Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 20

Ku sangkakan ranting pokok, rupa-rupanya.....

Hi there,

Mari kita mulakan esei hari ini dengan menyambungkan tajuk post kali ni...

Ku sangkakan ranting pokok, rupa-rupanya ULAR jatuh ke atas bahuku (oh yessss bebeh) ha, ular OK, sekali lagi ular, U.L.A.R. - siap eja lagi.

Arakiannya, kisahnya bermula di satu petang yang indah seusai men 'set up' dewan untuk upacara majlis penutupan kursus induksi pelajar. 3 jejaki 'kachh' berehat sambil enak menjamu selera minum ayaq nyoq dan BBQ chicken wings di bawah pokok menikmat bayu laut. Salah seorang jejaki ini terasa sesuatu menimpa bahunya dari atas dan berbunyi 'buk' lalu terus 'benda itu' jatuh ke bawah kerusi. Jejaki yang turut dikenali sebagai Minah Vp ini tidak mempedulikan 'benda itu' kerana disangkakan ranting kayu sahaja. Tetapi dikejutkan oleh jeritan sahabatnya di sebelah

Jejaki N : Apa tu????? -> sambil melihat di bawah kerusi
Minah Vp : Apa dia?? sambil melihat di bawah kerusi jejaki N dan tiba-tiba terus tersentap oh mak engkauuuu tetapi mendiamkan diri lalu terus berpaling ke hadapan dan secara automatik kaki juga turut diangkat.
Minah Vp : Alamak, dah pergi ke belum?
Jejaki N : Tak tauuuuuuu
Jejaki H : Apa hal korang dua ni?
Jejaki N : Ulauuuu
Jejaki H : Mana? dan tiba-tiba nampak 'the culprit' terus mem'blah' kan diri setelah kehadirannnya disedari

Jejaki H terus memanggil abang gerai sambil 'lodge report' sekali dan abang gerai tanpa membuang masa terus menjejak kasih ular tersebut.

Minah Vp : Nasib baik, ulaq lidi, kalo hat len tadi, Aku rasa aku dah melompat panjat pokok dah.
Jejaki N : Ish giloss siott terkejut tadi.
Jejaki H : Aiiii, panjang gilak..sik bahaya kah ular tok?
Minah Vp : Sik, nya sik patuk orang, kamek dulu kecik-kecil selalu jak jumpa. Yang penting, kita tak kacau dia dan dia tak akan kacau kita
Jejaki H : Aiiii, nebes kamekkkk
Jejaki N : Aiii, orang lagi nebes, sebelah kaki
Minah Vp : Oii, ni mangsa kejadian ok, ular tu landing atas bahu lagi. Kalo dia buat transit lama bahu tadi, mau korang kena bawa cek p spital. EEeeeeeeeeeee geliss siottt

P/S : Moral of the story, korang jangan makan bawah pokok. Kalo nak makan pun, pandang atas, check line clear or tak. Tetapi mak tobat nyahhhh, bayangkan ular di bahu ku???? oh tidakkkkk


inilah rupa ular lidi, saiz dia pun lebih kurang panjang dan besar gini



2 comments:

cicayanki said...

eeeeeeee, takutnya mimi! ular lidi pun, still ular ok!

u dgn sape tu? aiyooo!

Mir Misesu said...

yalah beb, i macam x leh trima hakikat, ular jth atas bahu i tp itulah kenyataan, luckily dia slip jth bwh, kalaulah dia x jatuh, konpom i pengsan terus hikhikhik. I dgn nisa n kak hadiah.