Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 24

Merry Christmas Ho Ho Hooooo

Jingle bell, jingle bell, jingle all the way !!! Merry Xmas

Wishing u olss, A Merry Christmas and Happy New Year. Do enjoy your holiday and spent it with your loves ones =)

F.R.I.E.N.D


Dearest all,

Who is your friends? And what friends mean to you? -> soalan sempena Xmas hohoho

Kalau dirujuk kamus, banyak terminologi yang keluar. Friend means an acquaintance, a person whom you know etc. Tetapi personally, apa itu kawan bagi korang sendiri?

Kawan bagi aku, someone whom I like and trusts so kawan, bagi aku ada 2 kerat je dan famili tu memang termaktub tergolong dalam kategori ini. Tetapi kenalan.....oh aku ramai kenalan dan siap boleh dikategorikan dalam beberapa kumpulan (ini dah macam bagi lecture - it can be classified into few groups hahahaha - aku suka ayat ni sebab time ni students aku dah mengeluh sebab banyak yang diaorang kena ingat - kejamkan aku hehe). Ini cerita klasifikasi kumpulan kenalan di tempat keja aku ni hehehe

Sometimes bila dah ramai kenalan ni. it can be very tiring sebab it's hard to please everybody. Lately, aku rasa nak jadi naruto je boleh pecah badan jadi beberapa orang (cewahhh, nak bg tau dia hot stuff la tu, tapi hot stuff ape kebende, dok kat display je, dok tak turun dari rak lagi hahahaha). Tapi itulah dilema aku sekarang ni. Susah ooo, nak hang out pun rasa serba salah, sebab sesetengah orang tu tak faham situasi kita sendiri. I ni gadis melayu so kena lah jaga reputasi gadis melayu kan haishh tak kan lah itu pun tak faham. Perangai aku, kalo aku dengar orang kuar gosip cakap yang enggak enak di dengar, mula lah aku retreat sebab bukan apa, kang depa cakap mak bapak aku tak pandai mengajar aku, ha sapa yang susah? mereka dan keluarga mereka? ngak dong, aku dan keluarga aku jugak. So, lantaklah kan, hang nak tarik muka 17blas ke 80 blas ke, aku tak pedulik, janji Dato M and Datin A tak malu. Mungkin orang akan cakap 'slow talk' explain kat dia tetapi kalo cakap pun tak guna sebab dia sendiri akan 'menyalahfahamkan' isu tersebut so better tak payah. So itu kumpulan pertama kenalan aku.

Kumpulan kedua ~ ini yang jenis memilih kenalan ~ yes picky person. Aku mengaku aku pun memilih juga tetapi tak lah super duper picky sampai semuanya tak kena. Bagi aku, orang macam ni boleh dikategorikan sebagai orang yang 'selfishness' dia tahap tinggi. So, bagi aku, orang ni memang lah selalu rugi dan tidak ikhlas dalam berkawan. Kalo diperhatikan, kumpulan ini aku nak kategorikan adalah orang yang takbur dengan kesenangan dia (suka hati je cakap orang takbur, astagfirulahalazim) sebab apa? Sebab bagi diaorang, tindakan dan apa-apa pasal orang lain tidak baik dan hanya tindakan diaorang je yang betul. Aku ada kenalan group ni so macam mana nak deal with this type of group?. Perkara yang penting tahap kesabaran anda kena tinggi dan kena pandai ubah topik. Daripada dia dok megutuk orang dan tambah lagi orang yang korang kenal dan baik plak dengan korang, baik lah korang ubah topik cakap pasal benda lain, cakap benda yang diaorang suka lah sangat sebagai contoh famili, keja, kereta besar, baju dia dsb (yes, ada sedikit elemen mengampu di sini tetapi daripada korang buat dosa dengar dia mengumpat mengutuk kow kow pasal orang lain sampai korang panas hati, lebih baik cakap pasal benda-benda macam ni and the same time, dah korang dapat info fasal family, next meeting boleh sambung tanya lagi hahahaha). Kekadang aku senyap je sebab hati dah panas so biar depa tau yang aku tak suka. Aku ada perhati lah few people suka sembang topik ni so sekarang aku dah faham kenapa diaorang buat lagu tu. Itulah aku ni jahil sangat sampai aku cakap aku malas nak sembang dengan diaorang ni sebab asyik cakap pasal keja je, stress aku, padahal ada kemungkinan depa nak mengelak mengumpat. Hmmmmm...pasni aku nak switch topik ke tajuk lain daripada keja. The best topic so far are their interest and family. And golongan kumpulan kedua memang sebenarnya adalah mereka yang aku paling tak suka bersembang tetapi sekadar berbasa basi je.

Kumpulan ketiga ~ kumpulan bersosial ataupun aku panggil penghibur versatil. Depa ni jenis yang 'happy go lucky' kekadang merapu pun ada. Tetapi aku paling suka hang out dengan kumpulan ni. Most of them are very optimist with life so me likey likey. Lagi satu, when they are around, keja diaorang pot pet pot pet buat stand up comedy pun ada, suasana tu ceria je, less stress dan anda tak yah susah nak bercakap. So bila dengan depa ni, hangpa kena kuatkan otot rahang dan perut sebab jenuh gelak lah sampai tak sudah dan pastikan anda mempunyai masa yang bersenang lenang yang panjang Sebab banyak topik diaorang nak cover masa berjumpa tu hahahaha. Oh, I always smile whenever I'm thinking of my 'versatile entertainer' peers.

Kumpulan keempat ~ orang kampung aku. Another group which I love to hang out with them. Kenalan aku dari kumpulan ni adalah of course lah orang yang kampung dia dekat kampung aku, tak kira lah sebelah negeri ka, daerah ke dsb janji sound sama hahahaha. Why I love to talk with them? The reason is they remind me of my home and my family. Rasa seronok je dalam hati ni. Kalo di sini, kumpulan ni adalah kumpulan jenis mak-mak so I lagi suka u, sebab boleh sembang pasal kain baju, masak memasak, famili dan cerita penglipur lara dsb. Seperti yang dikatakan Dr Fadzilah Kamsah lebih banyak persamaan dengan kita, lagi suka kita menghampiri seseorang itu. Satu lagi, kenalan aku di sini, diaorang semua, kebanyakkan mempunyai ilmu agama tinggi so bila bersembang dengan depa boleh juga muhasabah diri dan belajar ilmu agama. Baguskan =)

Kumpulan keempat ~ jenis berpuak-puak. Oh ni yang kedua paling susah aku nak deal sebab aku ni plak sifatnya universal sebab aku jenis fleksible semuanya aku berkenalan. So keadaan menjadi susah bila kedua-dua puak ni bertembung so macam mana nak deal. Tambahan lagi, kalau menganjurkan aktiviti bersosial bersama. Kalo yang jenis hardcore berpuak, macam assabiyah pun ada, that person will never join the event. Kekadang aku pelik juga sebabnya ramai orang kan, bukanlah korang nak kena bersembang berdua pun. Pelik aku tapi itulah manusia kan. Bukan sahaja dunia itu berubah, manusia juga turut berubah.Masalahnya yang timbul bagi aku, bila aku nak kena choose aku nak pergi tempat tu dengan sapa sebab aku pun kena menumpang orang kan. Memang masalah besar, so selalunya aku pilih yang sensitip teritip dululah. Satgi, merajuk, mucung panjang mcm hidung pinochio meluat plak aku nak tengok kan hehehe.

Dan yang terakhir kumpulan kelima ~ kumpulan berbasa basi. Ni namanya kumpulan yang aku bersifat profesional lah so meaning sekadar memenuhi tuntutan lumrah manusia kena selalu bertegur sapa. Say hi gitu-gitu. Kumpulan ni aku pun takda masalah sebab bersembang pun sembang kosong je tetapi tengok oranglah kan. Tak kan lah dengan boss pun nak sembang isu tak membangunkan minda kan. But I dont have any problems with this group. Just kalo dengan aku tak siap keja je, aku mengelak diaorang ni hahahaha.

Conclusion, apa kategori kenalan dan rakan anda. Cubalah bertegur sapa dengan cara yang baik. Aku mengaku aku sendiri pun anti dengan beberapa orang tetapi aku try jugalah layan bermanis muka dengan baik tetapi diaorang kena ingat sebab setiap orang ada limit. So bagi aku, bila aku treat diaorang baik so diaorang kena lah appreciate usaha aku. tetapi kalau aku dengar lagi benda seperti kutuk aku belakang dsb. Lebih baik jumpa aku, cakap elok-elok sebab susah aku nak delete corrupted file diaorang dalam harddisk otak aku hahahaha. Aku memang senyap nampak cool tetapi senyap aku berbisa hehehe. Lagi satu, kalo korang bermasalah dengan seseorang tu, korang bolehlah bercerita tetapi janganlah korang expect orang yang dengar tu nak declare war dengan orang yg berperang dengan korang tu. Sian dia sebab serba salah jadinya kan. Mungkin boleh bercerita untuk perkongsian dan peringatan kan. Serius ni, wahh amaran keras tidak sesuai untuk tontonan dan bacaan umum hahahaha

Well, that’s all folks. Apa pun, wherever you are, whoever you met, cherish it and live your life to the fullest. 





Thursday, December 22

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur nikmat kepada tuhan yang memberi rahmat oo oo oo oo......

Astagfirullahalazim, suara sumbang siapa kah itu? Sebelum sambung cerita, hi u olls. Hari ni oops lebih tepatnya pagi tadi ketika jam pukul 7.20 am, Datin A telah call mengkhabarkan satu berita gumbira?
.
.
.
.
.
.
Ada orang masuk meminang ke?
.
.
.
.
.
.
.
.
No No No tapi kalo yes yes yes? mak lagi suka u ollss hahahaha -> ayat benggong
.
.
.
.
.
.
.
tetapi ALHAMDULILLAH tahap kegumbiraannya mencapai maxima.
Apakah pengkhabaran itu?
.
.
.
.
.
.
Mari kita lihat, siapa yang kenaaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YESZAAAAAAAAAAA, khabarnya adalah Dato M dah setuju, u ollsssssss
.
.
.
.
.

Setuju apa?
.
.
.
.
.
.
.

Namanya setuju nak p destinasi percuti terbaeksss di dunia iaitu bumi anbia, ALHAMDULILLAH syukurrr
.
.
.
.
.
.
.
.
Now, i need to buckle up everything, my lecture, my work, test and exam paper. Everything should be done before end of February, nope! to be exact is before 2nd week of february. Yes finish off everything including list of clothes to bring hahaha (sengal kan) Pasni, kena cari balik semua baju last trip, bawa keluar habis jubah and semua tu. But this time around, InsyaAllah my Algae Girl will be joining us too so I've been thinking perhaps both of us boleh jadi perempuan melayu terakhir. Kali ni, nak pakai baju kurung and I think I'll look nice and ayu gitu -> perah santan. Ok Ive made up my mind, usung banyak baju kurung dan beberapa helai jubah kali ni. Tudung? nak pakai jenis lilit sebab kali ni my sister yang terer lilit melilit ada. Datin A pun terer tapi dia malas nak layan karenah anak dia yang ngades ngades feces kuda ni hahahha.




Tuesday, December 20

Ku sangkakan ranting pokok, rupa-rupanya.....

Hi there,

Mari kita mulakan esei hari ini dengan menyambungkan tajuk post kali ni...

Ku sangkakan ranting pokok, rupa-rupanya ULAR jatuh ke atas bahuku (oh yessss bebeh) ha, ular OK, sekali lagi ular, U.L.A.R. - siap eja lagi.

Arakiannya, kisahnya bermula di satu petang yang indah seusai men 'set up' dewan untuk upacara majlis penutupan kursus induksi pelajar. 3 jejaki 'kachh' berehat sambil enak menjamu selera minum ayaq nyoq dan BBQ chicken wings di bawah pokok menikmat bayu laut. Salah seorang jejaki ini terasa sesuatu menimpa bahunya dari atas dan berbunyi 'buk' lalu terus 'benda itu' jatuh ke bawah kerusi. Jejaki yang turut dikenali sebagai Minah Vp ini tidak mempedulikan 'benda itu' kerana disangkakan ranting kayu sahaja. Tetapi dikejutkan oleh jeritan sahabatnya di sebelah

Jejaki N : Apa tu????? -> sambil melihat di bawah kerusi
Minah Vp : Apa dia?? sambil melihat di bawah kerusi jejaki N dan tiba-tiba terus tersentap oh mak engkauuuu tetapi mendiamkan diri lalu terus berpaling ke hadapan dan secara automatik kaki juga turut diangkat.
Minah Vp : Alamak, dah pergi ke belum?
Jejaki N : Tak tauuuuuuu
Jejaki H : Apa hal korang dua ni?
Jejaki N : Ulauuuu
Jejaki H : Mana? dan tiba-tiba nampak 'the culprit' terus mem'blah' kan diri setelah kehadirannnya disedari

Jejaki H terus memanggil abang gerai sambil 'lodge report' sekali dan abang gerai tanpa membuang masa terus menjejak kasih ular tersebut.

Minah Vp : Nasib baik, ulaq lidi, kalo hat len tadi, Aku rasa aku dah melompat panjat pokok dah.
Jejaki N : Ish giloss siott terkejut tadi.
Jejaki H : Aiiii, panjang gilak..sik bahaya kah ular tok?
Minah Vp : Sik, nya sik patuk orang, kamek dulu kecik-kecil selalu jak jumpa. Yang penting, kita tak kacau dia dan dia tak akan kacau kita
Jejaki H : Aiiii, nebes kamekkkk
Jejaki N : Aiii, orang lagi nebes, sebelah kaki
Minah Vp : Oii, ni mangsa kejadian ok, ular tu landing atas bahu lagi. Kalo dia buat transit lama bahu tadi, mau korang kena bawa cek p spital. EEeeeeeeeeeee geliss siottt

P/S : Moral of the story, korang jangan makan bawah pokok. Kalo nak makan pun, pandang atas, check line clear or tak. Tetapi mak tobat nyahhhh, bayangkan ular di bahu ku???? oh tidakkkkk


inilah rupa ular lidi, saiz dia pun lebih kurang panjang dan besar gini



Monday, December 12

Gerhana Bulan dan Gerhana Hatiku


Salam and hi readers,

Hari ni hujan, sejukkkk je. Hujan itu rahmat  :)

Hari Sabtu hari tu.. Malaysia dapat rezeki sekali lagi sebab dapat tengok gerhana bulan dengan jelasnya tetapi sian kat aku sebab sini berawan so tak dapat den lihat. Punyalah usaha ni, parking port cantik sebelah tingkap sebab dah excited giler coz di sini by 7 pm tu bulan nampak dengan terang, jelas dan nyata (bacaan izhar halqi ~ aku bljr sekolah arab dulu). Sambil tunggu, dahaga pulok, aku gi lah dapur jap, pastu parking balik tepi tingkap. Aiseyman, mana hilangnya bulanku..oh bulan siap nyanyi mcm Yuna lagi. Rupanya bulan terlindung di sebalik awan. Aduhai gerhana sungguh hatiku ini. Bila difikirkan balik, selesai analisis, rupanya niat terpesong skit sebab excited tengok bulan, lupa amalan sunah ketika gerhana ini iaitu solat sunat gerhana. So takpe lah tiada rezeki bagi hamba dan den harap kome semua dapatlah nengoknya la ye.

Satu lagi, udahlah den tak dapat nengok gerhana bulan. Sekali internet buat hal ke kali dua ploh riban kali. MasyaAllah, menyirap darah, oksigen, plasma dan hemoglobin darah den. Yang mas'e'lahnya, den siap turun opis time weekend sebab nak buat keja, sekali LAN pun problemo. Adus stupido betul lah ICT ni. Takpe lah, den pujuk hati sebab alhamdulillah den dapat setelkan borang SKT, marking lab book dan question paper den. Tetapi kesian den dekat budak- budak den. Masuk kelas tadi, den buat pengumuman skit

Minah : Sorry guys, today lecture might be kinda boring since I don't have many interesting pictures to share with you. Well, I guess you know what happened in last two days so I think it wasn’t my fault. It just that they are awayyyy behind in providing good services to us.

Wah, sekali ramai lah bersetuju 100% dengan kenyataan aku. Nak buat mcm mn, meme (kelantan) kenyataannya.Tak faham aku dgn maslh diaorg, dari aku masuk keja, pergi study, balik study, ni, dah nak pergi study lagi, sadly, their services still macam hampeh lagi. Upgrade sana upgrade sini katanya tetapi macam tu juga lah hasilnya. Tak membangun sungguh lah. Tolong lah tolonglah. Broadband? sini coverage pun idak ler bagus sangat, so daripada aku membazir membeli broadband yang akhirnya coverage macam hampeh juga, lebih baik aku tahan hati tunggu connection free ni hehehe ~ bukan berkira tetapi berjimat cermat occay :)

Negatif sungguh post aku pagi yang sejuk gedi ni hehehe. Tetapi wahai kengkawan, ceria-ceriakan hari ni anda ye sebab we still have 4 days to go until TGIF. Announcement skit, this week and next week aku busy giler almaklumlah kursus dok menunggu je untuk dihadiri. So till then, kalo ada masa, adalah aku merapu di sini. Adios amigos and have a nice weekdays? hehhehe


dari paper Utusan Malaysia (diambil di JB)


Thursday, December 8

Shuushhh lets reveal it

Salam and hi there,

Ewah, tittle macam 'kenj' je bunyi dia hahaha. Aku dah cakap hari tu nak share kan benda-benda yang aku tempek dan simen kat muka aku kan so malam? pagi? ni (case tidur depan laptop), lets reveal it ~ perasan artis kunon


SKII FT Skin Regime + Olay Microsculpting Cream

My Favourite things ~ T3 Mycin Acne Gel (the best 'magic pimple gel', u shud try it)

Retina A Cream for acne scar and wrinkles (good review on this product online) ~ terpenyek dah sebab dah lama guna
ST IVes Eye Gel ~ untuk fine lines bawah mata (x beberapa minat sejak jumpa Retina A, so sekarang dok pulun menghabiskan benda alah ni)

 






























The Body Shop Seaweed Matifying Moisture Lotion SPF 15  for oily skin












 
Miyame Foundation Pressed Powder ~ you can get it from Cosway and very cheap but it works very well with me (dah 3 years tak beli compact powder sebab Datin A supplier tegar bagi product ini hahahaha)
Stage Make up Collection + Maybeline Clear Smooth Aqua Gel Foundation (malas nak upload gambar)

Losyen Yusmira Halia Bara as my slimming cream ~ paling suka pakai time sejuk, rasa best je sebab panas hehehe
,
 Ni mesti korang gelak juga bila tengok aku pakai bedak Miyame kan (ke aku perasan sendiri hahahhaha). Long time ago, aku ni die hard fan bagi MAC so memang mengangkut compact powder dan barang-barang make up dari brand ni tetapi Datin A obsession terhadap bedak Miyame menyebabkan aku malas nak beli compact powder MAC dah. Sebab? sebab sebelum habis je pakai compact powder, dia dah siap tolong 'top up'. Itulah pasal dah 3 tahun aku tak beli compact powder hahahahha. Pastu aku suka plak barang-barang Stage, so now dah beli skit demi skit make up dari Stage (bila lah nak habis MAC Fafi eye shadow palette aku tu). Foundation Gel atau concealer plak aku plan nak tukar guna Bobby Brown punya sebab last time kebas skit dari mama (auntie), memang terus rasa jatuh hati. My cousin yang ala-ala mak andam tu pun suh pakai yang tu.

Supplement? wahhh, ini lah favourite drink aku (takda gambar sebab malas nak amik) Cocoa Collagen Power Plus. Dalam market, inilah produk collagen rasanya antara yang termurah tetapi korang kena hati-hati sebab lately dah banyak tiruan. So beli dari pengedar yang sah hehehhehe. Every morning before breakfast, makan one sachet. Aku dah telan collagen ni almost 1 year. Feedbacks? aku bagi double thumbs up, memang nampak perbezaan dia. Apa dia? korang pergi lah google CCHP ni dah tengoklah khasiatnya dan for me as i always said, it works very well with me. Kalo korang? boleh cuba lah kasi try dulu sebab tak mahal pun. Barang murah tak semestinya tak berkesan ye dan rasanya korang mesti juga takut kot-kot la minuman ni ada side effect bla bla dsb. Jangan risau, boleh check sebab brang ni memang mendapat kelulusan dari kementerian kesihatan. Cuma again as reminder, locate stokis or pengedar yang sah ye. Boleh visit site ni dan kalo nak beli, ini lah supplier aku ~ bagus servis yg diberikan dan stokis dia dari Butik Idaman, Seberang Jaya, Penang.

Well, that's it folks. Rahsia kecantikan? 'ke anggunan' ku (perasan skit). Kalo bermanfaat untuk anda, boleh mencubanya tetapi seperti yang dikatakan dalam buku '1001 to stay young naturally', (sekarang tengah baca) exercise + balance diet + good rest is the secret. So yang lain-lain additional je for maintenance.



Wednesday, December 7

Bang!!!!

Salam and hi readers,

Semalam time tengah lunch kat sebuah restoran, kami semua yang sedang enak bersantap dikejutkan dengan satu bunyi

BANGGGGGGG!!!!!!! DUSHHH

Allahuakabar kabiro......spontan aku menjerit sebab tengok seorang budak lelaki dlm umur 9 tahun kena langgar kereta depan restoran tu. Ya Allah, bangun semua orang dalam kedai keluar tengok budak tu. Alhamdulillah, nasib baik kereta tak laju sebab jalan sesak time tu. Budak tu pas kena langgar terus bangun berdiri macho tapi muka dia memang tergezut ~ yalah tak kan nak bangun tepuk tangan plak kan.

Nasib baik juga, adik dia yg ada situ, tak kena sekali. Aku rasa ini mesti case diaorang lintas jalan tak tengok kiri kanan jalan. Rumah dia first floor atas restoran tu, pastu mak dia dengan selamba marah-marah dari tingkap rumah tapi tak turun lagi tengok anak dia yang kena langgar ni. Aku ni cukup pantang lah perangai orang macam tu. Kalo aku lah, confirm aku berlari laju 'flashman' tengok anak aku macam mana. Ini idak tuan-tuan dan puan-puan semua, mak dia buat selamber dek je sambil turun tangga lagak relaks. MasyaAllah, sabau je den tengok perangai. Then, yang aku pelik lah, diaorang tak cepat-cepat pergi klinik ke or hospital ke. Boleh dok pot pet pot pet tepi jalan and marah anak dia yang masih terkejut tu. Aku pun pot pet pot pet berleter kat meja makan ni, hahahhahahaha. Sian kengkawan dok makan sekali. Pastu kawan aku mek pun geram tengok diaorang, dia suh aku gi sound mak dengan driver tu tak reti ke nak pergi clinic yang depan tu je?

Nasib baik, pas mek cakap kat aku, diaorang pun gerak, ewahhhh ~ selamat aku hahhahaha. Tetapi di sini kengkawan, aku nak ingatkan korang semua dan aku juga sekali. Bertindaklah rasional masa kecemasan , jangan lah mengikut emosi. Aku kesian sungguh tengok budak tu, dah lah eksiden, kena lagi marah mak dia. Satu lagi, budak adalah budak bukan org dewasa, so banyak tindakan dia level budak-budak lah. Kalo diaorang buat salah eg bagi tumpah air kat kedai makan, aku rasa tidaklah perlu ditampar dan dimarah sekuat hati yg boleh memalukan dia depan semua orang. Nak marah pun, marah slow-slow ye. Sian kat depa taww!!!