Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 14

Tidur Yang Nyenyak

Hi all,


Apakah ubat tidur yang paling mujarab selain daripada yang memang ternyata nama dia sleeping pills

Yeah, tanpa di sangkal lagi, ia adalah UBAT BATUK

Batuk aku ni makin menjadi bila time malam sampai dah penat aku rasa nak membatuk kan diri ku ini

So, as usual konpom lah kena telan ubat kan

Bila telan ubat batuk tu, tak sampai 15 minit mesti aku dah zzzzzzzzzzzzzz

Selamatttt, bila dah bangun tengok-tengok ohh dah subuh rupernyaaa

Efectiveness ubat batuk ni memang lah hebat tahap cipan, that's why aku tak minum time keja

Kalo tak, konpom boss aku hantar 'surat cinta' kat aku hehehehe

So alkisahnya penangan ubat batuk ni menyebabkan banyak benda aku tak leh buat, asyik tertangguh je, mana idaknya, asyik membuta je. Kalo dah di ofis, sibuk pergi meeting and kelas. Time malam je lah aku nak buat keja, ini dah dok asyik kena telan ubat batuk je, bila lah gamaknya keja aku nak siap nihhh..Tensen ooohhh dik nonnn

So weekend ni aku kena pulun siapkan 2 set exam paper (yg memeningkan sebab kena pastikan every question mencapai setiap LO), 1 set Test 2 question paper dan of course lecture notes aku. Nak study lagi untuk IELTS n research proposal. Wahhhh manyak benda woooooorrr

Ok amigos, moh lah kita buat kejoooo


siann dierrr





Thursday, January 12

Sexy Voice

Hi there,

I gotta sexy voiceee yeahh 

ayoyoo geds n kenjj sunggoh lah tetapi itulah hakikatnya

I gotta sexy voice started yesterday akibat batuk-batuk 'manja' ku

And thanks to collegues, boss and frens, i'm touched  with their concerns, Dr A siap nak beli daging burung apa ntah bagi haku makan hahaha omo omo baekkksss sunggoh ~ ni rasa nak sakit selalu ni hikhikhik

And ramai juga yg suka call opis sebab nak dengar my sexy voice hikhikhik

Sampai ke satu tahap, kena whispering sebab kalo tak, asyik tersekat-sekat macam brek x makan daa

Yang pasti akaks dah boleh duet dengan akak sorang niiii hehehehe

auwwww ella tak sukee leee




psttt dlm sakit pun, sempat rembat handbag C baru hikhik




Sunday, January 8

Cold


Sore throat, running nose, muscle pain aishh what else??? baru je nak mula exercise semalam tetapi dada rasa sakit maybe dah lama tak trekking. Short breaths semua ada. We went very slow yesterday and carefully putting our steps since it was very wet sebab musim monsoon sini kan. Balik je trekking, OMG terus nak pengsan and demam. Nampak sangat dah tuaaa hehehhehe. Nvm, hari ni berehat bagi demam kebah skit and tomoro baru p jungle trekking balik. Sian my Jungle Buddy, takpa esok saya akan pi juga. InsyaAllah. Hari ni rest sambil buat lecture notes and practical handout dulu.


Saturday, January 7

Project Runaway Part 1

Salam and happy weekends u olls,

Semalam baru chit chat dgn my sis, Algae Girl. We discussed on how we should wear our scarf masa umrah nanti ~ Niat agak terpesong nihhh, dak aihh aku teringin nak pakai tudung ni, actually lagi bagus dari trend tudung aku pakai sekarang, lebih menutup auuratt. She planned to wear tudung indon yang bercorak cantik-cantik but I asked her to try some other style. Since InsyaAlah next month adalah musim sejuk, I suggest we try pashmina tetapi tengok maybe tudung syria bidang besar pun ok juga kot. Yang penting tebal, jangan plak yang nipis transparent, mau Pak Arab jeling semacam je ~ Eh, tak yah tunggu Pak Arab, kat rumah aku pun, Datin A mesti buat panahan menusuk kalbu hehhehehe. 

boleh cute macam ni juga tak? hehehe ~ adesss lupa daa dia umur 16 belasss, haku? baru  19 belas hahhahah

So meaning lilit melilit lah kan kalau pakai scarf macam ni. Actually haku memang suka giler tudung Najwa Latif time Juara Lagu hari tu. So cara nak melilit tu diserahkan kepada Algae Girl untuk cari caranya tetapi akaks dah men'try' di rumah hehehehe. La rupa-rupanya senang je tudung Hana Tajima ni. Pin kan hujung, pastu ha lilit lah pusing sekeliling kepala tetapi jgn sampai tercekik sudah hehehe. So tugas membeli tudung diserahkan kepada Algae Girl sebab dia study kat negeri stok tudung hahaha. Aku suruh beli pashmina hitam and cream, pastu tak dilupakan awning scarf sekali. 2-3 helai cukuplah sebab banyak pakai telekung nanti. Call Datin A semalam, she said balik rumah kita buat runaway show baju dan tudung yg nak bawa pi hehehehe. Ooopss my mom jenis sporting bab-bab ni sebab anak-anak gadis dia yang kenjjj telah influence dia sekali tetapi yang penting bersopan katanya. Jangan pakai tudung, tayang betis kat orang mcm kes dik nons kat bawah ni.Tahulah semangat kesukanan tetapi pakai short. Haizz nauzubillahiminzalik, moga akaks juga dijauhkan daripada buat perkara yang sama. Aminn.

Kalo aku buat mcm ni, Datin A konpom ligan buat marathon keliling kampung aku sambil libas dengan rotan hehehehe


O0ppss dah 3.30 pm, time to go wandering along the Tanjung Batu trek lalalalalalallalallala



Thursday, January 5

My Coming Soon CNY holiday ~ Semporna

Pulau Bohey Dulang





Bot Sabah Park

Mindblowing !!! but it's only can be seen from hilltop

Wow weee birunyaaa

Salam Jumaat semua,

Baru habis meeting tadi, so ingat nak singgah kejap di sini nak chit chat pasal my coming soon CNY trip, InsyaAllah.. mudah-mudahan berjalan lancar trip kali ni. Sebenarnya trip kali ni adalah sebahagian dari kerja outstation aku. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangatlah, sebab walaupun pahit maung kerja outstation ni, terselit juga keindahan dan kemanisannya. Selain daripada penat lelah nak menjelajah tempat asing, dalam masa yang sama, dapatlah menimba pengalaman. (selain drpd dpt semuanya fully sponsored hehehehe). Berbaktinyaaa akaks demi negara. Setakat ni alhamdulillah, hampir lah 80% Sabah dah aku jejak kecuali Kudat je belum sampai. Yang lain dari Sipitang sampai ke Semporna (for next trip) aku telah jelajah. `TV3 ada Jelajah Joran, akaks ada Jelajah Minah Vp` ~ kelas nyahhh hehehhehe. Of course lah kalo sebelah Borneo ni semua kena naik flight sebab besauuuu. So dari twin otter, foker dan kapal terbang Boeing tu akak dah naik ~ yang paling besauu pernah naik bila pergi umrah lah, Saudi Air, tetapi kenangan menaiki twin otter lah yang paling mendebarkan hehehhehehe ~ Kalo rajin, akaks citer ye dik nonnsss.

So kerja apa yg aku kena outstation ni? kerjanya tengok student betul berpraktikal atau tidak hahahahha ~ jadi spy uuu, buat lawatan muhibbah selain daripada menyebarkan network dengan industrial agencies kat luar. So, 'kekadang' lepas kerja, aku tak nafikan, aku menyelam dan minum air lah. Bukan senang nak sampai tempat ni kan, so ambiklah kesempatan jalan-jalan tengok tempat orang tapi ingin diingatkan akak mintak izin boss dulu occay. Kalo boss tak approved akak tak buat hehehhe. So tungguuuuuuuu gambar sensasi aku after CNY ye but for now enjoy dulu gambar-gambar kiriman my students yang sedang praktikal di Taman Tun Sakaran, Semporna, Sabah bahhhhhh.

Mampukah dia?

Salam and morning,

It is 1 am and yet 'burung hantu' ni tak boleh nak lelapkan mata. After few hours catching up dengan Minah Vg tadi, bateri aku still fully charged lagi hahaha. Pastu teringat lah my cousin bro yang nak pergi Bandung dan Jakarta next week. So seperti dia sedia maklum, haruslah dikhabar berita ni kepada cousin dia shopaholic tegar ini. Setelah aku surf semua FO di Bandung tu, so aku dah siap dengan list pesanan penaja tetapi yang aku risaunya mampu ke dia, dik nonnsss wei. Walaupun dia pun shopaholic tegar macam aku tapi hmm risau plak aku kan. So here goes the list

1) Perfume Marc Jacob- Daisy, Gucci Rush Gold and satu lagi ikut kesedapan hidung dia
2) Muslimah Swimwear - yang ni aku still dok fikir lagi, ok ke kalo dia beli ni?
3) Handbag
4) Telekung sulam japanese cotton - 2 pasang
5) Baju kebaya Sulam Manik Labuci

Aku rasa aku yang patut pergi ni bukan dia hehehehehe

Monday, January 2

Leaving On A Jet Plane

Salam semua,

Adus ngantuks....almaklumlah seperti biasa, kalo hadap kerja yang ilmiah ni, konpom suis tersenguk ngantuk tu automatik ON. I still have few notes which I need to go thru but then untuk mengelak aku buat head banging kat laptop yang tunggu masa nak melingkup ni, baik aku meloyar dulu kan ~ excuses utk ngelat dan beli laptop baru hehehe. Neway, akaks ingat nak sambung je post trip umrah tapi rasanya nak citer dulu pasal 'ladies nite out' yang akaks organize hari tu. So yang diraikan ada 3 orang; 2 orang menamatkan karier diaorang di sini and another one will be leaving for pursuing her PhD (pasni aku kena pulun cepat-cepat untuk turn aku plak). Semuanya pangkat akaks dengan I occay hehehe nampak sangat nak inform kata dia muder ~ piirahhh hehehe

Sedih tak? hmmm, nak kata sedih tu, sedih lah juga tapi akak maintain cool lagi lah hehehe sebab dah biasa dengan pertemuan dan perpisahan. Hidup dengan kerjaya macam ni, macam dah biasa plak bab-bab ni, bak kata pepatah lama, cewaahh 'pertemuan dan perpisahan tu adat manusia biasa'.Mungkinkah sebab dah 'muda' ni so perasaan tu rasa macam dah biasa plak. Ntah lah pandai-pandai lah tafsir sendiri kan. So, di mana kitaorang pi melantak? setelah mengundi pangkah dan tick, so kami pun sepakat pi serbu Secret Recipe ~ kelas lah tu dik non oii, sini bukan KL or Penang, kira occay lah kan. Kalo ikutkan hati, nak je aku Italiannese ke, Fish and Co ke, Wendy's ke, Chillys ke tapi berpada-padalah kan, mana cekau tempat tu di bandar koboi ni =). So here, nak share lah gambar-gambar kitaorang yang mude n remaje ini hehehe. Exclusive ni sebab ni first time masuk gambar akaks hehehe.


Puan Z and Cik S sambil layan wedding's album Dr A

They just got their PhD - Dr R (leaving) Dr A and Dr W ~ wow wee, aku plak biler???

Pn M, Cik N and Pn N (leaving)

Ngappp, Chicken Lasagna tapi roti dia erkkk cam roti aku beli kat bai roti di kampung aku jerr

Ni pehal lah Dr W ni pandang atas, konpius den and from left Dr W, Cik Minah Vp, Cik J (leaving for PhD) and Cik C.