Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 26

Tempe Goreng Cili


Bahan-bahannya :
  • 1 peket tempe yang dipotong kecil
  • 1 biji kentang yang dipotong kecil (lebih kurang saiz tempe)
  • 3 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 batang serai dihiris
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kunyit
Cara memasaknya :

  1. Goreng sehingga garing tempe dan kentang yang dilumur dengan kunyit dan garam
  2. Setelah itu toskan minyak
  3. Kisarkan cili kering, bawang putih dan bawang merah bersama
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan jintan manis dan serai sehingga wangi
  5. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga cili masak dan pecah minyak
  6. Masukkan gula secukup rasa
  7. Setelah itu, masukkan tempe dan kentang yang digoreng tadi dan kacau sehingga kering
  8. Siap dan boleh dihidangkan

Puding Jagung Kastard



Dearest readers,

Our next change is desserttttt..yummyyy

Bahan-bahan :
  • 1/2 peket tepung kastard
  • 2 cawan susu cair
  • 1 cawan kecil santan
  • 1/2 cawan gula
  • Secubit garam
  • 1 tin jagung (cream)
  • Optional : daun pandan
  1. Masukkan tepung kastard, susu cair, santan dan gula ke dalam blender dan kisar
  2. Setelah sebati, masukkan bancuhan tepung ini ke dalam periuk di atas api yang perlahan
  3. Masukkan daun pandan dan jagung. Kacau sehingga pekat
  4. Pastikan sentiasa kacau sehingga mendidih (mcm ada bubble meletup gitu) dan boleh ditutup api
  5. Tuang kastard ke dalam loyang atau bekas yang lain dan disejukkan di dalam peti ais
  6. Yummylicious bila dimakan ketika sejuk

Selamat mencuba!

Tuesday, November 23

In LovE

Ive been loyal fan of lancome for over 4 years, i love all range of the their fragrances esp miracle so magic, love them so muchie muchie and folo by magnifique for a year. One beautiful day, my mom got a collection of their mini perfume and i secretly tried tresor. I did received some compliments on the scent. Sedapnya, perfume apa ni? hikhik, still remember few comments i got on that day. yalah perfume paling mahal dalam collection confirmlah wangi kan.

Initially, me, plan to spend on magnifique on their limited edition collection and did some surveys in malls for a cheaper price. While waiting for magnifique, i redeemed my CC points on Armani Diamond EDP and Anna Sui, which i gave it to my sister. Diamond is nice but the smell din last long so 50 ml took me oni 3-4 months to finish it hahaha (its EDP but i need to spray few times lah, x bagus).

Nak dijadikan cerita, last month, my bro wit his family together wit the two datins (of cos, they wont miss the chance) went to Singapore for a trip. Since perfumes are cheaper in there so i ask mak to shop 1-2 bottles and luckily she managed to grab this one for me. The truth is i din know Lancome just launching their new perfume in store hahaha and my old friend, Alia who acted as my family tour guide recommended me to buy their latest one, Tresor in Love. It cost me 300 bucks @@ (tresor, the most expensive in range) gosh i thot its lesser haiizzz neway since mak so excited because she got a handbag as a gift so its ok lah, just go for it. As long as mak happy. Funny lah apa la yang cantik sangat beg tu, boleh je dia beli yang lain..mak oo mak...nvm nx month will hv the chance to try it hehehe

p/s : For those who still deciding on which perfume u shud wear, try miracle so magic, its really nice, took me 3 years to part with it lol and Alia, Tresor in Love amat sesuai dengan mood aku skrg, maybe motherhood instinct ko dapat sense apa bakal terjadi kat aku in next few months kot lol ;p

Sunday, November 14

Cucur lemak manis



Dear readers,

Inilah adalah cucur di saat kemalasan melanda sebab simple sangat.

Bahan-bahan
  • Tepung gandum
  • Fresh milk or santan cair
  • Garam dan gula
  • Baking soda
  • Optional ubi kayu yang direbus dan dilenyek
Cara memasak
  1. Masukan garam, baking soda dan gula ke dalam tepung dan sebatikan
  2. Bancuh tepung tadi dengan susu atau santan
  3. Pastikan agak likat dan biarkan dalam fridge lebih kurang satu jam
  4. Pansakan kuali dan goreng pada api yang perlahan

Cucur labu


goreng biar mcm ni kaler dia


Bahan - bahan
  • Labu yang dipotong dan direbus
  • Tepung gandum
  • Gula dan garam
Cara memasak
  1. Labu yang telah direbus dilenyek dan masukkan tepung sedikit demi sedikit bersama air suam
  2. Make sure bancuhan tepung agak likat, jangan cair sangat dan masukan gula dna garam secukup rasa
  3. Goreng di atas api yang perlahan

Udang Lipan Sos Ala Chinese Style



Hi all,

Udang lipan ni x digemari sangat di kalangan orang melayu. Ada yang kata geli tengok rupanya, yalah macam lipan tapi mungkin ramai yang tahu isinya kenyal dan sedap. First time makan, dah fall in love dengan udang lipan tapi its quite hard la nak kopek isi since kulitnya keras gitu..Anyway, resepi kali adalah sumbangan daripada adik one of my collegues here, kira ni first trial la masak udang ni hikhik.Lets check out bahan dan cara memasaknya

Bahan-bahannya :
  • Udang lipan yang telah dikopek dan dikeluarkan isinya
  • Tepung jagung
  • 1 susu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 biji telur
  • Minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan A (dikisar)
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
Cara memasaknya :
  1. Bancuh tepung jagung tadi dan masukkan sedikit garam. Isi udang lipan dimasukkan ke dalam bancuhan tepung dan digoreng sehingga masak.
  2. Tos minyak dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan A tadi sehingga wangi
  4. Setelah itu masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sehingga sos agak mendidih
  5. Masukkan isi udang lipan yang telah digoreng tadi dan kacau.
  6. Biarkan sos sebati dengan udang.
  7. Akhir sekali, pecahkan sebiji telur ke dalam sos dan biarkan sos dalam 5 minit dan siap untuk dihidangkan
  8. Hirisan limau kasturi sebagai penaik rasa

Saturday, November 6

Puding Kastard Milo



Lepas ni, mungkin ill try buat dessert plak, i love puding. Puding kastard milo ni my student bagi tapi just cooking cream dalam castard milk tu x betul larut hikhik, next time ill try buat and share with you...thanks nisha n liza, sedapppp

Masak Lemak Cili Api


Dearest darlings,

Ok, masak lemak cili api mungkin ada berbeza ikut negeri, mine is simple dan disebabkan i suka labu so kali ini i letak labu kuning (jarang actually orang letak labu, hikhik) so its up to you nak letak sayur apa, kentang ke, belimbing buluh ke, tomato ke..ikut suka daa...

Orite, mari kita tengok bahan-bahannya :
  • Ikan (ikut suka, i prefer ikan air tawar)
  • 1 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 ulas bawang besar/bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 tangkai cili api (kalo x nak pedas, kurangkan)
  • Labu kuning
  • Bawang merah/besar dikisar bersama bawang putih, kunyit hidup dan cili api
  • Santan cair dan pekat
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun kunyit
Cara memasak :
  1. Masukkan serai dan bahan kisaran tadi ke dalam periuk bersama santan cair dan panaskan di atas api yang kecil
  2. Setelah santan agak masak, masukkan labu, santan pekat dan ikan tadi. (kalo guna sayur yang cepat masak macam tomato, masukkan semasa api hendak dipadamkan)
  3. Masukan garam secukup rasa dan tunggu sehingga ikan masak dan sentiasa kacau dan api mesti kecil untuk mengelakkan santan pecah minyak. Masukkan hirisna daun kunyit sebelum diangkat..Siap dahhh

Kolio Ikan Tongkol



Cooking lab stop for a week sebab tuan rumah pergi jalan-jalan hikhik, neway we start with our first dish untuk bulan ni dengan kolio, resepi actually sesuai for freshwater fishes macam lampam dan jelawat. Hwr, kali ni i try with ikan tongkol atau tuna

Bahan-bahannya :

  • 2 potong isi ikan tongkol ( ikut suka lah nak guna ikan apa)
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • daun kunyit dihiris
  • 1 batang serai
  • sedikit santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • Semua bahan dikisar kecuali ikan, santan dengan serai daaa, garam dan gula letak kemudian
Cara memasaknya :
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak sedikit
  2. Masukan bahan-bahan dikisar tadi dan tumis sehingga wangi
  3. Setelah bahan-bahan kisaran tadi masak, masukkan garam dan gula serta santan pekat tadi
  4. Jangan biar kuah kering dan masukan ikan tongkol tadi
  5. Kecilkan api dan biar sehingga ikan masak baru diangkat
  6. Masukan hirisan daun kunyit tadi sebelum api dipadamkan