Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 29

Ombak Rindu OST

Selamat pagi Malaysia,

Korang dah tengok Ombak Rindu tak?


Novel dia memang best tetapi cerita dia oklah sebab aku tak beberapa minat Maya Karin dan Lisa kot. Macam tak sesuai Maya sebab loghat dia tu aku tak suka, banyak songeh kan aku ni. Rasanya kalau dia bagi Ayu Raudhah (akak bukan minat giler dia tapi sesuai kot dia bawa watak ni, bunyi macam Melayu skit) or pelakon lain, mungkin lebih sesuai. Aaron Aziz memang hensem lahh, mesi bini dia susah hati ramai yg gilakan laki dia hahahahahhahaa

Anyway, how was it? Berapa bintang?

Bagi aku, ok-ok lah, 2/5 star, kalau setakat aku nak layan jiwang karats, aku tengoklah citer ni hahahaha tetapi tak lah meninggalkan impak yang besar macam aku tengok romance movie such as Pride and Prejudice and P.S I Love You ~ akak giler citer ni, tambah-tambah Pride and Prejudice, semua version i sukaaaa.

Tetapi akak suka lagu soundtrack filem ni, walaupun lagu dia lemah longlai haishh tetapi lirik tu menikam kalbu. Patutlah ramai yang cakap lirik lagu dia dapat mengimbau kenangan lama. Both songs are great tetapi lagu duet Hafiz dan Adira, terbaeks lah sebab liriknya umpama kita berdoa kepada Yang Maha Esa, haizzzz rasa, ish tak tau nak cakap, korang baca je lirik lagu ni di bawah ~ akak rasa ni lagu sesuai untuk pasangan yg bergaduh tetapi masing-masing ego utk cakap they really missed each other, wow wee junior juice, karatsss lah Minah Vp, tak sanggup mak, nyahhhh

Lagu Ombak Rindu, duet Adira and Hafiz

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Second song boleh mengingatkan kita tentang kesah-kesah chenta monyet dan tak monyet zaman muda mudi dulu =), hmmmm i muda lagi tawww, eceh eceh

Lara Lagi by Adira

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia..


the best scene ~ i love this part =) masa ni 1st song tu start playing
 
 

No comments: