Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 27

Jinak-jinak Si Merpati Masjidil Haram

 

Kisah Unta Umrah Musim Sejuk March 2012


Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia

Hari ni nak share cerita unta, sebelum ni personally akak agak kagum dengan binatang-binatang lain selain unta. Rupa-rupanya, dalam bebanyak binatang, unta sesungguhnya haiwan yang sangat special. Selain daripada keunikan bonggol dan ketahanan unta menahan extreme condition di padang pasir, unta juga spesis haiwan yang sangat setia. Jika tuan dia arahkan unta ini duduk di atas batu yang tajam, rupa-rupanya dia masih akan duduk. SubhanaAllah, setia sungguh dan yang paling mengagumkan unta sangat malu dan tidak mengamalkan hubungan sumbang mahram. Seperti yang sedia maklum, binatang ni manalah ada akal kan so dia 'lego' semua. tetapi unta special sebab tak macam tu. Bagus unta ni =). 

So marilah kita berkongsi bersama kenangan akak bersama unta-unta di bumi haramain.



Nope, bukan tangan saya yang menyentuh mata unta itew ya =)

Kagum dengan ketampanan abang unta interframe dlm gambar ni

Tengok abang unta masih maintain kehensemannya

eksen abang unta ini

tengok, eksen oo, tak layan akak yang suruh senyum ni

iklan susu unta yang dikatakan awet muda

kita minum duluuuuu

selepas minum susu, kita naik unta puloks

penunggang unta ni, tidak terkata apa-apa disebabkan kegayatan beliau terhadap ketinggian unta

tetapi masih mengekalkan ayu pose bersama si unta

Saturday, March 24

Dataran Kaabah ~ Umrah Musim Sejuk Mac 2012


Assalamualaikum wbt

Gambar-gambar ketika meniti hari terakhir

Ketenangan dan kesyahduan di dataran kaabah ketika tawaf sunat terakhir di pagi hari keberangkatan pulang

Tiada ungkapan yang dapat dilahirkan melainkan ucapan SubhanaAllah dan doa kepada Nya moga kunjungan ini diikuti kunjungan yang tidak akan putus

Di sini, nak share tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa sekitar kaabah - InsyaAllah

Ya Allah, rindunya akak dengan kaabah........sedihnya (T T)


di dalam Hijr Ismail - solat sunat dua rakaat dan berdoalah

jika ada rezeki, spot terbaik adalah di bawah pancur emas

di tengah antara Rukun Yamani dan Rukun Hajarul Aswad - tempat mustajab untuk berdoa memohon keampunan

sometimes imam pilih tempat ini selain di hadapan multazam dan pintu taubat untuk solat

selepas tawaf, boleh solat sunat tawaf di belakang maqam Ibrahim atau hadapan pintu taubat

pintu kaabah dan setentangnya maqam Ibrahim di mana terdapatnya tapak kaki Nabi Ibrahim

Hijr Ismail terlindung oleh ratusan manusia yang sedang bertawaf

Alhamdulillah, pagi tu, orang kurang sedikit tawaf so ada kesempatan untuk akak bawa adik ke tempat yang mustajab untuk berdoa


InsyaAllah doa kita dimakbulkan jika disertai dengan hati yang bersih dan ikhlas mengharapkan belas kasihan Nya. Personally, Alhamdulillah agak pantas doa ini dimakbulkan yang mana this is from my past and current experiences dan jangan lupa ya luahkan kesyukuran anda kepada Nya. Tips daripada ustaz jika ingin sentiasa mempunyai kesempatan dan rezeki kerap datang ke Mekah dan Madinah adalah, setiap kali solat fardhu bertalbiah sekurang-kurangnya 11 kali. Tips dikongsi oleh sheikh ketika beliau menuntut di universiti.

Sedikit fakta yang ingin dikongsi adalah kaabah ini sebenarnya adalah selari dengan Baitul Makmur iaitu kaabah Allah di langit ketujuh yang mana para malaikat dan penghuni langit bertawaf mengelilingginya dan diriwayatkan jika Baitul Makmur jatuh ke bumi maka ranaplah kaabah di dunia.


Thursday, March 22

Bila Allah Menduga Kita - A MustRead Book


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Apa habaq dik non, kak non dan non nons yang lain. Almost a month, x berblogging, almaklumlah sibuk 'tune' sana sini dan mencari ilham dan mula bekerja.

Dalam mencari ilham pun, adalah dugaan dan ujian datang mencuba dan ini yang nak share dengan korang semua. Pernahkan korang terfikir kenapa Allah menduga kita sedangkan kita dah buat yang terbaik. Nauzubillah kawan-kawan sekalian, jangan rasa terkilan, jangan rasa sedih. Manusia memang mudah khilaf, bila Allah limpahkan rahmat kepada kita, kita hamba Nya mudah terlupa dan tidak bersyukur. Bak kata omputih 'take things for granted'. Bila Yang Maha Esa rampas sikit je, kita dah mudah melenting. MasyaAllah, Nauzubillah..

Ketahui lah kawan sekalian, orang yang di duga orang itu InsyaAllah tidak muflis di akhirat kelak. Aku still lagi teringat kata-kata ustaz yang bawa kita orang umrah kali ni.


'Dugaan itu nikmat dan rezeki itu pun nikmat. Redha dan bersyukurlah, Alhamdulillah'

Anynomous, 2012

MasyaAllah, insaf bila kita mendengarnya. Ketahuilah kawan-kawan sekalian, bila Allah menduga kita, sebenarnya kita mendapat kifarat dariNya. Bila kita diduga, InsyaAllah dosa kita diampunkanNya dan jika kita redha dan tawakal dengan ujian dan berusaha untuk mengatasinya, dilimpahi lagi ke atas kita pahala atas usaha dan ketawakalan itu. MasyaAllah, untungnya kita kawan-kawan. 

Pernah di zaman Rasulullah S.A.W dulu, sahabat-sahabat Baginda risau dan takut jika tidak sakit dan tiada ujian yang menimpa, sebab apa? Sebab takut menerima bala dan bencana dari Yang Maha Esa. Takut yang Allah tidak lagi mengasihani dan memerhatikan mereka. MasyaAllah, itulah ciri-ciri orang mukmin.

Jadi kawan-kawan sekalian, jangan rasa terkilan, jangan rasa tidak adil. Sesungguhnya Dia Maha Adil. terimalah, redhalah, usahalah mengatasi ujian ini dan akhir sekali tawakal. Sesungguhnya ketahuilah Allah mengasihi kita dan Dia sedang memerhatikan kita. Alhamdulillah.

Dan sini aku nak share satu buku yang patut korang semua baca. 





Bagus buku ini sebab menyedarkan aku dengan banyak benda dan ingatlah....

Kadang-kadang, Allah hilangkan matahari lalu turunkan hujan. Kita tertanya ke manakah hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi =)

Dari Anas bin Malik r.a ia berkata, Rasulullah saw bersabda:
     "Sesungguhnya Allah berfirman, Apabila Aku menguji hambaKu dengan
      kedua-dua matanya, kemudian dia bersabar, maka Aku gantikan syurga
      baginya."
      
(Hadis Riwayat Bukhari)
 

P/S : Thanks to Cik Su kita yang bagi pinjamkan buku and thank u so much, mek, for being such a dear friend to me, sudi temankan aku masa aku diduga ini sampaikan mu diburu mamarazzi and paparazzi wartawan melodi =) and keep telling me to stay strong. And also to all dearest friends and family who support me, thank you so much. Ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkan aku keluarga dan teman yang baik. Alhamdulillah dan hanya Engkau yang mampu membalas pertolongan mereka. InsyaAllah


Wednesday, February 22

You make me smile

Salam and morning peeps,

Wah, lama tak menulis. Very the buzi lah katakan. Almaklumlah, several datelines to meet. Ini pun belum siap lagi, ketagihan nak blogging tu menusuk ke kalbu so just drop by a few minutes. Ye ke?????

InsyaAllah, weekend ni me and family nak pergi umrah and hopefully semua dapat doakan pemergian kami dilimpahi rahmat dah dilindungi Nya. So, rasa apa? Of course berdebar sebab keja ni nak kena pulun buat and at the same time super duperly excited. OMG tak tau nak cakap apa, excited tu macam mana tahapnya? Well, rasa sepanjang masa nak lompat-lompat hehehehehe -> dah sawan agaknya aku ni...hehehehe

Anyway, after coming back from a short break, akaks (ayat artis) dihujani pelbagai ucapan. Wow, meriah karey i rasa u ollss. But the most exciting part is i received a bouquet of flower -> wah tersenyum lebar hari tu, senyum seindah suria gitew...Gosh thank to Dr A and her husband Mr A. Truthly, they have made my day. Dah lama sih, aku ngak trima bunga dong, zaman muda mudi dulu je -> oopss, skrg pun 'mudi' lagi occay =)

Setelah terkena sawan bunga, aku terkena plak sawan diserbu reporter. Amekaw, ofis i kena Q occay kalo nak jumpa i -> over ayat ini. Tetapi nak buat macam ofis i kan tempat transit utama. Strategically located for gossiping but not for working. Alahai, actually boleh je buat kerja tetapi kena 2 in 1 lah. Sambil bercakap, tangan kena jalan buat kerja hehehehe. Sebelum ini, ramai melobi ofis ku ini tetapi now hanya seorang pembida sahaja -> Minah Vg, please be prepared mentally and physically. Sebab apa physically? in case ada orang tak reti nak masuk selepas ketuk pintu -> kedap udara agaknya bilik aku ni, dah macam tupperware =) so, u kena rajin lah menjemput depa masuk. Dozo Dozo ;p

Oklah, got to go now. Doakan kami selamat pergi dan kembali ye dan moga many good news coming up soon after we come back from umrah especially about My Other Significant Half, InsyaAllah amin.


Take care peeps and have a pleasant day ahead =)


wah tak sangka sama purple dengan baju akaks hehehe


Thursday, February 9

Stress

Salam dan selamat pagi dunia,

Kalau korang stress, macam muka korang?

Senget benget ke? pucat lesi ke? 

Kalo akaks?

Namanya -> muka tak leh cover punya, macam tertulis kat dahi tu..STRESS..

Walaupun akak senyum je dan sengih tapi diaorang cakap senyum ambik syarat je

Patutlah semalam time meeting dept, semua pandang aku semacam je sebab aku senyap sunyi...kreekk kreeekk macam dengar bunyi cengkerik je dengar. Siap suruh aku cakap lagi tapi dah aku takda mood, aku reply oh tak penting. 

Gila siottt, dah benggong aku.

Sampai last sekali, member sorang ni cakap..Minah Vp, Jangan difikirkan sangat, pergi je dulu, yang penting pergi dulu 

Tapi nak buat mcm mn aku dah memang suka fikir. Aku suka plan and prepare awal-awal -> inherit dari Datuk M -> SAHHHH

Datuk M cukup pantang buat kerja tak organized. Askar lah katakan.

Well, that's me. Wa cakap sama lu...Percayalahhhhh

Last week, aku excited nak mamp sebab nak balik kg. Semalam aku rasa macam tak bersemangat daaa sebab aku stress, banyak kerja aku nak buat ni. Kalo boleh cuti 1 wk aku nak cut jadi 3 days je. Tetapi aku balik pun sebab ada keja, bukan bercuti-cuti kan. Patutlah juga, aku tak nak balik hahahahahhahah

Tetapi yang paling tak leh tahan. Sudah berkurun muka aku tak naik pimples, tiba-tiba banyak plak banyak yang transit. Aisehhhh, saya sangat stressssssssss

Oklah nak mandi dan pergi keja. Sebab pagi ni, aku nak menghadap boss besauuuu mintak sign surat-surat seri paduka baginda aku.

Mai kita doakan bos approve semua permohonan aku walaupun aku rasa 'naik kepala' juga tang permohonan cuti aku kali ni hikhikhik

Aku rasa pas sign surat-surat sulit ni, InsyaAllah kita doakan stress level aku dapat diturunkan.






Tuesday, January 31

Jelaousy

Hi peeps,

Petang ni mood akaks memang tak baik

I hate sarcastic people. Tak faham akak dengan perangai manusia. Akak ni tak suka lah nak vent out masalah ERT dekat sini tapi kekadang hangin satu badan juga lah. Geram tahap cipan dengan perangai manusia mulut jahat dan sarcastic.

Aku pakai cantik pun, ada aku kacau hidup korang? Takde kan....Macam mana lah nak student pandang kita and respect kita kalo kita dressing macam makcik jual kuih tu oopss, mak akak pun jual kuih tapi bila bergaya, boleh tahan ok macam tokey jamu pun ada hehehe

Akak ni tak suka nak cakap meninggi hidung yg mmg tak tinggi tapi kalo jumpa orang yang mulut jahat macam ni. Mula lah akak nak tekan lif tingkat 44, nauzubillah, amarah setan tu kan..

Wahai dik nons, akak nak nasihatkan lah korang, kalo kengkawan korang lain dari biasa pakainya, sedap je mata korang memandang tu, pujilah dengan ikhlas atau kalo tak puji, diam je. Tak perlu lah kurang nak usik dan keluarkan ayat-ayat sarcasm korang tu. 

Akak dah hangin tadi tapi sebab kawan, akak sabau je lahhh. Tak berubah perangai sarcastic diaorang tu, kang aku keluarkan ayat 'fashion police' aku kang kutuk korang dressing, mau korang hentak-hentak kaki nangis macam budak kecik plak cakap mulut aku jahat mcm Azwan A oopssss

Haisshhh, susahlah dengan mulut diaorang tu, aku pakai kebaya pun jadi isu. Baju yang ada cutting pun jadi isu padahal yang ustazah pun tak tegur aku dan cakap baju aku ketat sebab mana ketat pun kan. Puji pun bagus, very motivating untuk aku lebih p trekking. Aku tanya member aku, dia cakap pedulikan cakap jahat diaorang tu...hehehehhehe. Ntah-ntah kalo aku pakai kain batik dan baju kedah kot baru diaorang nak senyap. Giloss, nak gi ofis gitu, mau kena pergi kelas grooming hehehe

Conclusion, akak anggap depa jeles dengan akak jerrr. Lusa akak nak pakai kebaya and I think I know what will they say =P bluekkkss, persetankannnnn