Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 24

Imam Masjidil Haram Mai Malaysia

ni kalau Sheikh kata awet muda sebab wudhuk, memang 10000000 kali aku percaya

Hallu,

ehem ehem salam semua

Jadi baik skit sebab nak citer seorang alim ulama tersohor dalam dunia kita ni. Ini pun kebetulan, last friday masa dok melepak tengok tv sekali tangan ni tukar lah channel tv1, time tu khutbah jumaat, sekali tengok ewah sejak bila khutbah jumaat dalam bahasa arab ni. Sekali kamera tala tok imam, ooo orang arab kasi khutbah la, tapi bila tenung lama-lama ish rasa macam besa tengok saja ni..dengar suara ni ish rasa macam dekat di hati ni, rasa macam familiar. So first time in my life aku termangu depan tv dengar khutbah jumaat walaupun aku tak faham pun (bahasa arab asyik fail je time sekolah dulu). Rasa menyesal plak x belajar bahasa arab betul-betul, so bila start solat jumaat, dengar alunan surah, sah sah ni mcm besa dengar dalam terawih masjidil haram ni. Konpom imam masjidilharam tapi nama tak ingat, tapi muka familiar sebab aku pernah ingat sebab ada sekali satu video teraweeh kat mekah dia teriak, dengan makmum semua pun teriak sebab surah yang dibacakan pasal azab neraka. Tiap kali aku tengok video tu memang aku pun meleleh sekali juga sebab sayu sangat.



Sekali tengok kat subtittle Sheikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As Sudais rupanya, ketua imam masjidil haram ok. Ni yang aku rasa rindu sangat ni, terus call mak ajak plan one trip next year, doakan lah ye dapat pi lagi, dah rasa macam teramat rindu sangatlah. Itulah mak aku dah kata sekali sampai, beribu-ribu kali rasa nak pi lagi. InsyaAllah one day korang tau la rasa dia macam mana.


p/s : Kalau saya rajin, saya share ye trip saya last year tu hehehe

No comments: