Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 30

Makanan Terbaik Untuk Reduce Ur Cholestrol level

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

P/S : My selection will be oat, soy bean, raisin, guava (im still thinking since 1 guava = 110 calorie), brokoli (love it) and fish (tuna and mackerel since salmon so expensive over here)



Monday, April 25

Moderate Hypercholestrolmia

Hallu,

I just received my blood test result this afternoon and due to my frequent headaches that i got in past few days so i am already expected some bad news from the doctor.

Well, sadly it is a bad news indeed. Dengan dukacitanya, dimaklumkan i am a moderate hypercholesterolaemia. Adus, baru je semalam melantak sakan kan so nasib baik dah melantak sakan sebab start from tomorrow and onwards i need to be on a strict diet and it is gonna be absolutely suckssssss

So just some info on cholestrol la kan for u


Total Cholesterol Levels

One of the readings you will see from your laboratory results is a number for "total cholesterol." This will tell you the total number of all of the fats you have in your blood. According to the National Cholesterol Education Program:
  • A desirable level is less than 200 mg/dL (5.17 mmol/L)
  • Levels between 200 mg/dL and 239 mg/dL (5.17–6.18 mmol/L) are considered borderline for high cholesterol.
  • Levels at or above 240 mg/dL (6.21 mmol/L ) are considered high total cholesterol levels. This may put you at an increased risk for heart disease.
It is important to note that you should not determine your cholesterol levels just by your total cholesterol level. This needs to be further broken down into LDL, HDL, and triglycerides in order to give you some insight into the types of cholesterol that are in your blood.

where am i? hmmm I AM iN RED GROUP

High Density Lipoproteins

High density lipoproteins, or HDL, are considered to be the "good cholesterol", because HDL’s role in the body is to take cholesterol to the liver for degredation or processing, as opposed to allowing the cholesterol to hang around in the blood. According to the National Cholesterol Education Program:
  • Any HDL level above more than 60 mg/dL (1.56 mmol/L) is considered high. A high HDL level is considered very healthy, since it has a protective role in guarding against heart disease.
  • An acceptable HDL range is between 40- 60 mg/dL (1.04–1.56 mmol/L).
  • An undesirable level of HDL is any level below 40 mg/dL (1.04 mmol/L). In this case, low HDL levels may help to contribute to heart disease.
Where am i? i am in ACCEPTABLE range

Triglyceride Levels

Elevated levels of triglycerides are also a risk factor for heart disease. According to the National Heart, Lung, and Blood Institute:
  • Triglyceride levels should be below 150 mg/dL (1.69 mmol/L).
  • Levels between 150 mg/dL (1.69 mmol/L ) and 199 mg/dL (2.25 mmol/L) are considered borderline high.
  • Levels between 200-499 mg/dL (2.26-5.63 mmol/L) are considered high.
  • Levels above 500 mg/dL (5.64 mmol/L) or considered extremely high.
YES, manage to slip in NORMAL group

Low Density Lipoproteins

Low density lipoproteins, also known as LDLs, are considered to be the "bad cholesterol". This type of lipoprotein circulates from the liver to other organs and tissues in the body, carrying cholesterol where it is needed. This type of cholesterol tends to linger and has been connected with various types of heart disease, including atherosclerosis, heart attack, stroke, and coronary heart disease. The current guidelines for LDL levels are:
  • LDL levels less than 100 mg/dL ( 2.6 mmol/L) are considered optimal.
  • LDL levels between 100 – 129 mg/dL (2.6–3.34 mmol/L) are considered near or above optimal.
  • LDL levels between 130 – 159 mg/dL (3.36–4.13 mmol/L) are considered borderline high.
  • LDL levels between 160 – 189 mg/dL (4.14 - 4.90 mmol/L) are considered high.
  • LDL levels at or above 190 mg/dL (4.91 mmol/L) is considered very high.
OOOOOOOhhhhh oh oh oh my god, i think u can guess where am i belong to....memang jahat sangat kolestrol itewwwwwwww

Sunday, April 24

Imam Masjidil Haram Mai Malaysia

ni kalau Sheikh kata awet muda sebab wudhuk, memang 10000000 kali aku percaya

Hallu,

ehem ehem salam semua

Jadi baik skit sebab nak citer seorang alim ulama tersohor dalam dunia kita ni. Ini pun kebetulan, last friday masa dok melepak tengok tv sekali tangan ni tukar lah channel tv1, time tu khutbah jumaat, sekali tengok ewah sejak bila khutbah jumaat dalam bahasa arab ni. Sekali kamera tala tok imam, ooo orang arab kasi khutbah la, tapi bila tenung lama-lama ish rasa macam besa tengok saja ni..dengar suara ni ish rasa macam dekat di hati ni, rasa macam familiar. So first time in my life aku termangu depan tv dengar khutbah jumaat walaupun aku tak faham pun (bahasa arab asyik fail je time sekolah dulu). Rasa menyesal plak x belajar bahasa arab betul-betul, so bila start solat jumaat, dengar alunan surah, sah sah ni mcm besa dengar dalam terawih masjidil haram ni. Konpom imam masjidilharam tapi nama tak ingat, tapi muka familiar sebab aku pernah ingat sebab ada sekali satu video teraweeh kat mekah dia teriak, dengan makmum semua pun teriak sebab surah yang dibacakan pasal azab neraka. Tiap kali aku tengok video tu memang aku pun meleleh sekali juga sebab sayu sangat.



Sekali tengok kat subtittle Sheikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As Sudais rupanya, ketua imam masjidil haram ok. Ni yang aku rasa rindu sangat ni, terus call mak ajak plan one trip next year, doakan lah ye dapat pi lagi, dah rasa macam teramat rindu sangatlah. Itulah mak aku dah kata sekali sampai, beribu-ribu kali rasa nak pi lagi. InsyaAllah one day korang tau la rasa dia macam mana.


p/s : Kalau saya rajin, saya share ye trip saya last year tu hehehe

Ikan Bawal Kukus

sebelum kukus, i malas skit hr tu so brokoli letak awal :)

Bahan-bahan

  • Ikan bawal seekor dibersih dan dilumur garam halus
  • 1 batang serai
  • Serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Air perahan asam jawa
  • Brokoli
  • Leek
  • Sedikit halia dipotong
  • 1 biji bawang besar dipotong
  • 1/2 ikat park choy
  • Beberapa keping cabbage
  • Daun sup
Cara-cara memasak
  1. Lapikkan steamer (bekas kukus i lubang dia sederhana besar) tu dengan cabbage and park choy, lapis demi lapis. Kalau lubang setamer tu kecil, jangan lapik tebal sangat ye.
  2. Letak ikan bawal tadi di tengah bekas
  3. Curahkan air asam jawa yang telah dicampurkan dengan serbuk lada hitam dan sos tiram ke atas ikan (bagi pekat skit asam jawa tu)
  4. Masukkan dan taburkan leek, halia, serai dan bawang besar
  5. Letakkan steamer di atas air yang telah mendidih.
  6. Dari masa ke semasa, cucuk ikan dengan garpu untuk check ikan dah masak or belum
  7. Bila, ikan agak dah nak masak, boleh masukkan brokoli tadi (optional) kalo nak masuk awal-awal pun xpa tapi khasiat kurang skit ler..
  8. Bila ikan dah masak, boleh siap untuk dihidangkan

Muak mual uweks part 2

ni dia, sandwich sardine aku hentam sampai muak smlm 4 set occay..gilosss

Popia Goreng

ini tarpau untuk jiran-jiranku hehe

Bahan-bahan

  • Sengkuang yang disagat (kuantiti terpulang)
  • Carrot yang disagat (kuantiti terpulang)
  • Cabbage yang dihiris halus (kuantiti terpulang)
  • Taugeh
  • 1 ulas bawang besar yang dihiris
  • Udang kepal/jerangau/kering (dalam 1 sudu besar)
  • Serbuk kacang tanah (optional)
  • Bawang goreng (optional)
  • Kulit popia (beli kat supermarket je)
  • Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk sos
  • kCili kering kisar
  • Bawang putih dalam 4 ulas yang telah dikisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Gula dalam 4 sudu besar
Cara memasak
  1. Untuk inti popia, panaskan minyak masak dalam 1 sudu besar. Bila minyak panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi dan tumis sehingga kuning
  2. Masukkan udang kering/kepal/jerangau tadi dan tumis sehinga naik bau (mengancam bau dia) dan sentiasa kacau sehingga udang tadi agak masak
  3. Masukkan sengkuang dan cabbage dan kacau sebentar dalam 5 minit
  4. Akhir sekali baru masukkan carrot dan taugeh tadi.
  5. Masukan garam dan kacau sehingga sebati dan bila taugeh dah layu, api boleh ditutup
  6. Sediakan penapis dan masukkan inti popia ini ke dalam penapis so air dari sayuran ini dapat ditapis (senang bila nak gulung popia nanti)
  7. Setelah agak kering, boleh mula gulung popia, anda boleh gunakan tepung gandum + air sebagai pelekat di hujung gulungan. Kacang tanah boleh ditabur sedikit di dalam inti semasa popia digulung.
  8. Bila selesai gulung, bolehlah digoreng
  9. Untuk sos pula, panaskan minyak dalam 3 sudu besar dan masukkan bawang putih yang telah dikisar dan tumis sehingga agak garing
  10. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis sehingga masak dan naik minyak
  11. Setelah itu, boleh lah masuk sos cili dan sos tomato tadi
  12. kacau dan masukkan gula (sos popia kena manis sedikit ye) dan biar mereneh diatas api yang perlahan. Sentiasa kacau supaya x hangit di bawah
  13. Setelah sos likat, bolehlah tutup api.
  14. Sos yang telah siap boleh diletak di atas popia goreng tadi dan seterusnya ditabur dengan bawang goreng
  15. Sedia untuk di NGAPPPP !!!

Udang Masala


Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • Sedikit halia (dikisar)
  • 1 bunga lawang
  • Sedikit cabai kering yang telah dikisar (kuantiti mengikut citarasa)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu besar rempah masala
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit perhan limau kasturi atau air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menumis
  • 1/2 kg udang ( saiz sederhana)
Cara-cara:
  • Panaskan minyak di dalam kuali
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar
  • Masukkan daun kari
  • Kemudian, masukkan jintan manis, serbuk kayu manis, serbuk garam masala, ketumbar dan cabai kering di dalam satu bekas. Masukkan sedikit air, gaul hingga sebati. Masukkan bahan tadi ke dalam bahan tumis
  • Masak hingga garing
  • Masukkan air perahan limau/asam jawa, gula dan garam
  • Masukkan pula udang beserta dengan sedikit air
  • Biarkan mendidih. Tutup api
  • Di dalam kuali lain, panaskan minyak masak. Tumis darat daun kari dan bawang besar yang dipotong bulat (5 min). Setelah itu, masukkan ke dalam kuali udang masala. Gaul rata dan SIAP UNTUK NGAP ;)
p/s: resepi ni amik dari hawa tapi dah modified skit hehe, thanks hawa