Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 31

Jelaousy

Hi peeps,

Petang ni mood akaks memang tak baik

I hate sarcastic people. Tak faham akak dengan perangai manusia. Akak ni tak suka lah nak vent out masalah ERT dekat sini tapi kekadang hangin satu badan juga lah. Geram tahap cipan dengan perangai manusia mulut jahat dan sarcastic.

Aku pakai cantik pun, ada aku kacau hidup korang? Takde kan....Macam mana lah nak student pandang kita and respect kita kalo kita dressing macam makcik jual kuih tu oopss, mak akak pun jual kuih tapi bila bergaya, boleh tahan ok macam tokey jamu pun ada hehehe

Akak ni tak suka nak cakap meninggi hidung yg mmg tak tinggi tapi kalo jumpa orang yang mulut jahat macam ni. Mula lah akak nak tekan lif tingkat 44, nauzubillah, amarah setan tu kan..

Wahai dik nons, akak nak nasihatkan lah korang, kalo kengkawan korang lain dari biasa pakainya, sedap je mata korang memandang tu, pujilah dengan ikhlas atau kalo tak puji, diam je. Tak perlu lah kurang nak usik dan keluarkan ayat-ayat sarcasm korang tu. 

Akak dah hangin tadi tapi sebab kawan, akak sabau je lahhh. Tak berubah perangai sarcastic diaorang tu, kang aku keluarkan ayat 'fashion police' aku kang kutuk korang dressing, mau korang hentak-hentak kaki nangis macam budak kecik plak cakap mulut aku jahat mcm Azwan A oopssss

Haisshhh, susahlah dengan mulut diaorang tu, aku pakai kebaya pun jadi isu. Baju yang ada cutting pun jadi isu padahal yang ustazah pun tak tegur aku dan cakap baju aku ketat sebab mana ketat pun kan. Puji pun bagus, very motivating untuk aku lebih p trekking. Aku tanya member aku, dia cakap pedulikan cakap jahat diaorang tu...hehehehhehe. Ntah-ntah kalo aku pakai kain batik dan baju kedah kot baru diaorang nak senyap. Giloss, nak gi ofis gitu, mau kena pergi kelas grooming hehehe

Conclusion, akak anggap depa jeles dengan akak jerrr. Lusa akak nak pakai kebaya and I think I know what will they say =P bluekkkss, persetankannnnn



Sunday, January 29

Ombak Rindu OST

Selamat pagi Malaysia,

Korang dah tengok Ombak Rindu tak?


Novel dia memang best tetapi cerita dia oklah sebab aku tak beberapa minat Maya Karin dan Lisa kot. Macam tak sesuai Maya sebab loghat dia tu aku tak suka, banyak songeh kan aku ni. Rasanya kalau dia bagi Ayu Raudhah (akak bukan minat giler dia tapi sesuai kot dia bawa watak ni, bunyi macam Melayu skit) or pelakon lain, mungkin lebih sesuai. Aaron Aziz memang hensem lahh, mesi bini dia susah hati ramai yg gilakan laki dia hahahahahhahaa

Anyway, how was it? Berapa bintang?

Bagi aku, ok-ok lah, 2/5 star, kalau setakat aku nak layan jiwang karats, aku tengoklah citer ni hahahaha tetapi tak lah meninggalkan impak yang besar macam aku tengok romance movie such as Pride and Prejudice and P.S I Love You ~ akak giler citer ni, tambah-tambah Pride and Prejudice, semua version i sukaaaa.

Tetapi akak suka lagu soundtrack filem ni, walaupun lagu dia lemah longlai haishh tetapi lirik tu menikam kalbu. Patutlah ramai yang cakap lirik lagu dia dapat mengimbau kenangan lama. Both songs are great tetapi lagu duet Hafiz dan Adira, terbaeks lah sebab liriknya umpama kita berdoa kepada Yang Maha Esa, haizzzz rasa, ish tak tau nak cakap, korang baca je lirik lagu ni di bawah ~ akak rasa ni lagu sesuai untuk pasangan yg bergaduh tetapi masing-masing ego utk cakap they really missed each other, wow wee junior juice, karatsss lah Minah Vp, tak sanggup mak, nyahhhh

Lagu Ombak Rindu, duet Adira and Hafiz

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Second song boleh mengingatkan kita tentang kesah-kesah chenta monyet dan tak monyet zaman muda mudi dulu =), hmmmm i muda lagi tawww, eceh eceh

Lara Lagi by Adira

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia..


the best scene ~ i love this part =) masa ni 1st song tu start playing
 
 

Sibuan Island, Tun Sakaran Marine Park

Hi there,

Hari ni banyak keja tapi now break kejap dari menghadap benda keja tu ~ sakit hotak lama-lama

Nak share gambar pulau lain yang akak pergi last week iaitu Sibuan Island which is about 15-20 minute boat ride from Bohey Dulang Island. 

Kenapa ke sana? sebab akak tak pernah tengok rumah bajau laut. Dengan cerita rumah dia kecik molek je so boss marine park pun dgn baik hati suruh his staff bawa akak jalan-jalan sekitar pulau ni. 

Thank you so much En. N and his staff


Sibuan Island

Bajau Laut Village

and their small huts

pretty small for a family of two and I'm wondering what about those with 3-4 kids? ayoyo

looking at their small and petite size so perhaps boleh kot kan...hmmmm

erk?? rumah ketua kampung kea? nahhh, the enforcement team stay here, abang and pakcik renjers


they also make their own small boats

in front of the MP base in the island

ha, ini ambik coral ni, nak kena saman abang askar ni

buai-buai ku laju
En J mesti letih nak layan kita orang yg buat pit stop main buai plak


baekkk punya pose adik ni, nanti akak hanar dekat mangga ye dik =)

nak tunjuk kedai bukan pengunjung kedai ye ~ erkss

babai Sibuan, insyaAllah next time, I'll come back

uishhh, next time kalo ada rezeki nak terjun tiruk sini lah =)



Saturday, January 28

Bohey Dulang Island, Tun Sakaran Marine Park

Dear readers,

This is the second place I went for my monitoring trip last week. Tak tahu nak cakap apa sebab everything is sooooo beautiful, macam tak caya je aku kat Malaysia tetapi percayalahhhh hehehe. 

Malas nak cakap, jadi nikmatilah pemandangan yang indah mabeles ni...ahhhhhhh, SubhanaAllah me likey so much

welcome to Bohey Dulang Island ~ wah cantik lentokan tangan model kat atas ni hehehe
 
sebelum itu, akak nak test air laut ni best ke idak ~ safety jacket, wajibuun ya kalo tidak reti berenang, akak? berenang itik nila bolehlah
 

hmm, suam suam kuku kaki so boleh terjun tiruk hehe


woisehhhh, nampak apa?

coral reef ~ bleaching la, sedey nengok

pesanan penaja, terjun time ptang skit supaya tak burn dan garing giteww

ok test dulu...berlepas dari pelantar jetty


ikan halusss, tak tahu nama apa


eh korang ni, ikat tali tu kuat kuat kang sapa nak selamatkan saya hehehhe

sedey nengok, banyak anak giant clam mati, sayangggg sunggoh


banyak sea urchin

gamat or sea cucumber ~ yummmy buat sup, oopsss fishing is forbidden in marine park

adesss, masuk air plak hukhukhuk

ni dia giant clam

tapak pak leman


ni anak-anak dia plak - giant clam



 wokeh, habis berendam, akak menikmati pemandangan sekitar rest house akak


jetty tempat akak terjun tiruk and snorkeling


quarter untuk staf marine park

esok akak kena up up to the hill top ~ semput wokeh 1 hr hike mcm nak pengsan tapi student akak yg nak pitam muntah bagai plak hari tu, eceh eceh hehhehe nk tunjuk stamina dia kuat la tuuu

hacthery still under construction

culture giant clam

wah cantik kan MasyaAllah

bangun tidur, buka tingkap...ish Malaysia ke ni? rasa macam dh sampai Hawaii gitu hehhehe

Ok, masa untuk menguji stamina anda. Jom nyanyi, I love to go a wondering along the mountrain track but when I go, I love to sing, my knapsack on my back, waderii waderaaa waderaa aha aha aha hhaaaa ~ lagu masa kelas muzik darjah 5 dulu hahhaha, bagus ingatan ku hikhik


after 1 hr hike mcm nak mampoih dapat menikmati view mcm ni so oklah kan, sangat berbaloi sungai lui

mindblowing

breathtaking ~ memanglah rasa nak kena asthma pun ada masa memanjat tu

dulu jepun culture oyster di sini, skrg hanya tinggalan sahaja

cross area ni, sampailah ke pulau sebelah

jetty terjun tiruk, view from the top



staf marine park yang baik hati tunjuk hiking trail


Itu sajer lah sebab banyak lagi pics tapi tak larat nak upload kesemuanya.

Anyway, tak perlu pergi Bali, Krabi dll amik tiket pergi Semporna aja ya.

Memang berbaloi ikan kaloi gitu tapi pulau akak gi ni takda tempat resort, chalet semua tu sebab this area is more for conservation work rather than tourism. Kalo yang tu u ools kena pergi sebelah satu lagi iaitu Mabul, Mapalai dan Sipadan sana, cuma u ools kena siapkan ongkosnya sahaja hehhehe. Apa pun bleh juga datang pulau ni untuk terjun tiruk dan berenang itik =)

Akak plak F.O.C almaklumlah outstation 'kerje' hehehehe