Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Monday, December 12

Gerhana Bulan dan Gerhana Hatiku


Salam and hi readers,

Hari ni hujan, sejukkkk je. Hujan itu rahmat  :)

Hari Sabtu hari tu.. Malaysia dapat rezeki sekali lagi sebab dapat tengok gerhana bulan dengan jelasnya tetapi sian kat aku sebab sini berawan so tak dapat den lihat. Punyalah usaha ni, parking port cantik sebelah tingkap sebab dah excited giler coz di sini by 7 pm tu bulan nampak dengan terang, jelas dan nyata (bacaan izhar halqi ~ aku bljr sekolah arab dulu). Sambil tunggu, dahaga pulok, aku gi lah dapur jap, pastu parking balik tepi tingkap. Aiseyman, mana hilangnya bulanku..oh bulan siap nyanyi mcm Yuna lagi. Rupanya bulan terlindung di sebalik awan. Aduhai gerhana sungguh hatiku ini. Bila difikirkan balik, selesai analisis, rupanya niat terpesong skit sebab excited tengok bulan, lupa amalan sunah ketika gerhana ini iaitu solat sunat gerhana. So takpe lah tiada rezeki bagi hamba dan den harap kome semua dapatlah nengoknya la ye.

Satu lagi, udahlah den tak dapat nengok gerhana bulan. Sekali internet buat hal ke kali dua ploh riban kali. MasyaAllah, menyirap darah, oksigen, plasma dan hemoglobin darah den. Yang mas'e'lahnya, den siap turun opis time weekend sebab nak buat keja, sekali LAN pun problemo. Adus stupido betul lah ICT ni. Takpe lah, den pujuk hati sebab alhamdulillah den dapat setelkan borang SKT, marking lab book dan question paper den. Tetapi kesian den dekat budak- budak den. Masuk kelas tadi, den buat pengumuman skit

Minah : Sorry guys, today lecture might be kinda boring since I don't have many interesting pictures to share with you. Well, I guess you know what happened in last two days so I think it wasn’t my fault. It just that they are awayyyy behind in providing good services to us.

Wah, sekali ramai lah bersetuju 100% dengan kenyataan aku. Nak buat mcm mn, meme (kelantan) kenyataannya.Tak faham aku dgn maslh diaorg, dari aku masuk keja, pergi study, balik study, ni, dah nak pergi study lagi, sadly, their services still macam hampeh lagi. Upgrade sana upgrade sini katanya tetapi macam tu juga lah hasilnya. Tak membangun sungguh lah. Tolong lah tolonglah. Broadband? sini coverage pun idak ler bagus sangat, so daripada aku membazir membeli broadband yang akhirnya coverage macam hampeh juga, lebih baik aku tahan hati tunggu connection free ni hehehe ~ bukan berkira tetapi berjimat cermat occay :)

Negatif sungguh post aku pagi yang sejuk gedi ni hehehe. Tetapi wahai kengkawan, ceria-ceriakan hari ni anda ye sebab we still have 4 days to go until TGIF. Announcement skit, this week and next week aku busy giler almaklumlah kursus dok menunggu je untuk dihadiri. So till then, kalo ada masa, adalah aku merapu di sini. Adios amigos and have a nice weekdays? hehhehe


dari paper Utusan Malaysia (diambil di JB)


Thursday, April 21

Mengapa Kita Malas Solat??? Apa Kes??

MENGAPA KITA MALAS NAK SOLAT....SAKIT APA TU...?

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang......

Apasal la engkau malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang....

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...

Kenapa la engkau malas sembahyang,
Main bola engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la engkau malas sembahyang,
Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang. ..

Apasal la engkau malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la engkau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!

p/s : I got this dr site ustaz shumy and it is a good one macam pantun and a good reminder for all of us termasuk aku lah, subuh kekadang terbabas juga huhuhu