Dearest all,
Who is your friends? And what friends mean to
you? -> soalan sempena Xmas hohoho
Kalau dirujuk kamus, banyak terminologi yang
keluar. Friend means an acquaintance, a person whom you know etc. Tetapi
personally, apa itu kawan bagi korang sendiri?
Kawan bagi aku, someone whom I like and trusts so
kawan, bagi aku ada 2 kerat je dan famili tu memang termaktub tergolong dalam
kategori ini. Tetapi kenalan.....oh aku ramai kenalan dan siap boleh
dikategorikan dalam beberapa kumpulan (ini dah macam bagi lecture - it can be
classified into few groups hahahaha - aku suka ayat ni sebab time ni students
aku dah mengeluh sebab banyak yang diaorang kena ingat - kejamkan aku hehe).
Ini cerita klasifikasi kumpulan kenalan di tempat keja aku ni hehehe
Sometimes bila dah ramai kenalan ni. it can be
very tiring sebab it's hard to please everybody. Lately, aku rasa nak jadi
naruto je boleh pecah badan jadi beberapa orang (cewahhh, nak bg tau dia hot
stuff la tu, tapi hot stuff ape kebende, dok kat display je, dok tak turun dari
rak lagi hahahaha). Tapi itulah dilema aku sekarang ni. Susah ooo, nak hang out
pun rasa serba salah, sebab sesetengah orang tu tak faham situasi kita sendiri.
I ni gadis melayu so kena lah jaga reputasi gadis melayu kan haishh tak kan lah
itu pun tak faham. Perangai aku, kalo aku dengar orang kuar gosip cakap yang
enggak enak di dengar, mula lah aku retreat sebab bukan apa, kang depa cakap
mak bapak aku tak pandai mengajar aku, ha sapa yang susah? mereka dan keluarga
mereka? ngak dong, aku dan keluarga aku jugak. So, lantaklah kan, hang nak
tarik muka 17blas ke 80 blas ke, aku tak pedulik, janji Dato M and Datin A tak
malu. Mungkin orang akan cakap 'slow talk' explain kat dia tetapi kalo cakap
pun tak guna sebab dia sendiri akan 'menyalahfahamkan' isu tersebut so better
tak payah. So itu kumpulan pertama kenalan aku.
Kumpulan kedua ~ ini yang jenis memilih kenalan ~
yes picky person. Aku mengaku aku pun memilih juga tetapi tak lah super duper
picky sampai semuanya tak kena. Bagi aku, orang macam ni boleh dikategorikan
sebagai orang yang 'selfishness' dia tahap tinggi. So, bagi aku, orang ni
memang lah selalu rugi dan tidak ikhlas dalam berkawan. Kalo diperhatikan,
kumpulan ini aku nak kategorikan adalah orang yang takbur dengan kesenangan dia
(suka hati je cakap orang takbur, astagfirulahalazim) sebab apa? Sebab bagi
diaorang, tindakan dan apa-apa pasal orang lain tidak baik dan hanya tindakan
diaorang je yang betul. Aku ada kenalan group ni so macam mana nak deal with
this type of group?. Perkara yang penting tahap kesabaran anda kena tinggi dan
kena pandai ubah topik. Daripada dia dok megutuk orang dan tambah lagi orang
yang korang kenal dan baik plak dengan korang, baik lah korang ubah topik cakap
pasal benda lain, cakap benda yang diaorang suka lah sangat sebagai contoh
famili, keja, kereta besar, baju dia dsb (yes, ada sedikit elemen mengampu di
sini tetapi daripada korang buat dosa dengar dia mengumpat mengutuk kow kow
pasal orang lain sampai korang panas hati, lebih baik cakap pasal benda-benda
macam ni and the same time, dah korang dapat info fasal family, next meeting
boleh sambung tanya lagi hahahaha). Kekadang aku senyap je sebab hati dah panas
so biar depa tau yang aku tak suka. Aku ada perhati lah few people suka sembang
topik ni so sekarang aku dah faham kenapa diaorang buat lagu tu. Itulah aku ni
jahil sangat sampai aku cakap aku malas nak sembang dengan diaorang ni sebab
asyik cakap pasal keja je, stress aku, padahal ada kemungkinan depa nak mengelak
mengumpat. Hmmmmm...pasni aku nak switch topik ke tajuk lain daripada keja. The
best topic so far are their interest and family. And golongan kumpulan kedua
memang sebenarnya adalah mereka yang aku paling tak suka bersembang tetapi
sekadar berbasa basi je.
Kumpulan ketiga ~ kumpulan bersosial ataupun aku
panggil penghibur versatil. Depa ni jenis yang 'happy go lucky' kekadang merapu
pun ada. Tetapi aku paling suka hang out dengan kumpulan ni. Most of them are
very optimist with life so me likey likey. Lagi satu, when they are around, keja diaorang
pot pet pot pet buat stand up comedy pun ada, suasana tu ceria je, less stress dan anda tak
yah susah nak bercakap. So bila dengan depa ni, hangpa kena kuatkan otot rahang
dan perut sebab jenuh gelak lah sampai tak sudah dan pastikan anda mempunyai
masa yang bersenang lenang yang panjang Sebab banyak topik diaorang nak cover
masa berjumpa tu hahahaha. Oh, I always smile whenever I'm thinking of my
'versatile entertainer' peers.
Kumpulan keempat ~ orang kampung aku. Another
group which I love to hang out with them. Kenalan aku dari kumpulan ni adalah
of course lah orang yang kampung dia dekat kampung aku, tak kira lah sebelah
negeri ka, daerah ke dsb janji sound sama hahahaha. Why I love to talk with them? The reason is
they remind me of my home and my family. Rasa seronok je dalam hati ni. Kalo di
sini, kumpulan ni adalah kumpulan jenis mak-mak so I lagi suka u, sebab boleh
sembang pasal kain baju, masak memasak, famili dan cerita penglipur lara dsb.
Seperti yang dikatakan Dr Fadzilah Kamsah lebih banyak persamaan dengan kita,
lagi suka kita menghampiri seseorang itu. Satu lagi, kenalan aku di sini,
diaorang semua, kebanyakkan mempunyai ilmu agama tinggi so bila bersembang dengan
depa boleh juga muhasabah diri dan belajar ilmu agama. Baguskan =)
Kumpulan keempat ~ jenis berpuak-puak. Oh ni yang
kedua paling susah aku nak deal sebab aku ni plak sifatnya universal sebab aku
jenis fleksible semuanya aku berkenalan. So keadaan menjadi susah bila
kedua-dua puak ni bertembung so macam mana nak deal. Tambahan lagi, kalau
menganjurkan aktiviti bersosial bersama. Kalo yang jenis hardcore berpuak,
macam assabiyah pun ada, that person will never join the event. Kekadang aku
pelik juga sebabnya ramai orang kan, bukanlah korang nak kena bersembang berdua
pun. Pelik aku tapi itulah manusia kan. Bukan sahaja dunia itu berubah, manusia
juga turut berubah.Masalahnya yang timbul bagi aku, bila aku nak kena choose
aku nak pergi tempat tu dengan sapa sebab aku pun kena menumpang orang kan.
Memang masalah besar, so selalunya aku pilih yang sensitip teritip dululah.
Satgi, merajuk, mucung panjang mcm hidung pinochio meluat plak aku nak tengok
kan hehehe.
Dan yang terakhir kumpulan kelima ~ kumpulan
berbasa basi. Ni namanya kumpulan yang aku bersifat profesional lah so meaning
sekadar memenuhi tuntutan lumrah manusia kena selalu bertegur sapa. Say hi
gitu-gitu. Kumpulan ni aku pun takda masalah sebab bersembang pun sembang
kosong je tetapi tengok oranglah kan. Tak kan lah dengan boss pun nak sembang
isu tak membangunkan minda kan. But I dont have any problems with this group.
Just kalo dengan aku tak siap keja je, aku mengelak diaorang ni hahahaha.
Conclusion, apa kategori kenalan dan rakan anda.
Cubalah bertegur sapa dengan cara yang baik. Aku mengaku aku sendiri pun anti
dengan beberapa orang tetapi aku try jugalah layan bermanis muka dengan baik
tetapi diaorang kena ingat sebab setiap orang ada limit. So bagi aku, bila aku
treat diaorang baik so diaorang kena lah appreciate usaha aku. tetapi kalau aku
dengar lagi benda seperti kutuk aku belakang dsb. Lebih baik jumpa aku, cakap
elok-elok sebab susah aku nak delete corrupted file diaorang dalam harddisk
otak aku hahahaha. Aku memang senyap nampak cool tetapi senyap aku berbisa
hehehe. Lagi satu, kalo korang bermasalah dengan seseorang tu, korang bolehlah bercerita tetapi janganlah korang expect orang yang dengar tu nak declare war dengan orang yg berperang dengan korang tu. Sian dia sebab serba salah jadinya kan. Mungkin boleh bercerita untuk perkongsian dan peringatan kan. Serius ni, wahh amaran keras tidak sesuai untuk tontonan dan bacaan umum hahahaha
Well, that’s all folks. Apa pun, wherever you
are, whoever you met, cherish it and live your life to the fullest.
No comments:
Post a Comment