Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 8

Kari Ayam Simple


cicah dengan roti tawar pun sodappp niii =)


Bahan-bahan untuk (3 orang makan)

untuk ditumis
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • bunga lawang dan kulit kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
untuk dikisar
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
bahan-bahan lain
  • ayam yang telah dipotong lebih kurang 6 ketul
  • 3 biji kentang dipotong empat
  • 1 peket kecil rempah daging
  • 1/2 sudu serbuk cili (optional)
  • 3-4 tangkai cili muda (optional)
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 mangkuk kecil santan
  • air asam jawa
Cara memasaknya :
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Biarkan minyak panas, baru ditumis bahan-bahan tumisan tadi sehingga kuning keemasan
  2. Bahan yang dikisar tadi digaul dengan rempah kari daging. Seterusnya masukkan ke dalam periuk
  3. Masukkan sedikit air asam jawa
  4. Setelah itu, masukkan kerisik dan kecilkan api. (Boleh dimasukkan serbuk cili bagi mereka yang sukakan pedas) Biarkan sampai rempah betul-betul masak dan nasi minyak. I prefer masak rempah lama, biar betul-betul masak, baru ada kick!
  5. Apabila sudah naik minyak dan rempah sudah masak, masukkan ayam dan kentang tadi. Tutup periuk dan biarkan sehingga ayam dan kentang separuh masak. Jangan lupa kacau sekali sekali supaya rempah tidak hangit di bahagian bawah.
  6. Apabila ayam dan kentang sudah hampir masak, masukkan santan tadi dan biarkan ia mereneh lebih kurang 15-20 minit dengan api yang kecil.
  7. Setelah masak, masukkan cili muda tadi dalam 5 minit sebelum api dipadamkan.
  8. Sedia untuk dihidangkan
P/S : Kari yang simple sahaja untuk makan orang-orang bujang

Saturday, October 2

pesan mak

mak pesan lepas makan , x boleh tidur


pergi la jalan-jalan, amik angin bagi food digest dulu hehhehe

Linguine bolognese


Linguine bolognese

xda apa nak hias so nampak biasa je..

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram linguine or sphagetti (suka hati nak guna pasta apa)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • P/s : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine so kita boleh gantikan dengan prune juice, but x letak pun ok juga..

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, so boleh skip masuk garam sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. P/S: Sos boleh direneh lama ikut suka hati smpi 4 hrs pun boleh, for me, janji sos pekat and cantik merah kilat..ok lah..hehhehe, jimat gas..Resepi ini ambik dr website juga..ramai yg puji so i try and memang sedap (angkat bakul sendiri) hahhaha. and one more, this time i din use sphagetti but i use linguine saja je nak ubah selera tp rasa sama je..hehhehe

Friday, October 1

천애지아 by Jang Nara(장나라) / Dong-Yi OST


listed in my hall of fame

dens, ur favourite MV

"Dong Yi" Fanvid - I Love You. Ji Jin Hee, Han Hyo Joo

on ur mark, get set ......GO Go GO

FIRST TRIAL IN MY COOKING LAB START TOMORROW...

p/s: will keep u updated later

a note to my dearest significant other

dearest my significant other....

i know u are there somewhere,

and how i wish u are here with me,

hug me and pat my back gently,

whispers good words and console me,

stand by me through the hardships,

and congratulate me when i'm succeed