Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 23

Unforgettable Journey - Disini Kasihku Bertaut Umrah Musim Panas 2010 Part 1

Dearest readers,

Catatan ini hanya sebgai satu perkongsian pengalaman untuk tatapan bersama. Moga catatan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang ingin dan mempunyai kesempatan untuk mengunjungi bumi para anbia ini, InsyaAllah. Sebenarnya agak berat (takut orang cakap nak menunjukkan) untuk saya ceritakan di sini tapi niat di hati hanya untuk berkongsi pengalaman sebab saya juga pernah mencari pengalaman dan kisah-kisah sebagai panduan (first timer) sebelum menjejak kaki ke bumi Medina dan Makkah. Perjalanan adalah lebih kurang setahun lepas dan dalam awal bulan Jun 2010.


Beginilah perjalanan penuh bermakna ini bermula :-



Kami bertolak ke KLIA dari PIA pada waktu pagi dan actually agak awal iaitu selepas subuh dengan diiringi doa yang lead by anak cousin (InsyaAllah doakan menjadi alhafiz one day) dan family yang lain. Suasananya for me, agak nervous sebab this is my first time so dok asyik belek buku panduan on things should be done masa untuk bertolak dari rumah. Tapi untuk yang lain, agak pilu sebab anak-anak menghantar their parents pergi umrah. Well, sedihlah juga sebab my cousin dok menangis sambil sampaikan pesan to take care of their parents since i am the youngest in the group kan and i promised them i will try best sebab their parents dah macam my parents too. (i am a typical kampung, family type girl so bonding tu memang rapat in my family). Hanya few of my cousins (not few lah i think ramai lah juga) yang hantar sampai ke airport. Just imagine lah kan, rombongan 11 orang termasuk me so yang pengiringnya of course lah ramai sebab semuanya mak bapak yang pergi and its only me and cousin brother je tidak tergolong dalam usia emas hehehe. Semasa di PIA, wakil tabung haji memang sedia menunggu untuk urusan check in dan pemberian pasport dan penerangan juga diberikan tentang perkara-perkara yang penting. Di belakang passport anda selalunya dah tercatat nombor bus anda sepanjang anda berada di bumi Arab Saudi nanti dan juga nombor-nombor yang dapat dihubungi jika berlaku kecemasan.


ini dah di KLIA, berjalan masuk ke pesawat Saudi Airlines


Bila kami tiba di KLIA, one my cousin dah tunggu di sana menyambut kami semua dengan staf dia. Alhamdulillah, urusan kami agak mudah dengan kehadiran Kak W ni (agak glamour jugalah sebab pengiring-pengiring keselamatan kak W ni) and while there seorang lagi my cousin sampai sebab her flight balik KK pun tarikh yang sama. So sebagai orang muda, both of us with my mom tolong lah apa yang patut and at one time i think my mom dah macam pernah keja MASB plak hahahaha...efisen sungguh, love u mak, u r the best :)

Flight kami ke Medina departed dalam pukul 2 pm so kami masuk awal skit sebab nak kejar jamak dan qasar solat zuhur dan asar. Mak cakap flight dalam 8 hours so InsyaAllah kami sampai sana petang waktu Arab Saudi. ya, lupa plak, sebelum tu, kami diberi taklimat oleh wakil tabung haji dan diperkenalkan kepada staf tabung haji yang akan turut bersama kami di dalam rombongan tu. Group kami lebih kurang dalam 60 orang ( if not mistaken lah, dah tak ingat).

Surau ada terletak sebelum kita ke terminal C tu tapi kami agak rushing sebab biasalah ada yang tak lepas kastam inspection kan so tergendala skit. Jadi, disebabkan kesuntukan masa, maka my mom plan nak solat kat boarding hall je. Sebenarnya saya agak hesitate dengan cadangan mak sebab tak pernah solat di situ and ive never seen people solat kat situ so selalunya i mesti cari surau juga. Rupa-rupanya sampai je kat sana, ramai yang tengah solat so suasananya agak x tau nak describe sebab dah macam surau di situ but conclusion nya saya amat insaf hehehe sesungguhnya di mana anda solat tidak penting as long as it clean, bersesuaian dan anda berkesempatan melaksanakan tuntutanNya. (a note for myself)



tu dia, kapai terbang kita, besaq nooo (dengar one makcik kat belakang dok komen ;)


Masa dok tunggu sebelum boarding, i pun selak-selak lah buku panduan tu. Perasaannya macam nak pergi exam (aku memang gabra skit hehehhe). Buku panduan dari tabung haji tu tu saya nasihatkan sila lah kepit selalu ye tapi my mom ada beli buku lain dari seorang ustaz ni pasal panduan juga but for me yang tak biasa ni, baca setakat yang mampu dihafal dan amik yang penting-penting dulu. Another tips, selalunya pihak travel tours ni akan berikan kita cenderahati back pack, sling bag and buku-buku. Until now, i use to carry their bag pack sebab sangat sesuai as a hand carry cabin bag. Sling bag tu, untuk orang-orang muda or makcik or pakcik yang agak trendy boleh je guna beg yang lain janji u can put your essential stuff dalam tu. And for me, i borrow my sister punya cute backpack. Banyak skit barang i can put in. Another thing, lip balm (yang tanpa pewangi ye) is a must have, tak kira lah walaupun anda seorang lelaki (my lipbalm pun time tu disedekahkan kepada one of my uncles).




makan time - sphagetti

Dalam plane, masa banyak dihabiskan dengan bersembang dengan my mom and mak long. Time tu i berguru dengan my mom hehehhe. Read and read pastu tidur and NGAPPP makan. Flight ni takda screen untuk entertainment so tak dapat lah anda nak layan movie lah sebab dia sangat islamic sebagai menghormati perjalanan menunaikan ibadat ni dan bila ada turbulence dipasangkan bacaan ayat al Quran sebagai penenang jiwa. My mom cakap dia suka macam ni sebab semua islam dan lebih senang dan jadi tawaduk skit. Lagipun layanan macam ni disebabkan flight ini terus ke Madinah and bukan transit di Jeddah.


makan time - lasagna with sardine fillings for breakfast..hmmm makan skit je sebab sphagetti tadi pun rasa tak habis digest lagi

One more thing yang nak share, steward and stewardess Saudi Airlines ni semua muslim sebab kita terus menuju Medina yang mana adalah tanah haram and most of them are Nepalese, Indonesian dan Arabs pun ada. Paling menarik, style tudung diaorang. Cute juga.

So that's all for now, next post i will share my experience semasa kami touchdown di Prince Mohammad Abdul Aziz Al Madinah International Airport ya.

Maal Salamah




Wednesday, June 22

What's Up??

hallu....

yeah, im still up, cant catch any sleep until now...why? maybe sebab otak OT hari ni kot. Anyway, its been so long since i din catch up with all of u kan. Apo nak buek, den busy.

So, what's up??Now, i'm already moved into 3rd week of 1st sem. Well, im still struggling and fixing some of stuff yang still unmanageable. Workloads a bit i wud sed decreasing at the beginning but it seem its gonna be increasing perhaps in few weeks time. So sama je lah.

Macam mana diet? well, proudly sed im doing well sebab got some positive feedbacks la kan. Semua tanya rahsia and dengan humble i just said im taking care of my health now hahaha well, its true eventually since im doing this because of 'amazing' level of my cholestrol kan so that is an honest answer so saya tak tipu ye hehehe

So, that's all i can share for now since its already 130am and i SHOULD go to bed now. InsyaAllah ill find some time to share with u some of the good tips or cerita sensasi pada lembaran yang lain.

Last word, adios amigos and pls take care yourselves and enjoy ur life while u still can (dahsyat ayat ini)

Saturday, April 30

Makanan Terbaik Untuk Reduce Ur Cholestrol level

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

P/S : My selection will be oat, soy bean, raisin, guava (im still thinking since 1 guava = 110 calorie), brokoli (love it) and fish (tuna and mackerel since salmon so expensive over here)



Monday, April 25

Moderate Hypercholestrolmia

Hallu,

I just received my blood test result this afternoon and due to my frequent headaches that i got in past few days so i am already expected some bad news from the doctor.

Well, sadly it is a bad news indeed. Dengan dukacitanya, dimaklumkan i am a moderate hypercholesterolaemia. Adus, baru je semalam melantak sakan kan so nasib baik dah melantak sakan sebab start from tomorrow and onwards i need to be on a strict diet and it is gonna be absolutely suckssssss

So just some info on cholestrol la kan for u


Total Cholesterol Levels

One of the readings you will see from your laboratory results is a number for "total cholesterol." This will tell you the total number of all of the fats you have in your blood. According to the National Cholesterol Education Program:
  • A desirable level is less than 200 mg/dL (5.17 mmol/L)
  • Levels between 200 mg/dL and 239 mg/dL (5.17–6.18 mmol/L) are considered borderline for high cholesterol.
  • Levels at or above 240 mg/dL (6.21 mmol/L ) are considered high total cholesterol levels. This may put you at an increased risk for heart disease.
It is important to note that you should not determine your cholesterol levels just by your total cholesterol level. This needs to be further broken down into LDL, HDL, and triglycerides in order to give you some insight into the types of cholesterol that are in your blood.

where am i? hmmm I AM iN RED GROUP

High Density Lipoproteins

High density lipoproteins, or HDL, are considered to be the "good cholesterol", because HDL’s role in the body is to take cholesterol to the liver for degredation or processing, as opposed to allowing the cholesterol to hang around in the blood. According to the National Cholesterol Education Program:
  • Any HDL level above more than 60 mg/dL (1.56 mmol/L) is considered high. A high HDL level is considered very healthy, since it has a protective role in guarding against heart disease.
  • An acceptable HDL range is between 40- 60 mg/dL (1.04–1.56 mmol/L).
  • An undesirable level of HDL is any level below 40 mg/dL (1.04 mmol/L). In this case, low HDL levels may help to contribute to heart disease.
Where am i? i am in ACCEPTABLE range

Triglyceride Levels

Elevated levels of triglycerides are also a risk factor for heart disease. According to the National Heart, Lung, and Blood Institute:
  • Triglyceride levels should be below 150 mg/dL (1.69 mmol/L).
  • Levels between 150 mg/dL (1.69 mmol/L ) and 199 mg/dL (2.25 mmol/L) are considered borderline high.
  • Levels between 200-499 mg/dL (2.26-5.63 mmol/L) are considered high.
  • Levels above 500 mg/dL (5.64 mmol/L) or considered extremely high.
YES, manage to slip in NORMAL group

Low Density Lipoproteins

Low density lipoproteins, also known as LDLs, are considered to be the "bad cholesterol". This type of lipoprotein circulates from the liver to other organs and tissues in the body, carrying cholesterol where it is needed. This type of cholesterol tends to linger and has been connected with various types of heart disease, including atherosclerosis, heart attack, stroke, and coronary heart disease. The current guidelines for LDL levels are:
  • LDL levels less than 100 mg/dL ( 2.6 mmol/L) are considered optimal.
  • LDL levels between 100 – 129 mg/dL (2.6–3.34 mmol/L) are considered near or above optimal.
  • LDL levels between 130 – 159 mg/dL (3.36–4.13 mmol/L) are considered borderline high.
  • LDL levels between 160 – 189 mg/dL (4.14 - 4.90 mmol/L) are considered high.
  • LDL levels at or above 190 mg/dL (4.91 mmol/L) is considered very high.
OOOOOOOhhhhh oh oh oh my god, i think u can guess where am i belong to....memang jahat sangat kolestrol itewwwwwwww

Sunday, April 24

Imam Masjidil Haram Mai Malaysia

ni kalau Sheikh kata awet muda sebab wudhuk, memang 10000000 kali aku percaya

Hallu,

ehem ehem salam semua

Jadi baik skit sebab nak citer seorang alim ulama tersohor dalam dunia kita ni. Ini pun kebetulan, last friday masa dok melepak tengok tv sekali tangan ni tukar lah channel tv1, time tu khutbah jumaat, sekali tengok ewah sejak bila khutbah jumaat dalam bahasa arab ni. Sekali kamera tala tok imam, ooo orang arab kasi khutbah la, tapi bila tenung lama-lama ish rasa macam besa tengok saja ni..dengar suara ni ish rasa macam dekat di hati ni, rasa macam familiar. So first time in my life aku termangu depan tv dengar khutbah jumaat walaupun aku tak faham pun (bahasa arab asyik fail je time sekolah dulu). Rasa menyesal plak x belajar bahasa arab betul-betul, so bila start solat jumaat, dengar alunan surah, sah sah ni mcm besa dengar dalam terawih masjidil haram ni. Konpom imam masjidilharam tapi nama tak ingat, tapi muka familiar sebab aku pernah ingat sebab ada sekali satu video teraweeh kat mekah dia teriak, dengan makmum semua pun teriak sebab surah yang dibacakan pasal azab neraka. Tiap kali aku tengok video tu memang aku pun meleleh sekali juga sebab sayu sangat.



Sekali tengok kat subtittle Sheikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As Sudais rupanya, ketua imam masjidil haram ok. Ni yang aku rasa rindu sangat ni, terus call mak ajak plan one trip next year, doakan lah ye dapat pi lagi, dah rasa macam teramat rindu sangatlah. Itulah mak aku dah kata sekali sampai, beribu-ribu kali rasa nak pi lagi. InsyaAllah one day korang tau la rasa dia macam mana.


p/s : Kalau saya rajin, saya share ye trip saya last year tu hehehe

Ikan Bawal Kukus

sebelum kukus, i malas skit hr tu so brokoli letak awal :)

Bahan-bahan

  • Ikan bawal seekor dibersih dan dilumur garam halus
  • 1 batang serai
  • Serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Air perahan asam jawa
  • Brokoli
  • Leek
  • Sedikit halia dipotong
  • 1 biji bawang besar dipotong
  • 1/2 ikat park choy
  • Beberapa keping cabbage
  • Daun sup
Cara-cara memasak
  1. Lapikkan steamer (bekas kukus i lubang dia sederhana besar) tu dengan cabbage and park choy, lapis demi lapis. Kalau lubang setamer tu kecil, jangan lapik tebal sangat ye.
  2. Letak ikan bawal tadi di tengah bekas
  3. Curahkan air asam jawa yang telah dicampurkan dengan serbuk lada hitam dan sos tiram ke atas ikan (bagi pekat skit asam jawa tu)
  4. Masukkan dan taburkan leek, halia, serai dan bawang besar
  5. Letakkan steamer di atas air yang telah mendidih.
  6. Dari masa ke semasa, cucuk ikan dengan garpu untuk check ikan dah masak or belum
  7. Bila, ikan agak dah nak masak, boleh masukkan brokoli tadi (optional) kalo nak masuk awal-awal pun xpa tapi khasiat kurang skit ler..
  8. Bila ikan dah masak, boleh siap untuk dihidangkan

Muak mual uweks part 2

ni dia, sandwich sardine aku hentam sampai muak smlm 4 set occay..gilosss