Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 5

Makan dan Tentang Dhia

Salam and hi readers,

Monday blues kan hari ni. Aku plak, Monday means classesss from 8am till 5 pm. Ada lah break di tengah-tengah tu kan untuk makan dsb.Kali ni aku bukan nak citer pasal Monday Blues la la blue tetapi citer kisah nafsu makan yang tidak terkawal ni. Mai kita tengok apa aku makan hari ni :


7 am : 1 glass  CCPP supplement drink

9.45 am : Laksa Sarawak + Teh O Ais

12.30 pm : Nasi goreng kampung + Kopi ais

4.30 pm : Milo ais

6.30 pm : Nasi putih + ikan kembong (2 ekorrr) masak hitam + green tea

Kira punya kira, jumlah kalori = 2000++  kalori

AMEKAWWW - kalo macam ni punya case, haishh memang menuju zaman kemeruduman diet ku

Satu lagi, aku baru tengok citer kisah Tentang Dhia, hmm aku rasa lah melampau KOYA dah jalan citer ni. Merapu sungguh dan menyampah sungguh lah aku dengan Dhia. Aduhai memang agak tak logik dah jalan cerita, ingat kan citer islamik tetapi kalo macam ni punya gayalah. Memang lah totally OUT lah. Aku paling puji citer bulan Ramadhan dahulu, sangat menginsafkan. Tetapi kekaguman dan ke 'excited' an aku nak tengok citer Tentang Dhia ni, makin hari makin menjunam dengan jayanya. Kepada penulis skrip, sorry to say, ingin saya katakan anda 


KOYA!!!!!!!!!

Sunday, December 4

Quest I

The League of Extraordinary Mimot Updates

1. Kagoshima University, Japan ~ status : 2nd consideration with Dr Miguel help

2. University of Stirling, Scotland ~ status : considering my colleague contacts

3. University of Aberdeen, Scotland ~ status : awaiting reply

4. University of Barcelona, Spain ~ status : awaiting reply

5. WageningenUniversity, Netherlands ~ status : red lights, IELTS band 7 and interview

 
6. University of Reading, England ~ status : further discussion with potential SV on research topic

 
7. Nagasaki University, Japan ~ status : forwarding offer letter to KPT for consideration

 
8. Swansea University, Wales ~ status : potential SV unavailable and received +ve reply from graduate school

Considering :-

9. McGill University, Canada - KIV since they need GRE and TOFEL

10. University of Edinburgh, Scotland - awaiting reply

11. University of London, England

Smart is the new sexy

Hi peeps,


Woke up this morning and think abt something to heat up the day and i found the right formula with them



i'm hooked

laughter is the best medicine and of course everyone knows it. So jom tengok, double-galaxy-milky ways- 10 star hilarious


Saturday, December 3

Tre'Semme, St Ives and Montagne Jeunesse

Hi peeps,

Hasil tuaian dari Guardian tengah hari tadi

TreSemme Anti Breakage Shampoo and Moisture Rich Conditioner

Sebelum ni, aku guna shampoo brand lain tapi sejak dua mejak ni baru perasan  ada split end la. Aisyeman, so tadi kebetulan pergi guardian, wah Xmas sale. So mata ni naik ‘syeh’ la, sakan nak pilih toiletries. Mula-mula beli shower foam dulu. Pastu baru survey cari shampoo yang sesuai. Ingatkan nak  try Loreal Repair 5 yang Aishwarya Rai dok sakan promote kat TV tu. Tetapi aku dok usher juga brand lain yang recommend by professional gitu..Studio, shurei pastu nampaklah sale dekat brand tre’semme ni. Memang murah lah berbanding normal price, almost 50% off. So apa lagi, tunggu lagi? Rembat terus dan sangat berbaloi sebab kuantiti 900 ml so boleh tahan lama. Sampai je rumah, terus meng’test’ product baru, excited gitu. Cuci rambut dan pakai conditioner. Wangggiiii bak kata Mat A and lembut sangat rambut ku ini, hikhikhik. So mintak-mintak lah berkesan shampoo ni. Aku rasalah nak kena pi saloon potong skit hujung rambut dan buang bahagian split end tu dulu, mungkin rambut lebih senang terjaga lepas ni. Satu lagi, aku pakai minyak zaitun juga.


Hasil tuaian dari Watson pulak

Montagne Jeunesse Peel Off Masque and Aromatheraphy Masque

Lately, aku minat sungguh dengan variety of masks dari Montagne Jeunesse ni. Sudahlah banyak satu peket ni, so boleh 2-3 applications. Pastu suka lah bau dia, so far dah try pakai mask made of from promegrante, papaya, apricot dan apa ntah dah lupa. So malam ni, nak try yg aromatheraphy punya hikhik. Satu lagi peel off yang paling aku suka adalah Garnier Lemon yang peket kuning tu. Memang aku suka pakai bila rasa muka sangat berminyak dan kotor. Rasa bersih je bila peel off mask tersebut dan SKII Treatment Mask ku reserve for special occasions.  For those yang gunakan SKII FT Mask ni, aku nasihatkan  essence yang lebihan dari mask tu boleh disimpan dalam fridge dan beli mask sheet yang baru dan celup balik dalam lebihan essence tersebut. Korang yang pernah pakai mesti dah sedia maklum, mask dia memang gila-gila basah dan menjejeh essence bila dipakai. Daripada korang membazir, lebih baik simpan dan guna lagi untuk kali lain. Almaklumlah u olllsss, mak bukan ada kilang cap duit, kalo ada, idaklah mak jadi begini berjimat cermat. Satu lagi my favourite scrub jeng jeng, sila scroll di bawah


ini diaaaaaaaaaa


My favourite things - St Ives Apricot Scrub Invigorating Face and Body

Serioulsy, so far ramai yang komen wangiii. Pastu ada member sleep over kat rumah, dia puji scrub ni lepas guna. Siap tanya nak beli mana, actually boleh je beli di mana-mana drugstores tetapi last time aku beli scrub ni tinggal satu ni je. Nasib aku baik and time tu sale plak, memang cepat habis.  SA tu cakap hot stuff ni kat guardian sini. Butiran scrub dia agak kasar skit so kalo muka da jerawat, janganlah hangpa pi tonyoh tang tu pulak (rasanya time muka naik jerawat, amat dinasihatkan jgn pakai scrub). Tetapi so far setelah 2-3 bulan guna, alhamdulillah bagus. Member pun puji, (citer benar) time dia tolong masage badan, dia cakap lembutnye kulit mu...Mu pakai ngapo? hahahaha terloncat aku lari masuk bathroom pastu buat iklan free untuk St Ives. Satu lagi kelebihan dia, banyak dan 2 in 1 (body and face). 

Skin regime aku adalah seperti biasa dan aku memang diehard fan SKII dari cleanser, toner and essence dan mask tu selalunya aku dapat sebab free bila angkut stok RM199 SKII Miracle Water tu hahahhaha. Datin A pun pakai SKII so aku sebagai supplier kena bijak lah membeli bila ada promotion. Apa lagi? aku share nanti  lah bahagian supplement, SKII skin regime dan body toning. 


See u when i see u =)


P/S : Kulit aku ni idaklah mabeles semacam Kak Poziah tetapi so far alhamdulillah nampak perubahan bila aku pakai barang-barang ni. Perhaps u olls, would like to give it a try, maybe it will work for you too kan. InsyaAllah.


Pizza Hut Deal and Bloated Me

Salam and hi there,

Excuse me, Me FIRST! => tu lah ayat aku time aku sound amoi potong queue aku kat Pizza Hut tadi, hehehe eksen noo...woo mana aci, aku mai dulu kan, siap terpacak depan counter and then dia dengan muka kerek terus cakap kat budak amik order tu 'take away'. Mau la pastu aku buat jelingan maut sambil cakap " Excuse me, me first ya, its my turn!" and then dia dengan muka tergezut '" ok ok, u first'. Itulah jgn main-main dgn aku, nmpk je muka manis macam teh C special tapi wuishh kalo aku naik hangin, maka angin sepoi-sepoi bahasa tadi akan bertukar ribut tropika hehehe

Cukuplah citer aku sound amoi tadi, la ni aku nak citer kisah buruk lantak diriku ini. Pagi tadi mula pkl 8 am aku pi serbu immigration untuk renew passport aku. Ada ka 3 hari system down, hampeh betul la immigration ni. Apa daa....Anyway, alhamdulillah dlm pkl 12pm dapat lah passport baru aku tu dengan  gambar segak skit dari passport lama hahaha. Breakfast pagi tadi aku makan mee jawa and sambil dok tunggu passport proses, aku pi lah guardian and watson beli toiletries. (Later aku buat post pasal shampoo baru aku). Pastu balik je immigration dalam pukul 1 pm, kira perut maintain lagi lah sambil dok layan citer hindustan 'Houseful" kat tv2. Gila siok citer ni, aku recommend korang tengoklah. Lawak gila babeng sampai bergolek-golek lah aku gelak hehehe.

Habis citer hindustan dalam pukul 4pm. Oh sudah, lapauuu daa. Udahlah hari hujan sepanjang hari, mula lah buat mengidam macam-macam. Sekali teringin makan pizza daa, mula-mula pi ATM sebab dah habis duit buat passport dlm 300 ratus, kenalah tekan lain kan. Pastu sampai Pizza Hut tengok ada good deal lah




Aku pun sebab lapau dan sampai tahap mentakedarah maka aku pun terjebak dengan hot deal ni. Balik rumah makan 2 keping pizza dengan setengah lasagna, sudah burrppp (erkk, excuse me) alhamdulillah  kenyang lah. Kepala aku mula lah pening sebab aku makan benda berlemak macam lasagna tu. Pastu dok termenung tengok pizza yang sekotak tak sentuh dan 4 keping lagi. Ha, sapa nak makan ni? time ni lah mengutuk diri sendiri. Pastu aku pun rasa nak buat amal jariah, aku sedekah lah kat budak-budak tepi rumah aku tu. Panas-panas lagi, suka hati aku dengar budak-budak tu menjerit excited dapat makan pizza free hehehe. Anyway, guys it is a good deal so grab the offer ya and it's still on until 15 Dec. So go to Pizza Hut near you. Ewahhh, dah macam budak pizza plak.


Friday, December 2

Torn between 2,3.4

Salam and hi readers,


Dalam dok sibuk attending meeting and seminar, sempat juga aku buat lawatan muhibbah ke blog shopaholic ku. Nak buat camno, itulah cara mak release stress nyahhh....(dan release duit juga lah). SO now masalahnya, i am torn between two,three hmm four. Ladies, what do you think, shoud I go for this one 

RM400 plus and quite big

or this one
RM500 plus with nice colour and sequin

or another one, which is

RM500 plus and darnnnn, i love this colour :)


and the last choice will be 

oh yeah yes ladies, RM500 plus Kate Spade~cowhide leather hmmm


So, which one should i choose
Kalo aku kaya, dah lama aku sapu semua hahhahahahha ini masalahnya kaya dgn roti kaya je lah


Hari ni korang nak buat apa?

Salam and morning peeps,

Hari ni korang nak buat apa?
.
.
.
.
.
.
HAKU????
.
.
.
.
.
.
.
.
dari semalam ni lah keja haku dan terus bersambung ke hari ini. Mula-mula aku kena p
.
.
.
.
.
.
.

        
meeting
































































































































       
.
.
.
.
.
.
.
.

and then haku kena pi
.
.
.
.
.
.
.

.
.


seminar
 .
.
.
.
.
.
.
.
dan pergi lagi ke
.
.
.
.
.
.
.
.
.


seminarrrrrrrrrrrr

dan hari ni bakal disudahi dengan kita MEETING lagi!!!!!!

penat tak?

uishhhhhh dengan 'ikhlas' aku cakap TAK ` sambil tersengih semacam  oyster

ok nak siap pi keja!!!!!!