gambar nanti

So apa keputusannya, kita nantikannnnn!!!!!

And now sambung balik citer tadi. Masuk je masjid, kami terus cari tempat port yang sesuai so kat sini nampaklah pelbagai variasi kaler dan bangsa. Malaysian kebanyakkan telekung putih lah, kalo Indonesian tu adalah kaler macam-macam telekung dia. And then banyaklah jenis, pattern telekung asalkan yang penting menutup aurat tetapi aku ni jakun lah skit kan sebab tak pernah tengok. So sebelum duduk tu, kami solat tahiyatul majid dahulu seperti anda semua sedia maklum kan, yang mana kita semua tahu, apabila masuk mana-mana masjid disunatkan solat 2 rakaat tahiyatul masjid (aku x terer lah bab agama ni tapi ini lah ilmu yang dapat aku share, sy budak masih belajar). Banyak lagi amalan sunat lain yang mana anda boleh buat revision sendiri ya. Alhamdulillah selesai solat subuh, kami semua pun berpusu-pusu keluar dan sebelum keluar tu anda akan nampak sederetan tong-tong air zam zam. Anda boleh pilih nak cold or biasa (takda air hangat, bukan vendor machine ye dik nonn). So disinilah aku nmpk significant nya mineral bottle tadi hikhikhik, aku tak bawa sebab aku kan penumpang bas ekspress tegar hikhik.

Tetapi inilah kemuncak ceritanya...keluar je masjid jeng jeng jeng selipar aku hilang. Aiseyman sebab selipar aku je walaupun satu beg dgn datins yang lain. Rupanya diriku tidak keseorangan, Ayah pak ngah aku pun sama hikhik tetapi yang jalan kaki ayam pi kedai kasut adalah aku dgn Ayah pak lang. Uishhhh terharu tengok Ayah Pak Lang bagi kasut kat Ayah Pak Ngah (abang kedua mak). Caring wokeh abang and adik walaupun cehh eksyen tuuuu, time nak bagi kasut hikhikhik biasalah kena lah tunjuk macho kan. Kepada tuan/puan yang kehilangan kasut, anda jangan lah bimbang, sebab banyak kedai dan orang menjaja selepas gate Masjid Nabawi tu. Satu lagi jalan dia sejuk sebab marmar and lagipun subuh kan so taklah panas. So aku dengan Ayah Pak Lang pun jalan dgn muka cool pi kedai kasut hehehehe sambil tersengih-sengih, oopss senyum ayu kang orang kata tak betul plak kan. So now marilah kita share gambar-gambar sekitar Masjid Nabawi


ini toilet kat luar bangunan masjid tetapi masih di dlm kawasan masjid


SubhanaAllah!!
datin-datin dan seorang je dato (yang lain?? laju depa jalan)

kat halaman luar after solat

Amboi datin, pilih jangan tak pilih =)
Kita stop takat ni je kali ni sebab haku nak kena hantar collegue aku pergi airport. Banyak lagi kisah nak dikongsi bersama especially tempat-tempat sepanjang ziarah di sana. But for now, we shall stop here. Kita sambung lagi kisah ni InsyaAllah di lain kali ~ next post. So sebelum berpisah, inilah pesanan penaja untuk renungan bersama

1) Sentiasa buat banyak rujukan sebelum pergi
2) Gambar-gambar di sini for your eyes only, kalo nak share mohon lah diberitahu. I seganlah you walaupun u ollss sukarela nak buat publisiti my beloved family

3) Shopping shopping juga dik non tetapi matlamat utama jangan lupa ya ~ Datin A berpuluh kali remind

Maal Salamah dan psttt jangan lupa hari ni baca doa akhir tahun after solat asar dan awal tahun after solat maghrib ye


No comments: