Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 30

Kisah Ikan Kekek dan Pengkhianat Durjana


Salam and hi there,

Sebelum tu, title post aku tu rasanya dah mengamit kenangan u olss tentang lullaby kita orang-orang kampung time kecik dulu kan. Aku ni orang kampung, mak aku, Datin A tak pandai cakap omputih sebab dia ngaji sekolah a'rab da so dia pandai cakap arab, tak macam anak dia yg selalu fail bhs arab time sekolah hehehe tetapi Dato M peminat setia sekolah omputih time dia kecik dulu tawww

Aku dengar Pak Ngah aku citer bocor rahsia, time abah aku sekolah rendah dulu, sanggup abah aku ni memonteng pi main dlm estet sebab tak mau pi sekolah melayu. Kantoi sebab?? dia sangkut baju sekolah tang pagar estet tu hahahaha. Sekali Panglima Banjar (tok wan aku) mai buat 'raid', maka kantoi lah abah aku. Bila kena interrogate, ha barulah tau, dia tak minat sekolah melayu, nak p sekolah omputih katanya. Maka bersekolah lah abah aku sehingga peringkat MCE and then join askar, jadi abang si baju hijau hehehe (technician fighter jet occay, i'm proud of him ~ ayat gedix). Sekali fighter jet lalu, dia dengar bunyi engine pun..dia dah tau model apa, u olls...Ko mampu? oopsss takbur plak astagfirullahalazim. Sama dengan abang aku lah sebab tu lah kot dia dapat tempat keja dalam air force base (kita orang pernah tinggal di sini dulu).

Berbalik kepada lagu ikan kekek ni, sebenarnya Datin A aku telah mewarisi bakat menyanyi lagu ni kepada Mat A. Baru tadi Mat A suruh The Weatherman (abah dia) call aku, maka Mat A pun nyanyi lah mcam dlm rancangan vokal, bukan sekadar rupe tu TETAPI, pelat lah oii, terpaksalah cikgu vokal membetulkan sebutan Mat A ni. Korang tau tak tang mana si Mat A nyanyi dengan kuat? Tang sebut AMBOI lah dia sebut dgn penuh semangat. Pastu Mat A sempat ngadu kata dia sakit mata.

Ini sarikata lagu tu untuk mengimbau kenangan indah aku main doi time kecik dulu termasuk dialog yang terjadi antara haku dan Mat A

~R u ready??? Nyanyi ramai-ramai ye~

Ikan kekek mak Iloi Iloi,
Ikan gelama mak ilai ilai,
Dapat isteri cantiknya….AMBOI (Mat A menjerit dgn kuat =)
Tetapi ketawa mengilai ngilai (gila agaknya bini penulis lagu ni hahahha)
Mat A : Mak Chaq !!
Minah Vp : Yaaaa
Mat A : Ad..b cakit ata (sakit mata)
Minah Vp : Ciannyaa, awat?
Mat A : Andii (mandi)

Alkisahnya, cuti hari tu diaorang pi berendam kat The Lost World of Tambun. Main sampai sakit matalah Mat A ni hmmm sakit sebab main air ke, sakit sebab Mat A skodeng anak dara orangg...oppss Mat A, nauzubillah, jangan buat tak senonoh kang Mak Chaq tarbiah nanti hikhik (ada hati nak tarbiah orang padahal diri sendirik pun x betul)

Selain tu, semalam Datin A call haku, sembang pasal lembu dia kena racun. Sadis oo, dah lah lembu tu simpan kot-kot aku ni dah sampai seru nanti, haishhh takda rezeki gamaknya. Family aku ni, kalo kenduri kita orang selalunya guna lembu yang diternak sendiri. (fresh dari ladang kandang giteww..) Namun begitu, yang paling aku sakit hati, biadap sungguh si peracun tu sebab bukan lembu mak aku je, habis lembu baka Ayah Pak Lang aku yang kesemuanya 7 ekor dia racun. Kijam Kijam sungguh pengkhianat durjana iteww. So hari tu polis and veterinarians pun datang lah buat siasatan sekali. After selesai post mortem, kena lah panggil backhoe atau lebih mesra dengan gelaran kapal korek, nak tanamkan mayat mangsa keadaan. Ini sebab saiz setiap sekor lembu tu bukan kecik halus tapi besau kedabau. Kalo lembu tu side kick, mau terpelanting stuntman jawabnya kita ni. Kerugiaan cecah lebih 15k. Aku sedih giler sebab aku kenal sekor-sekor (ewohh yo yo oo je) lembu tu. Manja ok arwah lembu-lembu iteww. Oh lembu, kesian kat hangpa noo, takpa takpa nanti kami Hang PenglipurLara pi buat perhitungan kat court.

Setelah membuat derma kilat di kalangan kaum kerabat, maka kami sepakat duit tu buat bayar sewa backhoe and sedekah kepada sekolah tahfiz. Mintak depa dapat buat  kenduri bacaan yassin 3 malam  supaya si pengkhianat durjana tu tu mendapat pembalasan dari Allah SWT. Ayah Pak Lang aku pun pelik kenapa lah busuk hati sangat sampai ke tahap aniayai dia macam tu. Sebab setahu dia lah, rasanya dia takda menyakiti hati sapa-sapa so dia harap pengkhianat tu dapat datang dan citer apa masalah dia dengan ayah Pak Lang (ayah Pak Lang aku baik giler sampai kekadang aku rasa nak silambam terajang je orang-orang yg take advantage atas kebaikan dia). Jadi kawan-kawan, kalo rasa bermurah hati, aku mohon korang dapatlah doakan semoga kezaliman si peracun ini akan mendapat balasan setimpalnya dari Yang Maha Kuasa.

InsyaAllah, Wasalam.



Tuesday, November 29

Ajal, Maut di Tangan Tuhan

Selamat pagi dunia,

Hari ni bersama-sama lah kita mengucapkan takziah kepada
.
.
.
.
.
.
.
.
.
keluarga
.
.
.
.
.
sahabat kita
.
.
.
.
si burung


Betullah kata-kata peringatan kepada kita makhluk Allah khalifah di bumi ini. Jodoh, ajal dan maut semua di tangan tuhan. Begitu juga sahabat kita, si burung telah menemui ajalnya di tangan pemangsa berkaliber, si bapak kucing jabatan ku. Ades, yang menjadi persoalannya ialah

kenapa di koridor bilik ku??????? why? why? why? 

Bau 'kewangian' mayat si mangsa sampai masuk ke dalam bilik ku. Ini mau habis air freshner aku sembur, ni aku rs nk kena shopping air freshner pasni TETAPI diriku pasrah wahai si burung. Aku doakan kau bahagia di alam sana (yo, semua makhluk tuhan bernyawa ok, just kita x leh cakap dgn diaorg je, ntah ntah lagi alim diaorg dr kita manusia nih, ewohh) dan ribuan terima kasih kepada makcik cleaner yang amat berdedikasi menahan bau 'wangi' sambil mencuci koridor.


Monday, November 28

Senyum-senyum lah

Senyum senyum lah a haii che mek molek...

Assalamualaikum wbt,

Sorrylah ek tetiba mcm nak tersenyum je malam ni hikhikhik (gataiii nooo...). Idaklah kome wei, aku ni teringat lah pulok apa yg dikatakan Dr Fadzilah Kamsah hr tu. Dia cakap kalo kita teringat seseorang, kekadang gelombang tu blh sampai ke orang iteww...fifi fairuz fuyooh ok, dan aku rasa, hipotesisnya agak significant dgn apa yg jadi aku nih. Almost all the time when i think about him, in few minute or hours later, he will contact me.
Ayat biasa abg LTDP ni,  mesti tanya aku bila balik kg? dia tak tau ke, aku ni cukup risau nak balik kampug sbb dia lah hahahahaha, stress occay kang dia bawa datang rombongan meminang aku, ha mau aku lari dari rumah. Orangnya baik sesuai buat calon, kalo sesapa berkenan, mau jg aku rekemankan , yelah mn lah tahu bukan jodoh aku, jodoh kengkawan pun aku gumbira. Sebab apa aku ni memilih sgt? adalah alasan aku, sbb tu aku tak rembat dari awal hahaha Oh tidakkk, tak nak aku citer lebih-lebih kisah sandiwara semasa aku dgn abg LTDP nih kat sini hehehe sori genggg. Tetapi kalo ada best story aku share lah. Apa-pun korang doakan lah jodoh kisah chenta aku bersama dgn insan yang baik, beragama, sedap megaji mcm Fakhrul radzi (melalut dahh) ,understanding, mature and good looking mcm Seth Tan (idaklah, ituew bonus je) janji sedap mata memandang udahlah kan. Sapa-sapa pun tak nak muka pecah rumah kan, betul tak kome? ha, ramai tu setuju dgn aku hehehe

P/S : Lapauu kuih cik mek molek pulok dohh


It's about Time

Hi there and happy new year semua,

Rasanya 2-3 hari cuti ni, banyak masa terbuang so it's about time to change and focus on my work. Aiseyman, a sudden feeling of guilt surrounded me now as I thought things will be different last two days. Never mind lah, take it as a mistake that shouldnt be repeated again. Xpa xpa minah, stay cool and cepat pasang niat (dah mcm puasa bunyinya), aku dah list down my new year resolutions, erkkk last year pun tak tercapai lagik. Korang dah siap memasang niat suci murni korang? so kalo belum, lets get it done bebeh!!!!

time is golden

Saturday, November 26

Unforgettable Journey ~Di Sini Kasih Ku Bertaut Umrah Musim Panas 2010 Part 3

Assalamualaikum wbt, Salam Maal Hijrah dan Salam 1 Malaysia,

Baik je i hari ni kan. Yelah dah nak masuk tahun baru ni, tak kan lah tak insof lagi (kejap je tu). Namun begitu kengkawan, i rasa lah u oolls... kalo sikap dan perangai kita tak mengganggu ketenteraman hidup sesiapa, i rasa lah itu tandanya kemungkinan besar ramai orang menyenangi kita tetapi kita sebagai hambaNya kena lah sentiasa bergerak ke arah kebaikan. Renung-renungkan hehehe

Anyway, kita sambung kembali kisah pengembaraan ku (ewoh mcm rancangan spice route kat tv3 dah bunyinya) di bumi anbia. Setelah menikmati rehat dan tidur yang amatlah nyenyak. Pagi itew, mak cek pun geraklah cek.

Datin A : "Minah, bangun, lekaih, nuu satgi depa nak smbhyg subuh dah'.

Maka aku pun melompat dari katil sepantas kilat sebab HAKu je yg tak mandi lagi weiii, datin-datin semua dah bersiap sedia 'on your mark, get set, GO' je. Tetapi semua sporting sebab dah almaklum benor lah perangai anak sedara mereka yang voge ini. Masih lagi aku teringat, soalan aku ketika kami nak keluar dari bilik

Minah Vp : Mak, Mak, segak tak cek?
Datin A : Hmm ~ menjwb dgn muka bo layan -> adess, nasib baik mak haku x menjawab sengal betul bdk ni hahaha

Seperti tuan/puan semua sedia maklum, Hotel Anwar Movenpick ni amatlah dekat dengan Masjid Nabawi. Adalah dalam 5 minit jalan, dah masuk pintu gate masjid. Uish ni... nk habaq mai, feeling 1st time masuk Masjid Nabawi, SubhanaAllah, terkesima! tu je aku boleh gambarkan.

~Sekali lagi, pesanan penaja, kengkawan semua.. kalo ada rezeki, tolonglah pi ye, jangan lepaskan peluang ni sementara masih ada especially yang muda-muda, seriously uishh x tau nak cerita lah, yg pasti hgpa semua kena pi occay~

Waktu tu sebab haku yg lambat siput tol, kami terpaksa lah berpusu-pusu masuk dengan masyarakat sekeliling tu. MasyaAllah seronok tengok, semua orang mostly berbaju putih jalan cepat-cepat takut tak sempat nak sembahyang berjemaah. Ok, as usual, pi masjid pakai selipar je lah and then jgn lupa bw plastic bag or beg kain nak letak kasut. Termasuklah mineral bottle kosong. Aku pi blurr je tetapi alhamdulilah datin-datin semua dah sedia maklum kan so depa dah prepare awal-awal dan aku jadi penumpang bas ekspress je hehehehe. Datin A dah pesan awal-awal wuduk kena jaga sebab kalo tidak, kena keluar pi tempat wudhuk yang mana di luar masjid. So kalo time ni, confirm ramai and takut tak sempat nak berjemaah. Ok tiba je di pintu masuk selepas letak selipar di rak kasut yang disediakan (sila ingat anda masuk pintu yg mn satu ye sebab nak amik kasut nanti), kami kena melalui body inspection oleh mak/kak guard. Strict sini, camera and handphone with camera strictly forbidden inside the mosque. Kalo dapat, kenalah serah pada office guard and ambik balik sebelum keluar masjid. Para Dato's and cousin aku cakap sebelah lelaki tak strict pun, dia slamber badak je bawa masuk camera (oh sy amat jeles ketika itu) tetapi jgn risau ada lahh sedikit 'sneak peek gambar selepas ini tetapi curi-curilah amik. ~ mesti korang meragui niat diri ku ini kan? ada ke curi-curi tetapi niat di hati kecil ku ini just nak share dengan kawan-kawan semua, nak tunjukkan keindahahan seni bina islam Masjid Nabawi, sebelum bawa tu pun aku dah tawakal sambil tanya Datin A~

Beginilah perbualan itu berlangsung tapi dialog tu tukar skit untuk hiburan anda semua hehehe

Minah : Mak, mak, boleh dak (tidak) cek bw kamera masuk masjid?
Datin A : Ish bdk ni, mana boleh..satgi mak guard tu bersilat depan cek, jenuhlah kami semua
Minah : Lah makkkk, cek nak tunjuk kat member cek semua, lawa sunggohlah masjid nabi ni
Datin A : Lah minah oiii, mak hang ni bukan ketua keselamatan kat sini
Minah : Alah makkkkk huhuhu
Datin A : Macam ni lah minah oii, cek tawakal saja, kalau niat cek suci dan murni, InsyaAllah Dia Maha Mengetahui, dapatlah cek amik gambar nanti

So apa keputusannya, kita nantikannnnn!!!!!

And now sambung balik citer tadi. Masuk je masjid, kami terus cari tempat port yang sesuai so kat sini nampaklah pelbagai variasi kaler dan bangsa. Malaysian kebanyakkan telekung putih lah, kalo Indonesian tu adalah kaler macam-macam telekung dia. And then banyaklah jenis, pattern telekung asalkan yang penting menutup aurat tetapi aku ni jakun lah skit kan sebab tak pernah tengok. So sebelum duduk tu, kami solat tahiyatul majid dahulu seperti anda semua sedia maklum kan, yang mana kita semua tahu, apabila masuk mana-mana masjid disunatkan solat 2 rakaat tahiyatul masjid (aku x terer lah bab agama ni tapi ini lah ilmu yang dapat aku share, sy budak masih belajar). Banyak lagi amalan sunat lain yang mana anda boleh buat revision sendiri ya. Alhamdulillah selesai solat subuh, kami semua pun berpusu-pusu keluar dan sebelum keluar tu anda akan nampak sederetan tong-tong air zam zam. Anda boleh pilih nak cold or biasa (takda air hangat, bukan vendor machine ye dik nonn). So disinilah aku nmpk significant nya mineral bottle tadi hikhikhik, aku tak bawa sebab aku kan penumpang bas ekspress tegar hikhik.

Tetapi inilah kemuncak ceritanya...keluar je masjid jeng jeng jeng selipar aku hilang. Aiseyman sebab selipar aku je walaupun satu beg dgn datins yang lain. Rupanya diriku tidak keseorangan, Ayah pak ngah aku pun sama hikhik tetapi yang jalan kaki ayam pi kedai kasut adalah aku dgn Ayah pak lang. Uishhhh terharu tengok Ayah Pak Lang bagi kasut kat Ayah Pak Ngah (abang kedua mak). Caring wokeh abang and adik walaupun cehh eksyen tuuuu, time nak bagi kasut hikhikhik biasalah kena lah tunjuk macho kan. Kepada tuan/puan yang kehilangan kasut, anda jangan lah bimbang, sebab banyak kedai dan orang menjaja selepas gate Masjid Nabawi tu. Satu lagi jalan dia sejuk sebab marmar and lagipun subuh kan so taklah panas. So aku dengan Ayah Pak Lang pun jalan dgn muka cool pi kedai kasut hehehehe sambil tersengih-sengih, oopss senyum ayu kang orang kata tak betul plak kan. So now marilah kita share gambar-gambar sekitar Masjid Nabawi


ini toilet kat luar bangunan masjid tetapi masih di dlm kawasan masjid


SubhanaAllah!!
datin-datin dan seorang je dato (yang lain?? laju depa jalan)

kat halaman luar after solat

Amboi datin, pilih jangan tak pilih =)
Kita stop takat ni je kali ni sebab haku nak kena hantar collegue aku pergi airport. Banyak lagi kisah nak dikongsi bersama especially tempat-tempat sepanjang ziarah di sana. But for now, we shall stop here. Kita sambung lagi kisah ni InsyaAllah di lain kali ~ next post. So sebelum berpisah, inilah pesanan penaja untuk renungan bersama

1) Sentiasa buat banyak rujukan sebelum pergi
2) Gambar-gambar di sini for your eyes only, kalo nak share mohon lah diberitahu. I seganlah you walaupun u ollss sukarela nak buat publisiti my beloved family

3) Shopping shopping juga dik non tetapi matlamat utama jangan lupa ya ~ Datin A berpuluh kali remind

Maal Salamah dan psttt jangan lupa hari ni baca doa akhir tahun after solat asar dan awal tahun after solat maghrib ye


Friday, November 25

Kisah Si Budak Toet ~ Mat A

Hallluuuuuuuu,

Inilah trademark Mat A bila dia cakap telefon, Mat A adalah kesayangan, busyuk macham, buah hati, diamond, umbrella, mountain kami sekeluarga. Aku, kalo dilanda awan taufan dan mode jiwa kacau, confirm haku akan call Datin A sebab nak bercakap dengan si budak toet ni. Betullah kalo dengar suara budak-budak ni rasa haiiiii soothinggg jeerrr, sejuk hati nak marah. Sekarang Mat A dah pandai ooo dik non oii bg arahan call Mak Chaq M (haku) and Mak Cik A yang of course menjadi kegemarannya tetapi tidak setanding kegilaan Mat A bermain angry bird. Datin A and Mat A dah upgrade sekarang occay. Main angry bird ~kelasss nyahhh . And also, Mat A pun ada ipad sedangkan haku yg keja mcm nak mamp... ni pun tak hadop lagi ipad tu.

After sekian lama haku tidak balik kampung halaman, adik aku, si Mak Cik A atau turut merangkap agen tudung bawal haku dan juga turut dikenali sebagai Algae Girl telah menawarkan diri membuat lintas langsung merepot aktiviti utama Mat A and Datin A di rumah. Menurut Algae Girl, fenomena luar biasa melanda kediaman rasmi Datuk M and Datin A disebabkan kecanggihan teknologi masa sekarang yang dipelopori oleh abang aku, The Weatherman dan sis in law, The APC Doc. Kemunculan IPad yg sekarang dikuasai oleh Mat A menyebabkan Datin A dan adik-adik aku yang lain bersaing secara sihat dalam game Angry Bird (ada lagi game lain tapi x ingat doohh).

Fiil terbaru atau skill paling latest Mat A yg baru sahaja ditunjukkan tadi adalah bercakap dua telefon serentak walaupun ayat yang keluar dari mulut dia mostly adalah

1) Ha
2) Ya
3) hahhaha gelak manja ~ tak tahu aku motif sebenar Mat A
4) Tak dok
5) Hmm
6) Tok dan beberapa perkataan yang lain yg mn tidak beberapa konsisten penggunaanya =)
7) Yalla Yalla dan Taa'lay Taa'lay - ye dik nonn, Mat A pandai cakap A'rab lahh

Skill yang meng'agum'kan tadi adalah cubaan untuk menghubungkan haku dgn Algae Girl dengan menggunakan dua telefon. Yang mana bagi peringkat kita yang advance cerdik ni, hanya perlu menekan punat speaker phone tetapi tidak kepada Mat A, sebelah dia pegang telefon mak haku and on the other side telefon abang haku ~ mak oiii confuse sungguh Mat A ni. However, apa pun Mat A dan adik dia TETAP MENJADI POJAAN HATIKUUUU!!!!


Tak sampai 2 wks keluar dari perut mama dia. Mat A requested nak p Mauritius tetapi abah dia, The Weatherman recommended satu tempat yg terbaik untuk dia sunbathing iaitu HSJ =)

Moshi Moshi

Salam and hi readers,

The conversation is based on a true story and got nothing to do with anyone else except the individuals mentioned here

If you need translation, help yourself by using google translator ~ tak kuasa haku nak translate dol

Pada suatu petang ketika Minah Vp berchatting meluahkan perasan kepada teman seperjuangan dia Minah Vg yang jauh di negeri matahari terbit

Ketika itu, telefon opisnya berdering

treettt trettt...gagang terus disambar (pantas ok) prinsip 3 deringan..

Minah Vp : hellooooooo (suara ala-la JLo)
Prof S : hallooo
Minah Vp : erkkk hello (suara ditukar ala-ala Mahadzir Lokman setelah mengesyaki gerangan si pemanggil)
Prof S : Yes, hello, Im calling from Japang
Minah Vp : Haa?? I mean yes, Minah Vp speaking..erkkkk Prof S??
Prof S : Yes...aaa how are you?
Minah Vp : Yeah, Im fine and how about you?
Prof S : Yeah. Im OK. Im calling because......bla bla bla

Perbualan ini berlangsung selama beberapa minit dan perkataan yg banyak keluar dari mulut Minah Vp adalah 'Ok Prof" dan diingatkan perbualan ini berlaku dgn seriusnya

Minah Vp : Ok Prof, I'll get in touch with the person in charge
Prof S : Ok, talk to the ministry person and I will wait for your email ya
Minah Vp : Ok Prof, dont worry, will keep updating you on the progress
Prof S : OK, bye

Gagang diletak...WOW, phewwww cemas weiii sambil men'YM' Omg Omg pada Minah Vg

Moral of the story mory :-
1) Be prepare when you answering the phone, suara harus mcm Mahadzir Lokman senantiasa
2) Be optimis
3) And ehem ehem I got my offer letter today and may proceed with next step but I'm also considering other universities =) alhamdulillah, thank U Allah

Thursday, November 24

Quest

The League of Extraordinary Mimot

1. Kagoshima University, Japan ~ status : red lights

2. University of Stirling, Scotland ~ status : awaiting reply

3. University of Aberdeen, Scotland ~ status : awaiting reply

4. University of Barcelona, Spain ~ status : awaiting reply

5. WageningenUniversity, Netherlands ~ status : orange lights

6. University of Reading, England ~ status : awaiting reply


7. Nagasaki University, Japan ~ status : orange lights slightly green now


8. Swansea University, Wales ~ status : awaiting reply

Considering :-

9. McGill University, Canada

10. University of Edinburgh, Scotland

11. University of London, England



Wednesday, November 23

Cerita Harimau Muda Vs Garuda Yang Tidak Sampai Matlamatnya

Salam and vanakam (betul ke??) haha,

Hellooo, is it u i'm looking for???? hehehe. Kalo kat status YM la ni aku letak, focus, mesti kengkawan aku ingat aku focus writing, memang aku focus menulis tapi tulis blog hahhahahaha (sahih kena benggong kalo depa tau). Citer ni memang dah sehari basi lah, pasal Malaysia menang ibu segala emas di Sukan Sea 25 Indonesia.

..........Alahai, kakak merc ajak aku gi breakfast dulu, kejap lg aku sambung...........

Ok sambung balik, sesi meluahkan perasaan dengan kak merc tadi. Sian juga aku dgr life kak merc tadi, nk bt mcm mn semua org ada 'sweet n sour' time. Just look at it from the bright side. In times of hardship, you find out what you are made of and what you are capable of. No matter who we are, where we are going or where we have been. Everyones has battles and struggles to escape from it. Optismis ye kawan-kawan and lets try our best to help each other.

Berbalik kepada citer asal, aku nak citer harimau Malaya buat cakaran harimau baham garuda auwwmmmmmmmm.

.............Ok break lagi, ada tetamu..........

Adess brp kali break pun x tau..bilik aku ni dah mcm transit utk semua org. Tetamu, kenalah kita entertain kan, jgn diabaikan. My collegue baru balik bertunang, besarrr uuu cincin dia, jam tangan cristian lancroix uuuu (rose gold, cannnnn) hahahhahaha lip lap lip lap mcm lampu lip lap. Sekali kami dok huhahuha, boss aku pun bt transit kat bilik aku, amekawwwww tapi x makan saman k, bos kuar je, semua sambung blk huha huha huha tapi academic skit lah kali ni ~tahu takutt~. Lepas boss, secretary boss pun transit juga bilik haku, oiiii bilik aku ni dah mcm pantry ka? mentang-mentang bilik aku depan pantry, tapi aku tetap melemparkan senyuman dan jemput masuk ~anak sapa lah ni baik sungguhh~ anak Dato M hikhik

Aku dah malas plak nk citer pasal bola ni sebab byk sangat 'connecting flights' aku. Dengan ringkasnya, aku nak cakap we have the best soccer team in Southeast Asia.

Sekian, terima kasih

i think i should grab one ~ jersey bkn lain ;p

P/S : FYI, this post takes about 5 hours to complete it @@, blogging lg time office hr. AMEKAWWW

Tuesday, November 22

Tentang Dhia

Salam readers and hi all,

Tadi layan citer 'Tentang Dhia' di TV3, (draft semalam, tapi kes tertidur depan laptop so lupa nk publish) jeles dengan gegirl drama ni sebab beruntung sungguh kena pinang anak orang kaya, dah la baik pastu hensem tetapi dah namanya drama. So kita sedia maklum lah, lakonan semata-mata, tiada berkaitan yang hidup dan mati. Realitinya dlm hidup kita ni dik non oiii, tidaklah seindah yang kita harapkan. Bak kata pepatah 'kita hanya merancang tetapi tuhan yg menentukan'. Berpijaklah di bumi yang nyata. Wahh kelass gitu berpatah patah post kali ni.

Kalo difikirkan lah, dlm alam nyatanya, ada tak benda ni terjadi? Mungkin ada tetapi sukar di cari. Jom kita fikir, ada ke anak org kaya zaman cyber ni berkenan dgn anak org jual kuih tepi jalan. Siap love at first sight lagi. Ada ke gitu, sebab setahu aku lah kedai kopi anak org kaya ni mcm Starbucks, Coffee bean dsb. Apa kelas lah depa nk stop tepi jalan kan tetapi itulah Mungkin ADA ye dan mungkin juga tiada~ Nothing is Impossible

Jomlah kita ramai-ramai tengok citer ni, kalo korang sekepala dgn aku lah. Kalo x, buang karan je..korang x yah layan (ade ke ckp mcm tu???) hehehehe. Kalo mau ikut serta, jom tercongok depan tv3 from Monday to Thursday, 7pm ~ ehem jgn lupa solat maghrib plak, aku x per, maghrib 620 pm kat sini..jgn lagho ye hikhik 'aku bukan saje beramal berbakti tapi aku juga berilmu dan beramal' ewohhhhh (masuk lif, tekan butang sendiri~yelah bdk tadika pun tau) =)


cuter gilerss nora danish pakai tudung macam anak patung =)


Monday, November 21

Quest ~ Kagoshima University

Assalamualaikum....

Salam sejahtera, kepada anda semua moga bahagiaaaaa ` nyanyi bersama-sama ye` alahai ayat tipikal artis bila dia lupa lirik =)

Actually, baru semalam taman dalam hati haku ni tengah musim bunga, sekali hari ni after kelas, dapat emails terus musim bunga masuk autumn ~ apalah nasib den~ xpe lah kita cuba lagi

~Apa dah jadi???, cer citer skit, cer citer ~

Kagoshima Universiti ~ Ini universiti pertama aku contact untuk further study sebab ada seorang minah 'vogue' (babe, u rasa u vogue tak?? hikhik) study situ juga and then dia dok citer kekadang dia terpaksa kena hirup udara abu sakurajima tu. So aku pung terhingin lah juga nak hirup abu volcano hehehehe (Malaysia xda volcano occay, sengal sgh jwpn ini). Hishhh jangan terpedaya dengan alasan tu, ada ke orang nak gi sbb nak hirup abu sulfur tu, XDENYEE (ish, ntah-ntah ada oooppss omak kau).

Jawapan sbnrnya sebab Kadai ni one of the leading universities in Japang, pastu expertise bidang aku ni memang kaw-kaw juga di sana. Sekali episode sedih Tentang Kagoshima aku bermula hari ini. Aku dapat email, dengan dukacitanya dimaklumkan Prof Yamamoto tidak ada tempat untuk haku dalam Lab Fish Pathology dia.(dgn bhs senang beginilah bunyinya) OOHHH tiDAKKKK, keciwanya mak, u olllsss, TETAPI oh ada TETAPINYA, kekeciwaan aku terubat dengan email dr Dr. Miguel (me likey likey) yang sangatlah amatlah membantu, he suggested me to contact another researchers~ Prof Koyama and Prof Koshio walaupun bidang diaorg ni lari skit dari bidang aku. Dia suruh juga try contact diaorang. Aku pun contactlah Prof Koyama dulu sebab dulu aku ada buat juga pasal pollution tapi aku mention sekali lah aku priority ke arah mana. Kang mau naya aku kena bambu dengan dekan aku sebab suka hati je lari dari bidang expertise haku.

So, for those who are interested to pursue their postgraduates studies in Kadai. Singgah-singgahlah di link ini

Kelasss....kapal sendiri



Monday Blues

Hi readers dan salam 1 Malaysia,

Anda semua masih lagi melayan Monday blues anda? hehehehe. But not for me, my Monday (this sem lah) is the busiest day through the week. Kerja wei, pukul 8am terus direct serbu lecture hall dan student haku untuk semester ini amatlah bersemangat masuk kelas. Aku bagi chance kelas start lambat pun diaorang tolak dengan slambernya..tergezuttt makkk, nyahhhh...

So far, previous semester tak ade nye macam ni, lagi lambat start morning class (especially on Monday), lagi suka lah remaja-remaja Ribena ni. Tapi not for this semester, aku jamu kelas start pukul 9am pun, tak hadap diaorang dengan tawaran mega sale, YES, durian runtuh aku tu. Aku dah warning awal-awal 8 0 clock means 8 o' clock waktu tempatan bukan waktu LOmbok, Lundon dan sama waktu dengannya. Kalau rasa tak mampu nak masuk kelas sebelum kaki bunting buluh padi aku melangkah masuk gerbang pintu kelas itew, baiklah korang balik asrama sambung tidur sebab x kuasa mak nak bagi masuk kelas KIJAM KAN MAK yes sangat berdisplin, kalah cikgu bedah occay

Pastu petang plak, mak kena pi 'sun bathing' tengah farm. Bertambah sun tan lah mak jawabnya u oollssss atau dengan perkataan sopannya adalah berjelaga lah macam buntots belanga Pak Belalang. Nasib baik aku ada topi dengan sunglasses vogue aku.. (vogue kah engkau??? vogue occay jwb dgn confidence level KLCC ye hikhikhik)

So till then, do check out my next post ~ kisah suka duka cari tempat PhD

So, how's ur Monday???? promising??


Sunday, November 20

A Sign


Hi and salam readers,

Baru je tadi dapat sms from my labmates MSc dulu and he said my SV delay his sabatical leave until June. Alhamdulillah, itu je yg kuar dari mulut tapi tak tahu lah wajar ke tidak ucapan tu sebab aku lah yang sonok tapi seronok kah SV ku itew???? ish x baik kan ;p

Anyway, sorry doc, tapi it just that I am so happy that you will be around until I finish with everything (viva+thesis+correction)~ mungkin agak selfish statement ini tapi dengan tidak hipokrit saya mengatakan 'I LIkEEEEE' and alhamdulillah Thank U Allah (nyanyi macam Maher Zain gitu)

Ini masuk mode baik dan tawaduk skit ya, aku bila benda-benda yang baik jadi kat aku rasa macam insaf skit sebab sometimes it feels that macam apa ek orang cakap 'layak kah aku??' haishhh tapi mak aka datin A cakap kalau benda baik atau buruk jadi kat kita maksudnya Allah sayang kat kita (oopsss ni citer benar ni, pada ketika ini ~ my phone is ringing and guess who is calling me???? panjang umur mak haku) aminnn, jap kita berehat bersama Datin A

Amekaw mau sejam sembang dgn mak haku termasuk la sembang dgn Ani helper pada makcik ku dan merangkap sekali cikgu Arab mak dan nephews aku. ..haishhh berapa banyak AKU daaaa...Ani ni citer hidup dia penuh onak duri dan tragis, next time kalo ada masa, u ols jgn bimbang, i story mory di sini.

Anyway, berbalik kepada topik post hari ni, jgn nak buat lap 9/6 dah. Moral of the story di sini, apa yg ingin disampaikan adalah everything that happen, there always a good reason behind it or dlm bhs Melayunya semua benda yg terjadi, ada hikmah di sebaliknya. So perbanyaklah kita mengucap syukur jika rezeki menyebelahi kita dan sebaliknya dan MUNGKINKAH IA JUGA SATU PETUNJUK..........

Sekian, Renung-renungkanlah, Maal Salamah (tiru pengacara Al-Hidayah)




Saturday, November 19

Mission Impossible II

Hi all,

Approaching the second level of my mission
.
.
.
.
.
2nd step = Eliminating distractions
.
.
.
.
.
.
.
and the first one will be

DEACTIVATED
.
.
.
.
.
next????
.
.
.
.
.
.
.
.
.

NO MORE HANGUK MOVIES






Thursday, November 17

First Step


Congratulating myself for taking the first step

MiMiMotMot

hello there,

blog dah tukar nama sebab lately ni my bff suka sok sek sok sek kisah chenta ku padahal dgn sapa ntah aku berchenta? and masa bila pulak aku berchenta ewohh anyway both of us ada nickname masing-masing. She like to call me mammoth walaupun aku dah slim skit dari dulu hahaha and i love to call her lalat.

So bila dia dok panggil mot mot lama jadilah mimot. Aku pun sometimes ada rasa cute jg itu nama, walaupun ada sikit sikit teringat itu gajah besarrr. Tetapi, ada aku kisah? xderrr pungg. So now, bermula hari ni blog dah tukar ic jd mimimotmot sebab mimot is unavailable so nvm lah mimimotmot pun ok. Ek? kenapa ek aku rasa macam nama tikus turi plak?? hikhik

Sunday, November 13

SKII christmas gift ~ kisah buruk lantak shopaholic tegar~

Salam readers,

Satu lagi nak share, hari tu as usual kalo aku kuar tempat jin bertendang ni utk outstation konpom aku tala shopping complex untuk refill stock. Hari tu outstation di KK, memang meriah gilos Parkson buat sale, best tau...lagi-lagi bonus link member, bgs juga aku bukan member kalo tak semakin sonok aku gores dan menang hari tu..TETAPI...dalam non member pun aku sempat puloks rembat barang kat bawah ni. Akibat, excited sangat sebab tengok xmas box Pitera Set ni (sambil dok kata dalam hati sesuai buat hantaran bg sapa nk kawin) dengan amoi tu dok pot pet pot pet tetiba aku boleh dgn nyanyuknya cakap kat amoi tu...

i want 3 SETS ya
oopsss gulpppp
kachingggg ka..chingg!!!! mata aku.....


merah mu menggugat hatikuuuuuu
.
.
.
teringat dialog dengan amoi tu
.
.
amoi : 3 sets?
..
shopaholic tegar : yup, 3 sets please (jawab dgn confidence level KLCC )
..
~dalam otak aku dah dok tekan calculator brp hinggit ni aku spent?? T T
.
.
.
.
.
.
tetapi muka maintain ayu ala-ala kak poziah
.
.
.
.
.
.
.
.
amoi : well, a perfect gift for your friends for xmas
.
.
.
.
.
shopaholic tegar : yes, kerettt
.
.
.
.
.
..
.
ish berapa ha...aku kira tadi????
.
.
.
.
amoi : miss, u boleh ke cashier bayar.hmm you can leave your things and McD here..
...
wuishh, dia bau ke McD haku? dah la aku letak dlm shopping bag mn nk nampak
paiseh paisehhhhh
.
.
.
.
.
sambil jalan-jalan ke cashier dan tawakal brp nk gores dan menang nanti
.
.
.
.
.
.
.
.
tunggu sorang mokcik vogue membayar
.
.
.
.
.
.
dlm hati ~ mak punya satu ~ lagi 2????
.
.
.
.
.
.
..
.
.
HAKU LAH hikhikhik
.
.
.
.
.
.
pas aku gores dan menang bil nx month
aku juga dapat voucher RM120
.
.
.
.
.
.
.
apa lagi???
..
.
.
.
tunggu lagi...
shoppingggg lah habiskan RM120
...
...
..
dapt beli apa?
.
.
.
.
shirt
.
.
.
3 SCS, 2 nicole (less 50%) berbaloiiiiiii juga rsnya =)
.
.
.
itu jawapan pujuk dan sedapkan hati sendiri


p/s moral of the story ....kalo pergi shopping tinggal CC kat rumah ye


Daisy by Marc Jacob


salam readers,

dah lama x jengah blog, very the busy lah katakan pastu malaih bukan kemain lagi nak menulis ni, pasal umrah tu len kali mood dtg balik baru sambung citer nak basi tu dah ye

hari ni, just nak share my new perfume, dah say babai kat lancome. Lama juga pakai lancome dekat 6-7 thn juga lah tapi sekarang dah jumpa kawan baru ni and plan nak dok lama-lama dengan dia hehehe sampai boleh lekat 'signature' scent ala 'signature' bag gitu =)


sebelah kiri anak dia, sebelah kanan mak dia tapi saya suka anak dia lagi, Eau So Fresh


.......apa kata survey???.......
.
.
.
.
.
.
.

respons dari family and kawan-kawan

.
.
.
.
.
.
.
.
bak kata adeeb
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
'WAN...IIIIIIII' ~ ;p



mestilah wan..iiii kalo x wan..iiii mau x hadap aku benda ni hikhikhik..hmmm satu lagi, kalo ada rezeki, belilah kat singapore very the cheap occay....got it at $96 100 ml (~RM240) in changi, reasonable gilos compare dengan retail price RM300++ di Malaysia. Eau So Fresh tu beli miniature di KLIA, limited edition dlm 4 botol around RM160++. Beli jangan x beli